KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas di empat kawasan di Semenanjung.

Jabatan itu memaklumkan, terdapat dua kawasan di Perak mencatatkan cuaca panas Tahap 1 (berjaga-jaga) iaitu Larut Matang dan Kuala Kangsar.

Selain Perak, terdapat dua kawasan lain mencatatkan suhu panas Tahap 1 iaitu di Kuala Kerai, Kelantan dan Rompin, Pahang.

"Tahap berjaga-jaga adalah suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

"Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada laman web www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Rabu. - Sinar Harian