KUALA LUMPUR: Untuk tahun ke-19, Krishen Jit Astro Fund bersama dengan Five Arts Centre meneruskan usaha membantu penggiat seni yang layak bagi menghasilkan karya terbaik mereka.

Pengasas The Krishen Jit Fund, Marion D Cruz ketika ditemui Astro AWANI memaklumkan, bantuan dana yang disokong oleh pihak ASTRO dan Creador Foundation tahun ini menyaksikan seramai enam penggiat industri kreatif terpilih.

Tambahnya, pihaknya berbesar hati dapat meraikan kreativiti peserta dari seluruh Malaysia, merangkumi pelbagai bidang seni yang mengangkat karya hebat dekat dengan masyarakat.

"Setiap tahun pasti akan ada kelainan, ini kerana setiap tahun setiap artis ada idea baharu. Ada idea yang luar biasa, yang experimental. Jadi setiap tahun pasti ada kelainan. Ada yang sangat bagus, ada yang sederhana dan ada yang biasa.

"Untuk tahun ini enam pemohon yang dapat geran hari ini, kesemua projek mereka sangat experimental, penting, dan luar biasa," katanya.

Tambah Marion, pihaknya menerima sebanyak 72 permohonan daripada penggiat seni kreatif pada tahun ini sekali gus membuktikan lebih ramai yang bersemangat berkongsi karya masing-masing untuk dibawa ke peringkat lebih tinggi.

Syarifah Nadhirah Syed Abdul Rahman yang menerima dana RM12,000 memaklumkan bangga serta berbesar hati selepas tiga kali permohonan pernah dibuat sebelum ini ditolak.

Salah seorang penerima, Syarifah Nadhirah Syed Abdul Rahman yang menerima dana RM12,000 memaklumkan gembira serta berbesar hati selepas tiga kali permohonan pernah dibuat sebelum ini ditolak.

"Alhamdulillah, kali ini dapat. Ia adalah projek yang amat dekat di hati saya yang mana hal yang saya kongsikan secara kolektif dengan rakan dalam perbualan, persekitaran dan perkara yang kami minat," katanya.

Haziqah Azemi yang bakal menghasilkan pakej Proof Of Concept (POC) yang akan dipersembahkan dalam filem cereka berjudul Garek memaklumkan dana sebanyak RM11,000 bakal digunakan sebaik mungkin.

Dalam masa sama, Haziqah Azemi yang akan menghasilkan pakej Proof Of Concept (POC) yang juga bakal dipersembahkan dalam filem cereka berjudul Garek, memaklumkan dana sebanyak RM11,000 akan digunakan sebaik mungkin.

"POC ini menjadi bukti kami sebagai pembikin filem baharu mampu menyampaikan karya dalam skala panjang 90 minit, di mana kami akan bawa POC ini untuk pitching di peringkat antarabangsa," katanya.