JOHOR BAHRU: Empat remaja dipercayai terlibat dalam sindiket penjualan dan pemalsuan surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan surat akuan majikan bagi tujuan merentas negeri ditahan di sekitar bandar raya ini, 5 Ogos lepas.
Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata dua lelaki dan dua wanita berusia 16 hingga 19 tahun itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Johor dibantu JSJK Bukit Aman, sekitar pukul 8.30 malam sehingga 10.30 malam.
Katanya, sindiket itu dipercayai telah beroperasi sejak Mac tahun ini dan dianggarkan sebanyak 250 dokumen palsu telah dijual ke seluruh Semenanjung Malaysia dengan keuntungan sebanyak RM37,500.
"Modus operandi mereka adalah dengan mengiklankan perkhidmatan di media sosial termasuk Instagram, Facebook dan WeChat dengan menjual surat itu pada harga RM150. Empat individu ini menerima komisen sebanyak RM50 hingga RM100 setiap seorang bagi setiap dokumen yang dijual," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Beliau berkata, sindiket itu juga pada masa sama didapati menggunakan kod respons pantas atau Kod QR yang boleh diimbas di surat palsu berkenaan yang sekali gus menyukarkan pihak polis di Sekatan Jalan Raya (SJR) untuk mengesan.
"Namun kami dapati bahawa penama yang membawa surat ini di SJR adalah bukan pekerja syarikat seperti yang tertera di surat palsu itu. Mungkin ada penglibatan orang dalam jadi kami akan siasat," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Menurut beliau pihaknya kini sedang mengesan seorang lelaki berusia 21 tahun, dipercayai dalang sindiket itu dikenali sebagai Nicholas Chai Jia Han, yang beralamat di No 49 Jalan Bukit Kontang, Taman Ria, Tangkak.
"Individu ini dikehendaki mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sebarang maklumat orang ramai diminta menghubungi ASP Timmy Anak Aheng di talian 019-7773728 atau balai polis berhampiran," katanya.
Sementara itu, mengenai kes berlainan, Ayob Khan berkata tiga lelaki tempatan berusia 27 hingga 47 tahun disyaki terlibat sindiket pinjaman ah long yang beroperasi sejak 2019 dengan menyasarkan peniaga kecil ditahan di sekitar bandar raya ini pada 18 Ogos lalu.
"Setakat ini 80 peminjam berulang telah dikesan dengan jumlah pinjaman berjumlah RM1.5 juta," katanya yang menjelaskan kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.
Dalam serbuan berasingan pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun pada 17 Ogos lalu kerana dipercayai terlibat kegiatan khianat dengan menyimbah cat ke rumah peminjam di sekitar Batu Pahat dan Segamat.
Individu terbabit telah melakukan khianat melibatkan empat buah rumah setakat ini dengan menerima upah RM350 bagi setiap rumah yang disimbah cat dan kes disiasat mengikut Seksyen 29AA Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 23 2021
Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menunjukkan gambar suspek yang dikehendaki pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini. - Bernama
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
MIDF sasar sedia inisiatif pembiayaan sedia masa depan RM200 juta untuk PKS
Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) mahu menyediakan RM200 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui inisiatif Pembiayaan Sedia Masa Hadapan (FRF) yang baru dilancarkan.
Malaysia kutip RM500 juta duti antilambakan bagi tempoh 2016 hingga 2024
Malaysia mencatat kutipan duti antilambakan bernilai kira-kira RM500 juta bagi tempoh 2016 hingga Jun 2024 dalam usaha mengurangkan kesan import tidak adil.
Belanjawan 2025: MITI seru syarikat Malaysia teroka peluang di Ethiopia
Syarikat-syarikat Malaysia diseru untuk meneroka peluang perniagaan baharu di Ethiopia, dengan mengambil kesempatan daripada peruntukan RM40 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 baru-baru ini.
MATRADE-HDC: MITI tubuh jawatankuasa pro tem selaras sumber dan rangka kerja operasi
MITI berkata ia komited untuk memastikan sebarang penggabungan fungsi dan jawatan akan diuruskan dengan adil.
Parlimen: Garis panduan pembangunan mampan pusat data sedang dimuktamad - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang dalam proses memuktamadkan garis panduan pembangunan mampan bagi pusat data.
MITI bantu Perodua keluarkan EV pertama Malaysia berharga bawah RM100,000
MITI akan membantu Perusahaan Otomobil Bawah Sdn Bhd (Perodua) mengeluarkan kenderaan elektrik (EV) pertama di Malaysia berharga di bawah RM100,000.
Perdagangan Malaysia naik 10.2 peratus, lepasi paras RM2 trilion Jan-Sept 2024
Jumlah perdagangan Malaysia bagi tempoh Januari hingga September 2024 meningkat 10.2 peratus kepada RM2.139 trilion.
MS 692 dikemas kini agar industri batik hasilkan produk berkualiti, patuhi standard - JSM
Malaysian Standard (MS) 692 yang telah dikemas kini kelak diharap dapat diguna pakai oleh pihak industri batik secara menyeluruh bagi menghasilkan produk berkualiti dan mematuhi standard.
Usahawan wanita: Data tepat mudahkan bantuan dan sokongan - Tengku Zafrul
Kajian akan membantu penghasilan data yang tepat, sekali gus membolehkan bantuan dan sokongan yang lebih bersasar diberikan.
ASEAN perlu wujudkan tawaran unik untuk jadi blok keempat ekonomi global
ASEAN kini berada di kedudukan kelima dan blok ini perlu memanfaatkan jumlah populasinya sekitar 680 juta orang.