MELAKA: Polis Melaka menahan enam ahli Geng Faiz Tanah Merah termasuk seorang remaja lelaki berusia 13 tahun, kerana dipercayai terlibat dalam kejadian curi dan samun motosikal di sekitar daerah Melaka Tengah.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata kesemua suspek berusia antara 13 hingga 40 tahun itu, ditahan dalam empat serbuan berasingan di Tangga Batu, Paya Rumput, Taman Paya Rumput Indah dan Rembia di sini, antara 11.30 pagi hingga 5 petang semalam.
Beliau berkata tangkapan pertama melibatkan dua lelaki dan satu wanita termasuk pasangan kekasih di Tangga Batu kira-kira 11.30 pagi, dan diikuti masing-masing seorang lelaki di tiga lagi lokasi berkenaan.
"Hasil siasatan yang dijalankan ke atas kesemua ahli Geng Faiz Tanah Merah itu didapati, mereka bukan sahaja mencuri motosikal malah terlibat dalam kejadian samun, serta melarikan kenderaan berkenaan.
"Setiap ahli kumpulan sindiket berkenaan mempunyai peranan masing-masing dalam jenayah berkenaan, termasuk remaja lelaki berusia 13 tahun yang tidak lagi bersekolah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Christopher berkata setiap motosikal yang dicuri atau disamun, akan diubah suai atau dileraikan untuk dijual di samping ada yang digunakan ahli kumpulan itu.
Beliau berkata Geng Faiz Tanah Merah berkenaan, dipercayai aktif dalam jenayah berkenaan sejak beberapa bulan lepas dan pihaknya percaya dengan penahanan kesemua ahli kumpulan itu, lapan kes curi dan samun motosikal di sekitar Melaka Tengah, berjaya diselesaikan.
Christopher berkata lapan kertas siasatan dibuka iaitu enam kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan (KK) dan dua kes lagi disiasat di bawah Seksyen 395 KK.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 08 2023

Polis Melaka menahan enam ahli Geng Faiz Tanah Merah termasuk seorang remaja lelaki berusia 13 tahun, kerana dipercayai terlibat dalam kejadian curi dan samun motosikal di sekitar daerah Melaka Tengah. - Gambar hiasan

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Wanita gugur tuntutan mahkamah terhadap Mike Tyson atas kesalahan rogol
Seorang wanita yang menuduh Mike Tyson merogolnya dalam limosin pada 1991 telah menggugurkan tuntutan mahkamah terhadapnya.
Pantau Belanjawan: Sejauh mana kesediaan Malaysia untuk peralihan kepada tenaga nuklear?
Sekurang-kurangnya lapan protokol atau konvensyen penting yang ditetapkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) perlu ditandatangani dan disahkan sebelum Malaysia dapat meneroka penggunaan tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik. Apakah langkah yang telah diambil, dan apakah cabaran yang kekal dalam memenuhi piawaian nuklear antarabangsa? Kupasan lanjut bersama Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM, Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed.

Malaysia perkukuh rantaian bekalan semikonduktor bersama negara ASEAN - Liew
Malaysia tidak berhasrat untuk bersaing dengan negara jiran atau negara anggota ASEAN lain dalam usaha memperkukuh rantaian bekalan terutama dalam sektor semikonduktor di rantau ini.

Enam ahli Geng Faiz Tanah Merah ditahan
Kesemua suspek berusia antara 13 hingga 40 tahun itu, ditahan dalam empat serbuan berasingan di Tangga Batu, Paya Rumput, Taman Paya Rumput Indah dan Rembia.