ALOR SETAR: Enam kontraktor didenda oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan memalsukan penyata akaun bank syarikat untuk melayakkan mereka mendapatkan tender pembersihan awam pada 2019.
Hakim Harmi Thamri Mohamad menjatuhkan hukuman itu terhadap Zulhilmi Abdul Jabar, 43, Mohd Yusrizal Ismail, 43, Muhamad Hairi Md Ismail, 38, Ranzi Halim, 51, Muhammad Amir Che Azib, 36, dan Badaruddin Mohamad, 40.
Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM50,000 masing-masing terhadap kesemua tertuduh itu dan sekiranya gagal membayar denda, mereka boleh dipenjara enam bulan.
Kesemua tertuduh masing-masing mempunyai satu pertuduhan.
Mengikut pertuduhan itu, kesemua mereka masing-masing dituduh dengan curangnya menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu penyata akaun bank syarikat bagi bulan Oktober, November dan Disember 2018 dalam permohonan tender Penswastaan Pengumpulan Sisa Pepejal dan Pengurusan Pembersihan Awam di Wilayah Utara.
Keenam-enam mereka didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama iaitu memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rehab Abdul Shukur manakala Zulhilmi, Mohd Yusrizal dan Muhammad Amir diwakili Peguam Intan Nursyafina Baharudin dan PeguamSyed Fakhruzzaman Syed Mansor mewakili Muhamad Hairi, Ranzi dan Badaruddin.
Kesemua tertuduh kemudian membayar denda masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 24 2022

Dua daripada enam kontraktor yang didenda oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan memalsukan penyata akaun bank syarikat. - Foto BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Enam kontraktor didenda RM50,000 palsu penyata akaun bank syarikat
Enam kontraktor didenda oleh Mahkamah Sesyen selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan memalsukan penyata akaun bank syarikat.