Jabatan Perhutanan Negeri Perak menahan enam lelaki yang disyaki melakukan aktiviti pencerobohan hutan di Hutan Simpan Bukit Tapah, dekat sini, hasil aduan yang diterima pada Rabu.
Menurut jabatan berkenaan, ekoran aduan itu, satu pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) Daerah telah menjalankan kerja-kerja semakan dan risikan di kawasan tersebut untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan terperinci.
Katanya, hasil risikan itu, mereka berjaya menahan enam suspek lelaki di dalam Kompartmen 157, Hutan Simpan Bukit Tapah.
“Pasukan juga telah menemui khemah yang disyaki telah digunakan oleh suspek untuk bermalam di dalam hutan.
“Suspek turut mendakwa telah memasuki Hutan Simpan Bukit Tapah pada 9 Disember untuk mencari dan mengeluarkan buluh betong tetapi gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran memasuki HSK iaitu permit memasuki Hutan Simpan Kekal dari Pejabat Daerah Hutan Tapah.
“Selain itu, suspek juga gagal menunjukkan sebarang dokumen kebenaran/lesen kecil bagi kerja-kerja mengeluarkan hasil hutan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.
Menurut kenyataan itu, semasa semakan dibuat, mereka tidak menemui sebarang hasil hutan seperti buluh di sekitar kawasan khemah.
Bagaimanapun, mereka telah merampas dan menyita masing-masing satu unit mesin gergaji berantai dan parang, dua khemah dan satu unit ‘fly sheet’ yang disyaki digunakan oleh suspek.
Menurut kenyataan itu lagi, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Tapah dan kesemua suspek telah dilepaskan dengan bon jaminan polis.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Dec 12 2019

Pasukan UTK juga telah menemui khemah yang disyaki telah digunakan oleh suspek untuk bermalam di dalam hutan. - PDRM

Sidang kemuncak Arab di Kaherah terima pelan pembinaan semula Gaza Mesir sebagai inisiatif 'bersatu'
Kenyataan akhir sidang kemuncak menetapkan bahawa pelan dikemukakan oleh Mesir sebagai satu rancangan komprehensif Arab.

Wanita maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lok Bonu Sepanggar
Seramai 10 anggota dari Balai Bomba Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian.

Rusuhan bersenjata, polis buru 20 suspek
ACP Raub Selamat berkata, insiden pada kira-kira jam 1.30 pagi itu membabitkan kira-kira 20 individu bersenjata cota besi dan kayu besbol.
AWANI Pagi: Vape - Bom jangka kesihatan remaja
Bersama Syazwani & Amirul mengupas mengenai isu 'vaping' dalam kalangan remaja bersama Timbalan Dekan Ijazah Dasar, Fakulti Pendidikan, UM, Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor & Pakar Perubatan Kecemasan, Fakulti Perubatan, UM, Dr. Mohd Hafyzuddin Md Yusuf
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Kabinet Arab Saudi tolak pengusiran rakyat Palestin oleh Israel
Menjadi hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib dan memperoleh hak-hak sah mereka termasuk hak menubuhkan negara merdeka.

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS susulan keputusan tarif import
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4465/4585 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada penutupan Selasa.

Pemain berdarah Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
Reijnders menyertai AZ Alkmar pada 2023 dengan kontrak lima tahun, dan dia telah buat 90 penampilan dalam semua kejohanan dan jaringkan 16 gol.

Anak bongsu Baddrol Bakhtiar meninggal dunia
Khabar duka itu dikongsi ADUN Gurun itu dalam satu hantaran di Instagram rasmi miliknya.

Saham AS merudum susulan tarif baharu terhadap Kanada, Mexico
Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) mengalami tekanan susulan tindakan Washington meningkatkan perang perdagangan dengan mengenakan tarif baharu terhadap Kanada dan Mexico.

UCL: Arsenal kenduri gol benam PSV di Eindhoven
Anak buah Mikel Arteta menjaringkan tiga gol dalam tempoh 13 minit dalam babak pertama, empat lagi jaringan dalam separuh masa kedua.

Isu ladang musang king: Polis kenal pasti wakil rakyat untuk bantu siasatan
Polis kini sedang mengambil keterangan beberapa individu berhubung insiden menghalang penjawat awam menjalankan tugas ketika operasi penguatkuasaan di hutan simpan di Raub.

23 struktur binaan haram Hutan Simpan Bukit Lagong dimusnahkan
Menurut Timbalan Pengarah (Operasi Hutan), JPNS Norddin Noor, lebih 14 hektar hutan simpan di kawasan tersebut telah diceroboh sejak lebih 20 tahun lalu.

Ceroboh Hutan Simpanan Kekal, 11 peserta pemanduan lasak ditahan
Mereka yang ditahan sekitar pukul 1 pagi di Hutan Simpan Amanjaya itu terdiri daripada 10 lelaki dan seorang wanita.

Pekebun durian Hutan Simpan Kekal Batu Talam tidak mengaku bersalah
Tertuduh didapati berada di kompartmen 175 Hutan Simpan Batu Talam di Raub dan memasuki Hutan Simpan Kekal tanpa sebarang permit yang sah.

Ceroboh hutan simpan: ADUN Selangor ditahan tiada permit, rentas negeri tanpa kebenaran
Kesemua suspek yang ditahan membabitkan 21 lelaki dan tujuh wanita serta seorang wanita Orang Asli.

Muslihat malam raya, tiga lelaki ceroboh hutan curi kayu balak
Seorang daripada tiga lelaki berkenaan berjaya ditahan manakala dua lagi sempat melarikan diri.

Enam lelaki ditahan kerana ceroboh hutan simpan
Hasil risikan UTK itu, mereka berjaya menahan enam suspek lelaki di dalam Kompartmen 157, Hutan Simpan Bukit Tapah.