ISKANDAR PUTERI: Polis akan melakukan siasatan terperinci kes tiga remaja maut dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal dua hari lepas di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, di sini.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata siasatan dilakukan demi memastikan keadilan kepada pihak terlibat selepas ada ahli keluarga mangsa mendakwa insiden itu tidak melibatkan perlumbaan haram.
"Kes tiga remaja meninggal, kami akan siasat sebab ada yang keluarga beritahu anak dia bukan lumba haram..kami akan siasat demi keadilan.
"Kawasan itu memang satu daripada kawasan (hot spot) yang digunakan (untuk berlumba), jalan itu tidak ada halangan dan sebagainya. Tetapi untuk kes ini, kami akan siasat lebih terperinci, saya harap keluarga bersabar," katanya pada sidang media selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri yang baharu, di sini hari ini.
BACA: Tiga remaja maut, selepas berlumba sesama sendiri
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kes tiga penunggang motosikal berusia 15 hingga 16 tahun yang maut dalam kemalangan dipercayai berlumba sesama sendiri, manakala seorang lagi remaja berusia 17 tahun, mengalami kecederaan parah dalam insiden pada 10.30 malam, Jumaat (22 April).
Sementara itu, Kamarul Zaman berkata hanya 10 peratus daripada 10,000 pegawai dan anggota polis di Johor dibenarkan bercuti sempena Aidilfitri.
Beliau berkata ia bagi memastikan penugasan Op Selamat yang bermula pada 28 April ini berjalan lancar.
Kamarul Zaman berkata penugasan Op Selamat antaranya akan memfokuskan pemantauan di kawasan kediaman, kawalan trafik di kawasan tumpuan seperti pusat beli-belah serta lebuh raya dan kawasan bandar, bagi mengelakkan kesesakan sekali gus memastikan orang ramai mematuhi peraturan jalan raya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 24 2022
Ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia berumur lingkungan 15 hingga 16 tahun manakala yang cedera parah berumur 17 tahun.- Foto BERNAMA
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Hampir 9,000 notis dikeluarkan dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan
Hampir 9,000 notis saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan susulan pemeriksaan terhadap 32,178 kenderaan perdagangan dan lain-lain kenderaan, dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan.
Dua beranak maut kereta langgar tembok jambatan
Mangsa yang terkorban adalah bapa berusia 64 tahun dan anak lelakinya berusia 31 tahun, manakala ibu dan anak perempuan mengalami kecederaan.
3 maut, 5 cedera kemalangan tujuh kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur
Nahas yang berlaku sekitar jam 4.13 pagi tadi membabitkan empat kereta, sebuah lori tiga tan dan dua treler.
Ibu hilang dua anak depan mata dalam perjalanan ziarah kubur suami
Luluh hati seorang ibu yang menyaksikan dua anaknya maut di depan mata dalam kemalangan di Jalan Lebuh SPA berhampiran Stadium Hang Jebat, Krubong, di sini, pada Isnin.
Penyanyi Reedzwann terlibat kemalangan, rakan maut
Penyanyi Reedzwann, 23, terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak.
Seorang maut, 4 cedera nahas babit 4 kenderaan di lebuh raya
Seorang wanita maut, seorang parah manakala dua lagi cedera ringan dalam nahas membabitkan empat buah kenderaan di kilometer 363.0 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah selatan di sini pagi tadi.
Tiga maut dalam dua kemalangan berasingan di Kelantan
Supt Mazlan berkata, mangsa yang berusia 48 dan 49 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, lebih kurang jam 4 petang.
Warga emas maut dilanggar, tercampak dalam gaung
Lelaki berusia 60 tahun maut di lokasi kejadian manakala tiga lagi mangsa dikejarkan ke Hospital Tanah Merah bagi mendapatkan rawatan.
Dua maut kemalangan empat kenderaan di Kota Tinggi
Menurut polis, MPV yang hilang kawalan telah melanggar motosikal sebelum penunggang dan penumpang belakang Xpander tercampak ke bahu jalan.
41,278 kemalangan berkaitan kerja dilaporkan setakat Jun - Sim
Sebanyak 41,278 kemalangan berkaitan kerja dilaporkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) setakat Jun tahun ini, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.