PUTRAJAYA: Enam syarikat telekomunikasi akan menawarkan Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia untuk remaja serta golongan kurang berkemampuan bagi tempoh enam bulan bermula esok hingga April depan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa ketika melancarkan dua pakej berkenaan di sini hari ini berkata syarikat itu terdiri daripada Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia dan YTL.
Beliau berkata ia adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan bagi membantu golongan remaja dan para pelajar memperoleh akses internet, dan mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki peranti pintar mampu milik.
"Ia juga bukti komitmen kerajaan dalam memastikan setiap rakyat mempunyai akses internet pada harga yang berpatutan," katanya dalam sidang media selepas melancarkan kedua-dua pakej itu.
Annuar berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menyasarkan kedua-dua pakej itu akan memberi manfaat kepada lebih 200,000 orang dalam tempoh enam bulan.
Pakej Remaja ialah pakej prabayar khusus bagi golongan remaja dan pelajar berumur antara 12 tahun hingga 21 tahun menikmati data 20 gigabyte (GB) dengan harga RM30 untuk 90 hari, yang akan membolehkan pengguna melakukan aktiviti seperti menghantar mesej dan melayari internet.
"Bagi data produktiviti, pembelajaran dalam talian serta aktiviti bekerja dari rumah boleh dilakukan tanpa kekangan data, manakala bagi data 20GB ia boleh digunakan untuk aktiviti seperti muat turun video atau permainan dalam talian," katanya.
Bagi Pakej Peranti pula, Annuar berkata ia membolehkan rakyat memiliki dan menaik taraf kepada peranti mudah alih dan voice over long-term evolution (VoLTE) secara percuma.
Teknologi VoLTE membolehkan pengguna menikmati panggilan berkualiti tinggi di rangkaian 4G, dan peranti berkenaan boleh dimiliki dengan langganan serendah RM40 sebulan melalui kontrak selama 12 hingga 24 bulan tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan.
Pakej ini termasuk satu GB data percuma untuk aktiviti produktiviti.
Sebagai galakkan untuk syarikat telekomunikasi melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR), Annuar akan menaja 1,000 pakej bagi Remaja dan Peranti untuk anak-anak yatim dan pelajar daripada golongan miskin tegar supaya mereka tidak dipinggirkan daripada menikmati kesalinghubungan yang lebih baik dan meningkatkan produktiviti.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 14 2021
![Enam Telco tawar pakej bagi remaja, golongan kurang berkemampuan Enam Telco tawar pakej bagi remaja, golongan kurang berkemampuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71634197120_MenteriKomunikasid.jpg)
Annuar menyampaikan peranti mudah alih kepada Muhammad Alif Azri (kanan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Majlis Pelancaran Pakej Remaja dan Peranti Keluarga Malaysia hari ini. - Foto BERNAMA
![Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721121786_MuhyiddinYassin.jpg)
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
![Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712376317_TujuanForensik.jpg)
Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas
Gen HNF4A (Hepatocyte Nuclear Factor 4 Alpha) didapati akan berhenti berfungsi pada tubuh pesakit kanser pankreas.
Pantau Agenda Reformasi: Potensi dan cabaran percambahan e-Sukan di Malaysia
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
Jualan kereta di Malaysia diunjur cecah 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melakukan semakan semula berkaitan sasaran jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada 765,000 unit berbanding unjuran awal 740,000 unit untuk 2024. Semakan dibuat disokong oleh persekitaran ekonomi yang positif dan jumlah tempatan tertunggak yang masih berada pada tahap yang baik
Kementerian Digital cari kaedah kurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois
Kerajaan sedang mencari kaedah mengurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) selepas sistem itu diwajibkan untuk semua perniagaan pada 1 Julai 2025
Perbelanjaan pengguna dijangka meningkat tahun ini
Perbelanjaan Pengguna Malaysia dijangka meningkat sepanjang tahun ini
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
![Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721123609_lokasi.jpg)
Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian
Suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat, bagi memperketatkan undang-undang berkaitan buli siber.
Denda terhadap syarikat ADSSB lewat bekal Black Hawk
Adly berkata, pihak ADSSB juga turut telah memohon tuntutan lanjutan masa kedua kepada pihak kementerian.
Faisal Halim berduka pemergian Kim Pan-gon
Pemain kebangsaan, Faisal Halim, meluahkan rasa kekecewaan menerusi laman Instagramnya ekoran pengumuman mengejut Kim Pan-gon meletakkan jawatan sebagai Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan serta-merta.
Sebelum ini, jurulatih berusia 55 tahun itu meluangkan masa melawat tonggak Selangor itu ketika dimasukkan ke hospital akibat terkena simbahan asid di sebuah pusat beli belah di Lembah Klang.
Sebelum ini, jurulatih berusia 55 tahun itu meluangkan masa melawat tonggak Selangor itu ketika dimasukkan ke hospital akibat terkena simbahan asid di sebuah pusat beli belah di Lembah Klang.
