IPOH: Seramai 11 peserta aktiviti pemanduan lasak kenderaan pacuan empat roda (4X4) ditahan kerana memasuki Hutan Simpan Amanjaya dan Hutan Simpan Temenggor di Hulu Perak, tanpa permit, pada awal pagi Isnin.
Pengarah Jabatan Perhutanan Perak, Datuk Mohamed Zin Yusop berkata, mereka yang ditahan sekitar pukul 1 pagi di Hutan Simpan Amanjaya itu terdiri daripada 10 lelaki dan seorang wanita.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati kesemua peserta itu sedang menuju ke Hutan Simpan Temenggor bagi tujuan aktiviti perkelahan.
“Kesemua individu tersebut telah didapati melakukan kesalahan kerana memasuki Hutan Simpanan Kekal (HSK) tanpa kebenaran dari Jabatan Perhutanan Negeri Perak setelah gagal mengemukakan dokumen kebenaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pihaknya turut menyita lima buah kenderaan pacuan empat roda (4x4) dan dibawa ke Stor Rampasan Bandariang.
Sehubungan itu, katanya, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Gerik hari ini dan kesemua 11 individu telah dilepaskan dengan bon jaminan polis.
Mohamed Zin berkata, kesalahan yang boleh didakwa ke atas kesemua suspek ialah di bawah Seksyen 47(1) Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian) 1985 iaitu kesalahan memasuki HSK tanpa permit.
Berdasarkan seksyen itu, jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Bagaimanapun, kata Mohamed Zin, ia akan diputuskan setelah siasatan lengkap dijalankan oleh pihak penyiasat Jabatan Perhutanan Negeri Perak.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan kepada mana-mana individu dan orang awam bahawa semua aktiviti rekreasi di dalam HSK adalah tidak dibenarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Beliau berkata, pihaknya akan tetap menguatkuasa Akta Perhutanan Negara 1984 melalui pemantauan dan rondaan yang dibuat walaupun dalam tempoh PKP.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Sep 27 2021

Siasatan awal mendapati kesemua 11 peserta aktiviti pemanduan lasak kenderaan pacuan empat roda itu sedang menuju ke Hutan Simpan Temenggor bagi tujuan aktiviti perkelahan. - Gambar Jabatan Perhutanan Negeri Perak

Sidang kemuncak Arab di Kaherah terima pelan pembinaan semula Gaza Mesir sebagai inisiatif 'bersatu'
Kenyataan akhir sidang kemuncak menetapkan bahawa pelan dikemukakan oleh Mesir sebagai satu rancangan komprehensif Arab.

Wanita maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lok Bonu Sepanggar
Seramai 10 anggota dari Balai Bomba Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian.

Rusuhan bersenjata, polis buru 20 suspek
ACP Raub Selamat berkata, insiden pada kira-kira jam 1.30 pagi itu membabitkan kira-kira 20 individu bersenjata cota besi dan kayu besbol.
AWANI Pagi: Vape - Bom jangka kesihatan remaja
Bersama Syazwani & Amirul mengupas mengenai isu 'vaping' dalam kalangan remaja bersama Timbalan Dekan Ijazah Dasar, Fakulti Pendidikan, UM, Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor & Pakar Perubatan Kecemasan, Fakulti Perubatan, UM, Dr. Mohd Hafyzuddin Md Yusuf
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Kabinet Arab Saudi tolak pengusiran rakyat Palestin oleh Israel
Menjadi hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib dan memperoleh hak-hak sah mereka termasuk hak menubuhkan negara merdeka.

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS susulan keputusan tarif import
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4465/4585 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada penutupan Selasa.

Pemain berdarah Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
Reijnders menyertai AZ Alkmar pada 2023 dengan kontrak lima tahun, dan dia telah buat 90 penampilan dalam semua kejohanan dan jaringkan 16 gol.

Anak bongsu Baddrol Bakhtiar meninggal dunia
Khabar duka itu dikongsi ADUN Gurun itu dalam satu hantaran di Instagram rasmi miliknya.

Saham AS merudum susulan tarif baharu terhadap Kanada, Mexico
Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) mengalami tekanan susulan tindakan Washington meningkatkan perang perdagangan dengan mengenakan tarif baharu terhadap Kanada dan Mexico.

UCL: Arsenal kenduri gol benam PSV di Eindhoven
Anak buah Mikel Arteta menjaringkan tiga gol dalam tempoh 13 minit dalam babak pertama, empat lagi jaringan dalam separuh masa kedua.

Isu ladang musang king: Polis kenal pasti wakil rakyat untuk bantu siasatan
Polis kini sedang mengambil keterangan beberapa individu berhubung insiden menghalang penjawat awam menjalankan tugas ketika operasi penguatkuasaan di hutan simpan di Raub.

23 struktur binaan haram Hutan Simpan Bukit Lagong dimusnahkan
Menurut Timbalan Pengarah (Operasi Hutan), JPNS Norddin Noor, lebih 14 hektar hutan simpan di kawasan tersebut telah diceroboh sejak lebih 20 tahun lalu.

Ceroboh Hutan Simpanan Kekal, 11 peserta pemanduan lasak ditahan
Mereka yang ditahan sekitar pukul 1 pagi di Hutan Simpan Amanjaya itu terdiri daripada 10 lelaki dan seorang wanita.

Pekebun durian Hutan Simpan Kekal Batu Talam tidak mengaku bersalah
Tertuduh didapati berada di kompartmen 175 Hutan Simpan Batu Talam di Raub dan memasuki Hutan Simpan Kekal tanpa sebarang permit yang sah.

Ceroboh hutan simpan: ADUN Selangor ditahan tiada permit, rentas negeri tanpa kebenaran
Kesemua suspek yang ditahan membabitkan 21 lelaki dan tujuh wanita serta seorang wanita Orang Asli.

Muslihat malam raya, tiga lelaki ceroboh hutan curi kayu balak
Seorang daripada tiga lelaki berkenaan berjaya ditahan manakala dua lagi sempat melarikan diri.

Enam lelaki ditahan kerana ceroboh hutan simpan
Hasil risikan UTK itu, mereka berjaya menahan enam suspek lelaki di dalam Kompartmen 157, Hutan Simpan Bukit Tapah.