KOTA KINABALU: Tindakan pantas pasukan keselamatan berjaya menahan empat daripada enam pendatang asing tanpa izin (PATI) yang melarikan diri dari Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Manggatal, di sini, malam tadi.
Keempat-empat suspek warga Filipina berusia 20 hingga 40-an itu berjaya diberkas pihak berkuasa di sekitar radius lima kilometer dari kawasan DTI kira-kira jam 8 malam.
Menurut sumber, operasi memburu suspek yang melarikan diri itu membabitkan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Anjing Pengesan (K9) dan Pasukan Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Katanya, setakat ini, hanya dua lagi PATI yang masih bebas dan operasi memburu kedua-dua suspek sedang giat dijalankan pasukan keselamatan.
"Kecekapan pasukan keselamatan menjalankan operasi berjaya mengesan empat daripada kumpulan suspek yang meloloskan diri dari DTI, semalam.
"Semua empat suspek yang ditahan sudah dihantar ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Menurutnya, gerakan memburu dua lagi yang masih bebas akan diperhebatkan dari semasa ke semasa.
Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi mengesahkan penahanan empat suspek terbabit.
Katanya, operasi memburu dua lagi suspek akan dipertingkatkan termasuk bantuan daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) PDRM.
Dalam kejadian semalam, enam tahanan Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Manggatal, di sini, melarikan diri dipercayai untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Bagaimanapun, tiga daripada tahanan terbabit berjaya ditahan semula di dalam kawasan pagar oleh pegawai Jabatan Imigresen yang sedang membuat kawalan.
Junaidi Ladjana
Fri May 14 2021

Setakat ini, hanya dua lagi PATI yang masih bebas dan operasi memburu kedua-dua suspek sedang giat dijalankan pasukan keselamatan. - Gambar hiasan
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.

4 maut dalam nahas pesawat di selatan Filipina
Sebuah pesawat persendirian terhempas di wilayah Maguindanao del Sur, selatan Filipina, pada petang Khamis, mengorbankan empat orang, menurut Xinhua yang memetik laporan media tempatan.

Pengawal Pantai China pantau aktiviti penghantaran bekalan semula Filipina di Ren'ai Jiao
Jurucakap CCG Liu Dejun berkata misi penghantaran bekalan semula tersebut dijalankan selepas mendapat kelulusan daripada pihak China.

Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.

Filipina bakal tuan rumah Forum Pelancongan ASEAN 2026 di Cebu, Boracay
Peluang membincangkan dasar dan menyaksikan secara langsung potensi besar pertumbuhan pelancongan mampan di rantau ini.

Piala ASEAN 2024: Linares jadi wira Filipina tewaskan Thailand selepas 52 tahun
Pasukan tuan rumah mengejutkan Thailand dengan gol pembukaan menerusi rembatan padu kaki kiri Sandro Reyes dari luar kotak penalti pada minit ke-21.

Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mencatat pemulihan kukuh apabila ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan kenaikan harga komoditi dan bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah.

Piala ASEAN 2024: Vietnam, Filipina mara ke separuh akhir
Kejayaan di Stadium Viet Tri itu menyaksikan pasukan tuan rumah muncul juara kumpulan B dengan mengumpul 10 mata.

Banduan hukuman mati Filipina dihantar pulang selepas rundingan panjang dengan Indonesia
Seorang rakyat Filipina yang dijatuhi hukuman mati di Indonesia, akhirnya kembali ke Manila pada pagi Rabu setelah melalui rundingan panjang selama bertahun-tahun antara kedua-dua negara.