IPOH: Pemandu treler yang terbabit dalam kemalangan maut membabitkan empat sekeluarga di KM277.1 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di sini, Rabu lepas, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata lelaki berusia 34 tahun itu yang direman selama tiga hari sejak Khamis lepas dibebaskan kira-kira 10.45 pagi tadi apabila keterangannya selesai dirakamkan.
"Polis menunggu arahan pihak Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam jawapan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 2.45 petang Rabu lalu, empat sekeluarga maut dalam kemalangan membabitkan enam kereta dan sebuah treler di lokasi berkenaan.
Mangsa, pesara polis Rahim Ramli, 60, isterinya Siti Petimah Omar, 59, dan dua anak perempuan mereka, Nor Hadirah, 28, dan Nor Hamizah, 27, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pemandu itu mempunyai 13 saman kesalahan trafik sejak 2008 sehingga tahun lepas, termasuk tiga daripada saman tersebut adalah terlibat dalam kemalangan jalan raya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 16 2022

Pemandu treler yang terbabit dalam kemalangan maut membabitkan empat sekeluarga Rabu lepas, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini. - Gambar fail

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Kemalangan maut: Pemandu treler rempuh empat kenderaan positif dadah
Pemandu treler yang menjadi punca kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, disahkan positif dadah.

Kontena hempap kereta: Pemandu treler tidak mengaku pandu bahaya, sebabkan kematian wanita
Seorang pemandu treler dituduh di atas pertuduhan memandu dengan cara berbahaya sehingga menyebabkan kematian di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam.

Kontena hempap kereta: Pemandu treler didakwa hari ini
Ketua Polis Daerah SPT ACP Helmi Aris mengesahkan lelaki berusia 51 tahun itu akan didakwa hari ini selepas tamat reman pada Ahad.

Pemandu maut, treler rempuh treler diparkir tepi jalan
Seorang pemandu maut apabila treler yang dipandunya hilang kawalan lalu melanggar belakang sebuah treler lain yang diletakkan di tepi jalan di Kilometer 47, Jalan Ipoh -Lumut, dekat Bota, malam tadi.

Pemandu treler kontena sebabkan kematian wanita direman empat hari
Penahanan reman itu dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terhadap lelaki berusia 51 tahun itu.

Polis tahan pemandu treler bantu siasatan kemalangan maut
Polis menahan pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Bukit Tengah pagi tadi.

Harimau digilis: Pemandu treler belum dapat dikesan
Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, setakat ini pemandu tersebut juga belum dapat dikesan.

Suri rumah nyaris maut rumah dirempuh treler kontena
Seorang wanita nyaris maut selepas kediamannya dirempuh sebuah treler kontena di Taman Desa Bayan Emas, Bukit Kayu Hitam pada Isnin.

Pemandu treler rempuh rumah mengaku tidak bersalah ambil dadah
Seorang pemandu treler yang merempuh sebuah rumah sehingga mengakibatkan dua beradik maut mengaku tidak bersalah mengambil dadah dan memandu kenderaan di bawah pengaruh dadah.

Polis buka dua kertas siasatan pemandu treler rempuh rumah
Polis membuka dua kertas siasatan terhadap pemandu treler yang merempuh sebuah rumah di Kilometer 5 Jalan Pekan-Rompin dekat Kampung Ketapang Hilir, Pekan.