KLUANG: Empat individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Taman Sri Lambak dikenakan kompaun sebanyak RM 20,000 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM) pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, anggota polis dari Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Kluang bersama petugas KKM menjalankan operasi bersepadu di kawasan sebelum mengesan empat lelaki terbabit berada di balkoni rumah.
"Hasil siasatan mendapati tiga lelaki berkenaan datang ziarah ke rumah salah seorang penghuni sempena Hari Raya Aidilfitri di mana aktiviti itu tidak dibenarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara ( MKN).
"Pihak KKM telah mengeluarkan sebanyak empat kompuan di bawah Perkara 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2021," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Dalam pada itu, polis menyeru orang ramai agar mematuhi arahan dikeluarkan MKN bagi mengekang penularan COVID-19.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan di mana-mana balai polis yang berhampiran atau menghubungi IPD Kluang melalui talian 077784222 atau hotline 077766822, talian terus 077784256 atau tablet DCC 0143656822.
Sementara itu, kehadiran petugas KKM dan polis di kawasan Taman Sri Lambak yang memantau pelanggaran SOP PKP tular di media sosial.
Artikel asal di Sinar Harian: Empat individu ziarah Aidilfitri dikompaun RM20,000
Sinar Harian
Sun May 16 2021

Empat individu melanggarkan SOP PKP di Taman Sri Lambak dikenakan kompaun RM20,000. -Sinar Harian

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Op Penyamaran: Gagal patuhi lampu isyarat kesalahan paling tinggi
Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor mengeluarkan 298 notis membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas menerusi Op Penyamaran sempena Op Tahun Baharu Cina 2025 dalam tempoh 20 Jan lepas hingga semalam.

75 kes dengan kompaun RM8,600 dikesan sepanjang SHMMP Krismas - KPDN
Kesalahan itu dikesan menerusi 2,748 pemeriksaan yang dijalankan terhadap premis runcit, borong dan pengeluar di seluruh negara.

'Saya dah bayar kompaun kesalahan merokok' - Tok Mat
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan telah menjelaskan kompaun kesalahan merokok yang dikenakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadapnya baru-baru ini.

Tidak patuh PPKHT 2004: JKNPP keluar 7,839 notis, kompaun lebih RM1 juta
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) mengeluarkan 7,839 notis kehadiran ke mahkamah membabitkan tawaran kompaun bernilai RM1.11 juta.

KKM keluarkan RM24.5 juta kompaun merokok di tempat larangan
Angka berkenaan meningkat berbanding bilangan notis dikeluarkan sepanjang tahun lepas iaitu 96,127 dengan nilai kompaun RM24 juta.

Tujuh pemilik tanah di Kelantan dikompaun kerana pembakaran terbuka
Kesemua mereka dikompaun RM2,000 setiap seorang menjadikan jumlah keseluruhan kompaun sebanyak RM14,000.

Kompaun RM4.4 juta dikeluarkan kepada 12 syarikat berkaitan GISB - Armizan
KPDN telah mengenakan kompaun berjumlah RM4.4 juta terhadap 12 syarikat yang berkaitan dengan GISB baru-baru ini.

Kompaun RM1,000 jika buang puntung rokok di pantai
Kesedaran awam masih rendah dan ada yang membuang putung rokok di merata tempat.

Pemandu gagal selenggara kenderaan keluarkan asap hitam dikompaun
Ops bersepadu ini akan terus dijalankan oleh JAS di seluruh daerah bagi memastikan kualiti udara di negeri ini terpelihara.

DBKL laksana kadar kompaun baharu bagi kesalahan trafik mulai 1 Julai
Kadar kompaun kategori motosikal adalah sebanyak RM30 bagi tempoh bayaran satu hingga 15 hari, RM50 (16 hingga 30 hari) dan RM80 (31 hingga 60 hari).