KUALA LUMPUR: Empat Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim, hari ini.
Mereka ialah Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, Datuk John Ambrose, Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee dan Datuk Bobbey Ah Fang Suan.
Ahli Dewan Negara lantikan semula penggal kedua oleh Yang di-Pertuan Agong ialah Radzi yang berkuat kuasa mulai 17 Julai lepas hingga 16 Julai 2024, John Ambrose (mulai 16 Jan lepas hingga 15 Jan 2024) dan Teo (hari ini hingga 18 Julai 2024).
Sementara Bobbey adalah lantikan kali pertama pilihan Dewan Undangan Negeri Sabah berkuat kuasa mulai 5 Jan lepas hingga 4 Jan 2024.
Keempat-empat mereka mengangkat sumpah sebagai senator pada majlis yang berlangsung di Dewan Negara, Blok Utama Parlimen di sini.
Rais ketika berucap mengalu-alukan pelantikan empat Ahli Dewan Negara itu mengingatkan mereka supaya melaksanakan segala amanah yang diberikan dengan cemerlang.
"Sumpah yang dilafazkan yang berhormat senator sekalian, harus dijunjung dan didaulatkan dengan segala upaya agar Perlembagaan Persekutuan dan sistem legistatif dapat berfungsi dengan baik.
"Renungkan hal-hal di persekitaran kita dan tanya diri kita bagaimana untuk menjadi senator, wakil rakyat, menteri dan timbalan menteri yang cemerlang untuk rakyat," katanya.
Sementara itu, Rais berkata, peranan Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara yang ditubuhkan sebelum ini, akan ditambah baik fungsinya agar lebih formal dengan dijadikan ia sebagai Jawatankuasa Pilihan Khas Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara.
Beliau berkata, jawatankuasa khas itu akan memastikan segala kemaslahatan rakyat dan isu yang melingkari negara dapat diselesaikan sebaik mungkin sekali gus menjadikan Dewan Negara sebagai institusi yang berwibawa.
"Pesan kepada kepada semua menteri dan timbalan menteri yang berkhidmat berkaitan dengan Dewan Negara agar semuanya bersama-sama menjayakan peranan kemasyarakatan dan kesejahteraan melalui jawatankuasa pilihan khas ini," katanya.
Mesyuarat Khas Dewan Rakyat dijadual 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos manakala Mesyuarat Khas Dewan Negara berlangsung pada 3 hingga 5 Ogos. - BERNAMA
Bernama
Mon Jul 19 2021

Rais Yatim (tengah) beramah mesra bersama dengan (dari kiri) John Ambrose, Radzi Jidin, Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee dan Bobbey Ah Fang Suan selepas upacara mengangkat sumpah jawatan Senator di Dewan Negara, hari ini. - Gambar BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Empat senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Mereka ialah Datuk Radzi Jidin, Datuk John Ambrose, Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee dan Datuk Bobbey Ah Fang Suan.