KLANG: Enam individu termasuk dua remaja didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh seorang pemberi pinjaman wang tidak berlesen atau ‘ah long’ di Lorong Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi, awal November lalu.
Tertuduh, Tan Ah Chai, Yeo Ching Lian, Lau Zi Hui dan Yap Soon Kuan kelihatan mengangguk kepala dan faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Sarulatha Paramavathar.
Kesemua empat suspek tersebut yang berusia 18 hingga 36 tahun itu dituduh mengikut Seksyen 302/34 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Manakala dua lagi tertuduh, Gan Kok Shang dan Tan Yong Seng menghadapi pertuduhan berasingan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bersubahat membunuh.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua enam individu terbabit.
BACA: Dendam lama dua kumpulan kongsi gelap punca ah long ditetak mati
Jika disabitkan kesalahan oleh kedua-dua seksyen berkenaan tertuduh berdepan dengan hukuman gantung sampai mati.
Empat tertuduh iaitu Tan Ah Chai, Lau Zi Hui, Gan Kok Shang dan Tan Yong Seng diwakili peguam, Lim Chee Chau.
Sementara Yeo Ching Lian pula diwakili peguam, Ng Li Kian dan Yap Soon Kuan pula diwakili Helen Fong.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Nur’ain Madihah Zulkifli memaklumkan kepada mahkamah pihaknya sedang menunggu laporan forensik daripada pihak berkuasa, selewat-lewatnya 31 Januari 2022.
Majistret kemudiannya menetapkan sebutan semula kes pada 31 Januari 2022.
Pada 6 November lalu, media melaporkan seorang lelaki dipercayai ‘ah long’ ditemui mati disyaki ditetak dengan parang oleh dua suspek selepas menikmati makanan bersama dua anak lelakinya di sebuah restoran kopitiam yang terletak Bandar Bukit Tinggi, Klang.
Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, mangsa berusia 47 tahun itu sempat melarikan diri di celah kenderaan sebelum rebah dan maut.
Susulan kejadian itu, polis berjaya menahan 16 suspek yang disyaki bersubahat dan melakukan pembunuhan tersebut.
Salah faham dan dendam lama sesama ahli kongsi gelap Geng 24 dipercayai merupakan punca mangsa yang juga ahli geng sama telah ditetak suspek.
Tangkapan suspek dilakukan di sekitar Muar dan Segamat, Johor.
Selain itu, polis turut merampas barang kes termasuk pakaian dan kereta yang digunakan suspek semasa dan selepas kejadian.
Astro Awani
Tue Nov 23 2021

Tangkapan suspek dilakukan di sekitar Muar dan Segamat, Johor. - Foto Astro AWANI

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Enam didakwa tetak dan bunuh ah long di Klang
Enam individu didakwa membunuh dan bersubahat membunuh seorang pemberi pinjaman wang tidak berlesen atau ah long di Bukit Tinggi, Klang.

Tetak ah long: Tiga suspek direman enam hari
Ketiga-tiga suspek yang merupakan warga tempatan itu direman bermula Jumaat hingga 17 November depan.