KUALA LUMPUR: Seramai enam orang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka akan memulakan latihan intensif untuk mengendalikan pesawat pejuang ringan FA-50M pada awal tahun 2026.
Menurut sumber industri kepada Bernama, latihan intensif yang bakal dijalani oleh juruterbang TUDM akan berlangsung selama tiga hingga enam bulan, bergantung kepada prestasi juruterbang terbabit di sebuah pangkalan udara Tentera Udara Korea Selatan (ROKAF) di Gwangju, negara Asia Timur itu.
"Latihan intensif itu akan menggunakan pesawat latihan lanjutan T-50 'Golden Eagle' yang dibangunkan secara bersama di antara Korea Aerospace Industries (KAI) dan Lockheed Martin dari Amerika Syarikat.
"Hanya selepas latihan menggunakan pesawat latihan lanjutan T-50 'Golden Eagle' itu, mereka (juruterbang TUDM) akan beralih untuk mengendalikan pesawat pejuang ringan FA-50M sebenar, yang diperoleh negara," kata sumber itu yang enggan mendedahkan identitinya.
Pada pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) pada Mei tahun lepas, Kementerian Pertahanan dan syarikat aeroangkasa utama Korea Selatan, Korea Aerospace Industries (KAI) menandatangani kontrak bernilai RM4 bilion untuk memperolehi 18 buah pesawat pejuang ringan FA-50M.
Pesawat pejuang ringan FA-50M yang bakal diperolehi oleh TUDM ialah varian FA-50 Block 20 yang paling moden dan berkeupayaan, berbanding dengan varian lain yang diperoleh negara lain termasuk Korea Selatan dan beberapa negara di Asia Tenggara.
Pesawat pejuang ringan FA-50/T-50 buatan Korea Selatan itu, turut digunakan oleh tentera udara Thailand, Indonesia dan Filipina di Asia Tenggara.
Ditemu ramah oleh Bernama di Langkawi Mei lepas, Ketua Pegawai Eksekutif KAI Kang Goo-Young berkata varian FA-50 Block 20 (FA-50M) diperoleh Malaysia, lebih canggih dan berkeupayaan jika dibandingkan dengan varian FA-50 yang dioperasikan oleh ROKAF.
Antara perbezaan utama di antara varian FA-50M milik Malaysia dengan varian lain ialah pesawat pejuang ringan milik TUDM itu antara lain bakal dilengkapi dengan radar Active Electronically Scanned Array (AESA) dan pelbagai komponen elektronik terkini serta peralatan mengisi minyak di udara.
Varian FA-50M yang bakal dimiliki oleh TUDM itu juga akan dilengkapi dengan kemampuan untuk melancarkan peluru berpandu dan bom berketepatan tinggi.
Sementara itu sumber industri terbabit juga menyatakan kepada Bernama bahawa kumpulan pertama empat pesawat pejuang ringan FA-50M, akan mula diterima oleh TUDM pada Oktober 2026 disusuli oleh 14 buah pesawat selebihnya secara berperingkat.
"Penghantaran pesawat FA-50M kepada TUDM yang terakhir dijangka akan berlaku pada 2028," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 07 2024
Pesawat pejuang ringan FA-50/T-50 buatan Korea Selatan itu, turut digunakan oleh tentera udara Thailand, Indonesia dan Filipina di Asia Tenggara. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Saksi nafi pendakwaan kes pegawai polis didakwa bunuh pelajar disegera sebab viral
Saksi menafikan pendakwaan kes itu disegerakan kerana kejadian itu tular di media sosial sehingga mendapat perhatian awam.
Malaysia persiapkan ASEAN untuk masa depan berdaya tahan dengan tema Pengerusian 2025
Tema Kepengerusian ASEAN 2025, "Keterangkuman dan Kelestarian" mencerminkan komitmen kolektif rantau ini untuk membentuk masa depan yang saksama dan berdaya tahan.
10 Berita Pilihan - (9 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ini penjelasan peguam mengenai pihak yang terikat dengan pertikaian mengenai Titah Adendum
Sebarang titah yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tidak mengikat Yang di-Pertuan Agong semasa, Sultan Ibrahim.
Belia 4B tawar Mohd Ridhwan calon Presiden Majlis Belia Malaysia
Gerakan Belia 4B Malaysia mencalonkan Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali untuk bertanding bagi jawatan Presiden dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Majlis Belia Malaysia ke-73.
Tumpuan Jumaat – 10 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang maut, tiga parah dalam kemalangan di Gua Musang
Seorang maut manakala tiga parah selepas kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan di Sungai Asap di Jalan Gua Musang-Kuala Krai hari ini.
Surat derma Arab Saudi langsung tidak sebut nama Raja Abdullah, mahkamah diberitahu
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa surat yang didakwa diterima Najib berhubung pemberian derma daripada Almarhum Raja Abdullah langsung tidak menyebut nama raja itu.
Enam juruterbang TUDM mula latihan operasi FA-50M di Korea Selatan 2026
Latihan intensif yang bakal dijalani akan berlangsung selama tiga hingga enam bulan, bergantung kepada prestasi juruterbang.
Jurusensor senjata pesawat pejuang Sukhoi TUDM maut kemalangan
Seorang jurusensor senjata pesawat tempur Sukhoi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut dalam kemalangan jalan raya di Seberang Jaya, Pulau Pinang, pada Selasa.