KUALA LUMPUR: Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak mengalami sesak nafas dan pengsan selepas rumah didiami mereka mengalami kebakaran di Jalan SE Utama, Taman Samudera Teres, Gombak, pada tengah malam tadi.
Kejadian itu turut menyebabkan seorang anggota bomba mengalami sesak nafas semasa memadamkan kebakaran.
Menurut Pengarah JBPM Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.55 malam, pada Khamis.
Pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dan BBP Rawang tiba di lokasi kejadian pada 12.21 pagi.
"Kebakaran melibatkan rumah teres tiga tingkat dengan anggaran kebakaran 50 peratus.
"Terdapat empat sekeluarga terdiri daripada ibu bapa dan dua anak mereka berada di dalam rumah berkenaan semasa kejadian itu berlaku.
"Ibu bapa dan anak lelaki mereka mengalami sesak nafas manakala seorang lagi anak perempuan mereka tidak sedarkan diri," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Wan Md. Razali berkata, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan.
"Manakala anggota bomba yang mengalami sesak nafas turut dibawa ke hospital yang sama dan berada dalam keadaan stabil.
"Punca kebakaran dan anggara kerugian masih dalam siasatan," ujarnya.
Afiezy Azaman
Fri Jul 14 2023
Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak mengalami sesak nafas dan pengsan selepas rumah didiami mereka mengalami kebakaran, manakala seorang anggota bomba turut mengalami sesak nafas semasa memadamkan kebakaran. - Gambar ihsan Bomba
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran di Ranau
Dalam kejadian pukul 1.20 pagi, Wong Ling Ying, 74, dijumpai di rumahnya yang terbakar 99 peratus manakala rumah kedua terbakar 50 peratus.
Stor farmasi Hospital Papar terbakar: 51 pesakit dipindahkan
Pada masa sama, terdapat lapan pesakit di Jabatan Kecemasan yang terkesan akibat insiden tersebut.
Stor farmasi Hospital Papar terbakar
Sebuah bangunan menempatkan stor farmasi Hospital Papar hangus terbakar, manakala bilik makmal kajian hanya terkena bahangan api dalam kejadian kira-kira 7 malam ini.
Puluhan dron serang Moscow, operasi di lapangan terbang ditangguhkan
Seorang wanita berusia 52 tahun mengalami kecederaan pada leher, muka, dan tangan, dan kini sedang dirawat di hospital.
Wanita Vietnam ditahan susulan kebakaran tiga rumah di Manjung
Semakan CCTV mendapati kelibat seorang lelaki bawa dua tong berisi cecair bahan bakar ke arah rumah mangsa dan melarikan diri selepas api mula menyala.
Dewan Arena Square terbakar, dipercayai libatkan penggunaan bunga api tanpa kebenaran
Suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia 24 tahun akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini untuk permohonan reman.
Remaja perempuan warga China rentung dalam kebakaran di Miri
Mayat mangsa yang dikenali sebagai Yuan Ruohan, ditemukan dalam rumah berkembar itu yang terbakar kira-kira 70 peratus.
Lapan maut, tiga cedera kilang minyak masak terbakar
Sekurang-kurangnya lapan maut manakala tiga lagi cedera dalam kebakaran besar sebuah kilang minyak masak di Bekasi Jakarta Indonesia pada Jumaat.
11 motosikal musnah dalam kebakaran
Kebakaran kira-kira 6.50 pagi itu turut memusnahkan sebuah lori yang diparkir berhampiran garaj berkenaan.
95 peratus kebakaran di tapak kitar semula berjaya dikawal - Bomba
Sebanyak 95 peratus kawasan kebakaran di sebuah tapak pengumpulan bahan kitar semula di Jalan Padang Tembak, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa telah berjaya dikawal.