JOHOR BAHRU: Terpaksa beratur panjang sejak awal pagi dan perlu menunggu hampir empat jam bagi mendapatkan nombor giliran adalah cabaran perlu dihadapi orang ramai untuk berurusan di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Setia Tropika, di sini.
Malah ada antara mereka yang tidak sempat bersarapan atau hanya berbekalkan sebungkus roti dan air kotak sementara menunggu.
Nur Hazwan Sharifulazman, 37, yang berurusan untuk mendapatkan maklumat mengenai pasport diperbaharui secara dalam talian berkata meskipun tiba 7.50 pagi, orang ramai sudah beratur panjang kira-kira 400 meter daripada pintu masuk kompleks berkenaan.
Pengurus Kemudahan di sebuah syarikat swasta di Singapura berkata orang ramai terlebih dahulu perlu mendapatkan nombor giliran di luar pintu masuk sebelum dibenarkan masuk ke perkarangan kompleks berkenaan dan perlu mengambil sekali lagi nombor giliran di kaunter disediakan mengikut urusan masing-masing.
"Sekitar 8 pagi ada pegawai imigresen beri nombor giliran kepada orang ramai yang menunggu di luar pintu masuk, ketika itu ramai juga orang beratur dan ada rezeki saya dapat nombor.
"Kalau diikutkan sejak 8 pagi hingga 12 tengah hari, kira-kira empat jam kami masih lagi beratur untuk ambil sekali lagi nombor giliran di kaunter untuk berurusan di pejabat imigresen," katanya ketika ditemui di kompleks berkenaan, di sini hari ini.
Dia meminta agar pihak berkaitan melihat semula pengurusan di kompleks berkenaan dan melakukan penambahbaikan bagi memastikan isu seumpama itu tidak berulang lagi.
"Kalau kita lihat ada orang bawa anak kecil dan warga emas untuk berurusan di sini dengan cuaca panas terik. Jadi kena tengok balik langkah-langkah untuk tambah baik sistem," katanya.
Mohd Nasiruddin Md Nazim, 31, yang juga mahu melakukan urusan sama berkata dia diberikan sebungkus roti dan air kotak oleh orang ramai kerana tidak sempat bersarapan.
"Saya ingatkan pergi awal pagi sudah terlalu awal, tetapi sampai sahaja orang ramai sudah beratur panjang.
"Walaupun urusan memperbaharui pasport dilakukan secara dalam talian tetapi proses untuk ambil (pasport) juga mengambil masa agak lama...saya pun datang hari ini untuk tanya maklumat sama ada pasport sudah siap atau belum kerana masih belum dapat pengesahan," katanya.
Pekerja barista di sebuah restoran makanan segera di Singapura sejak 2011 itu berkata pihak berkaitan harus mencari jalan penyelesaian dengan kadar segera bagi memudahkan urusan orang ramai di kompleks berkenaan
Sebelum ini, tular di media sosial yang menunjukkan beberapa rakaman video memaparkan orang ramai beratur panjang di luar pintu masuk kompleks berkenaan.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi juga turun padang pagi tadi untuk meninjau situasi di kompleks berkenaan dan mengatakan bahawa keadaan itu dialami sejak 1 Mei lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 23 2022

Orang ramai terlebih dahulu perlu mendapatkan nombor giliran di luar pintu masuk sebelum diarah mengambil sekali lagi nombor giliran di kaunter disediakan mengikut urusan masing-masing. - Gambar/ Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Kompleks KDN Setia Tropika sesak kerana ramai mahu perbaharu pasport
Kesesakan orang ramai menunggu di luar Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Setia Tropika adalah kerana ramai berhasrat memperbaharu pasport.

Empat jam untuk dapatkan nombor giliran di Kompleks KDN Setia Tropika
Terpaksa beratur panjang sejak awal pagi dan perlu menunggu hampir empat jam bagi mendapatkan nombor giliran adalah cabaran perlu dihadapi orang ramai untuk berurusan di Kompleks KDN Setia Tropika.

2 lokap tahanan PATI di Johor Bahru dikenakan PKPD bermula esok
Ia melibatkan Kompleks Kementerian Dalam Negeri Setia Tropika dan Lokap Tahanan PATI Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Bangunan Sultan Iskandar.