![5G dwi rangkaian: Syarikat telco bersedia ambil pegangan ekuiti DNB 5G dwi rangkaian: Syarikat telco bersedia ambil pegangan ekuiti DNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717325356_FahmiFadzil.jpg)
5G dwi rangkaian: Syarikat telco bersedia ambil pegangan ekuiti DNB
Telco yang terlibat dalam pelaksanaan model 5G dwi rangkaian sudah bersedia untuk menandatangani pengambilan pegangan ekuiti dalam DNB.
![Kerajaan beri amaran kepada telco tidak kenakan caj tambahan untuk akses 5G - Fahmi Kerajaan beri amaran kepada telco tidak kenakan caj tambahan untuk akses 5G - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702461882_TBFahmiFadzil.jpg)
Kerajaan beri amaran kepada telco tidak kenakan caj tambahan untuk akses 5G - Fahmi
Kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap telco yang mengenakan bayaran tambahan kepada pelanggan sedia ada mereka untuk mengakses perkhidmatan 5G.
![KKD bincang dengan telco, pastikan tiada gangguan perkhidmatan semasa bencana banjir KKD bincang dengan telco, pastikan tiada gangguan perkhidmatan semasa bencana banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695555539_TeoNieChing.jpg)
KKD bincang dengan telco, pastikan tiada gangguan perkhidmatan semasa bencana banjir
Kementerian Komunikasi dan Digital telah mengadakan perbincangan dengan telco supaya bersedia untuk memastikan tiada gangguan perkhidmatan semasa bencana banjir.
![Hampir 2 bilion panggilan, 581 juta SMS mencurigakan berjaya disekat - Fahmi Hampir 2 bilion panggilan, 581 juta SMS mencurigakan berjaya disekat - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695368348_FahmiFadzil.jpg)
Hampir 2 bilion panggilan, 581 juta SMS mencurigakan berjaya disekat - Fahmi
Hampir dua bilion panggilan dan 581 juta SMS mencurigakan disekat daripada sampai kepada pengguna Malaysia.
![KKD akan bincang dengan telco, wujudkan pelan data lebih murah untuk penghantar p-hailing KKD akan bincang dengan telco, wujudkan pelan data lebih murah untuk penghantar p-hailing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694531401_TBFahmi.jpg)
KKD akan bincang dengan telco, wujudkan pelan data lebih murah untuk penghantar p-hailing
Fahmi Fadzil berkata hasil perbincangan mengenai pakej pelan data itu akan diumumkan dalam masa terdekat sekiranya ia berjalan lancar.
![Telco tandatangani perjanjian mengenai pemilikan ekuiti DNB dalam masa terdekat - Fahmi Telco tandatangani perjanjian mengenai pemilikan ekuiti DNB dalam masa terdekat - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692423848_TBFahmiFadzil.jpg)
Telco tandatangani perjanjian mengenai pemilikan ekuiti DNB dalam masa terdekat - Fahmi
Semua syarikat telekomunikasi (telco) di negara ini dijangka menandatangani perjanjian langganan saham (SSA) mengenai pemilikan ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB) dalam masa terdekat.
![Hari Kebangsaan 2023: Telco diarah tingkat kelajuan internet Hari Kebangsaan 2023: Telco diarah tingkat kelajuan internet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692862132_MazlanAbdMutalib.jpg)
Hari Kebangsaan 2023: Telco diarah tingkat kelajuan internet
Penyedia perkhidmatan telekomunikasi telah diarahkan untuk meningkatkan kelajuan perkhidmatan Internet pada hari kemuncak dan lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya pada 31 Ogos ini.
![Perubahan pola pemikiran berbelanja pengguna jadi ancaman terbesar telco - Laporan EY Perubahan pola pemikiran berbelanja pengguna jadi ancaman terbesar telco - Laporan EY](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81634523617_telco.jpg)
Perubahan pola pemikiran berbelanja pengguna jadi ancaman terbesar telco - Laporan EY
Peningkatan kos sara hidup mendorong pengguna menyesuaikan semula keutamaan perbelanjaan mereka.
![MCMC arah syarikat telco larang pautan URL dalam SMS, elak 'scam' MCMC arah syarikat telco larang pautan URL dalam SMS, elak 'scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51666270026_MCMCLogo.jpg)
MCMC arah syarikat telco larang pautan URL dalam SMS, elak 'scam'
Arahan tersebut dikeluarkan bagi mengelakkan pengguna menjadi mangsa 'scam' atau penipuan dalam talian.
![Semua enam telco tandatangan perjanjian perkhidmatan 5G DNB - Tengku Zafrul Semua enam telco tandatangan perjanjian perkhidmatan 5G DNB - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71660270295_LGCES.jpg)
Semua enam telco tandatangan perjanjian perkhidmatan 5G DNB - Tengku Zafrul
Kesemua telco terbabit ialah Maxis, U Mobile, Celcom Axiata, Digi, YTL Communications, dan Telekom Malaysia.