Empat maut dalam kemalangan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Bukit Antarabangsa, di sini Ahad.
Jurucakap polis trafik berkata dua lelaki dan dua wanita yang menaiki kereta Perodua Viva mati di tempat kejadian apabila kereta mereka dilanggar dua kereta lain.
Beliau berkata kemalangan pada pukul 5.30 petang itu melibatkan tiga kereta dan sebuah motosikal.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Proton Satria yang turun dari susur keluar Bukit Antarabangsa mengalami kegagalan brek menyebabkan kereta yang melalui laluan MRR2 menuju ke Ampang terlanggar pembahagi jalan dan terbabas ke laluan MRR2 arah Hulu Klang.
Jurucakap itu berkata Proton Satria itu dipercayai melanggar sebuah Perodua Viva yang dinaiki empat orang.
Seterusnya, Perodua Viva itu dilanggar pula oleh sebuah kereta lain yang datang dari arah belakang, katanya.
Seorang penunggang motosikal turut terbabit dalam kemalangan itu, cedera dan dirawat di Hospital Ampang.
Bernama
Sun May 19 2013


Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Projek perumahan di Taman Kelab Ukay tidak boleh dilaksanakan pada masa ini - MPAJ
Sekiranya pemaju berhasrat meneruskan projek itu, mereka perlu memohon semula kebenaran merancang.

30 rumah di Bukit Antarabangsa terjejas banjir kilat
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis, pihak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 6.35 petang.

Penduduk di kawasan 'hotspot' tanah runtuh diminta sentiasa berwaspada
Penduduk di kawasan cerun kritikal tahap tinggi diminta agar lebih berwaspada dengan kawasan sekitar dan mengambil tindakan segera jika wujud tanda-tanda awal berlakunya tanah runtuh.

Remaja disaman memandu tanpa lesen, langgar MPV polis
Hasil siasatan mendapati pemandu dan penumpang yang berusia antara 15 hingga 19 tahun itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Penghantar makanan kontrak maut dirempuh pemandu mabuk
Kejadian kira-kira 1.30 pagi di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara itu menyebabkan Mohamed Zaili Mohamed, 44, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Penduduk trauma boleh mohon pindah
Penduduk yang tinggal berhampiran kawasan kejadian tanah runtuh di Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa boleh memohon untuk dipindahkan di lokasi yang lebih selamat.

Pergerakan tanah Jalan Kelab Ukay 2: Keputusan status banglo diputuskan 8 Januari - Azmin
ADUN Bukit Antarabangsa, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan Selangor akan mengambil keputusan setelah MPAJ, JKR dan JMG menjalankan kajian teknikal yang teliti di kawasan yang terjejas.

Tanding PRU sebab agenda peribadi? Itu cakap-cakap 'haters' - Azwan Ali
Azwan mahu menumpukan perhatian terhadap usahanya mendekati rakyat yang menjadi agenda utama dalam kempennya.

Azwan pertaruhkan logo gajah, yakin cipta kejutan
Beliau berhasrat untuk bertanding di Dun Bukit Antarabangsa bagi menentang penyandang yang juga merupakan abangnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Siti Aafiyah tak lekang senyum! Lihat foto menarik sekitar majlis
Apa kata kita saksikan momen-momen indah yang dikongsikan Siti bersama keluarga dan peminatnya malam tadi.