Empat suspek rakyat Malaysia dalam sindiket penipuan 'Macau Scam' yang berpusat di Dubai, ditahan polis Thailand selepas mereka menipu 1.93 juta Baht (RM248,000) daripada beberapa mangsa di negara ini.
Timbalan Ketua Polis Pelancongan Thailand Men Jen Surachet Hakpan berkata empat lelaki rakyat Malaysia berumur antara 33 dan 28 tahun ditahan di Bangkok semalam dan dibawa ke balai polis Phahonyothin untuk disoal siasat.
"Mereka menganggotai sindiket 'Macau Scam' berpusat di Dubai yang mengambil warga asing bekerja dengan ditugaskan mengeluarkan wang daripada mangsa penipuan mereka di Thailand," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Pasukan polis yang membuat serbuan terhadap ke atas mereka semalam selepas mengumpul maklumat, turut merampas 10 kad Mesin Juruwang Automatik (ATM) dan lima telefon bimbit, katanya.
Suspek terbabit, menurut Surachet yang turut mengetuai pusat operasi penipuan elektronik Polis Thailand, mengeluarkan wang mangsa mereka di beberapa tempat di Bangkok selain di Nakhon Si Thammarat, di selatan Thailand.
Mereka melakukan jenayah itu antara 10 hingga 18 Mac, katanya dan menambah, suspek kerap berkunjung ke Thailand dan berada di sini kira-kira seminggu untuk mengeluarkan wang daripada mangsa mereka.
Kebanyakan mangsa mereka, kata Surachet, ditipu di kawasan Phahonyothin dan Bangkhane di Bangkok, dan daerah Sansai di Chiang Mai, utara Thailand.
Bagi tahun ini, sejumlah 427 waran tangkap dikeluarkan terhadap suspek 'Macau Scam', dan pihak berkuasa berjaya menahan 249 orang daripada mereka termasuk 67 warga asing yang menunggu untuk dihantar pulang ke negara asal, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 26 2018
Polis Thailand menahan empat rakyat Malaysia kerana dipercayai menjadi anggota sindiket 'Macau Scam' berpangkalan di Dubai Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang didakwa menipu kira-kira RM248,000 daripada beberapa warga Thailand hari ini --fotoBERNAMA
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
ATM lakukan siasatan penuh kekecohan di Wisma Transit
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan siasatan penuh berkenaan insiden kekecohan yang berlaku di Wisma Transit, Kuala Lumpur membabitkan warga Palestin baru-baru ini.
PM Anwar ucap Selamat Hari ATM ke-91
Anwar menzahirkan penghargaan kepada wira negara atas jasa serta pengorbanan mereka melindungi keselamatan dan kedaulatan negara.
Darah satria mendiang bapa mengalir dalam badan Indiran
Indiran juga berhasrat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi untuk menjadi seorang pegawai tentera seperti bapanya.
Rakyat tidak perlu khuatir keupayaan ATM tangani isu di Laut China Selatan - Penganalisis
Rakyat Malaysia tidak perlu khuatir dengan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menangani konflik sempadan di perairan Laut China Selatan.
Istiadat mengarak panji pamer dedikasi, kesetiaan ATM
Istiadat bersejarah itu turut disaksikan oleh duta luar negara untuk memperlihatkan ATM sebagai pasukan yang boleh dipercayai, taat dan sedia berjuang untuk raja dan tanah air.
Raptai penuh Perarakan Panji Yang di-Pertuan Agong lancar
Raptai penuh Perarakan Panji-Panji sempena sambutan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berjalan lancar.
Hari Kebangsaan: Jentera USAR bakal ditonjolkan buat julung kali
Jentera Urban Search and Rescue (USAR) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Kelab Bomba Cilik antara kelainan ditonjolkan dalam perbarisan Hari Kebangsaan ke-67.
Yang di-Pertuan Agong puas hati persiapan sambutan Hari Kebangsaan - Fahmi
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berpuas hati dengan persiapan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Kerajaan peruntuk RM1 juta bantu 200 usahawan veteran ATM
Setakat ini 96 usahawan veteran ATM telah dibantu dengan setiap penerima menerima bantuan wang tunai RM5,000 bagi mengembangkan perniagaan mereka.
Angkatan Tentera Indonesia, Malaysia lakukan rondaan sempadan bersama
Rondaan bersama itu dapat membantu TNI dan ATM mencegah orang ramai daripada melakukan pelbagai perbuatan yang menyalahi undang-undang.