KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan satu sindiket penipuan jual beli barangan kemas dalam talian susulan penahanan empat individu menerusi dua serbuan berasingan di ibu negara dan Selangor, Khamis lepas.
Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata empat individu yang ditahan itu berumur 26 hingga 45 tahun terdiri daripada seorang lelaki dan tiga wanita termasuk seorang bertaraf pemastautin tetap yang disyaki dalang utama sindiket terbabit.
Noorsiah berkata sindiket itu dipercayai aktif menjalankan penipuan sejak pertengahan 2022 dengan mewujudkan kumpulan melalui aplikasi Telegram dan Instagram bagi mengiklankan barang kemas dan seterusnya mencari mangsa.
"Mangsa yang berminat dengan barang kemas yang diiklankan akan dihubungi oleh ahli sindiket dan akan diarahkan untuk membuat pembayaran ke akaun tertentu.
Namun setelah pembayaran dilakukan, barang kemas yang dijanjikan tidak diterima mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Noorsiah berkata, semasa serbuan sebanyak enam unit telefon bimbit, dua kad bank, tujuh salinan perbualan dalam aplikasi WhatsApp yang disyaki digunakan untuk kegiatan penipuan jual beli barang kemas secara dalam talian telah dirampas.
"PDRM percaya melalui penahanan sindiket itu, sekurang-kurangnya enam kes berkaitan penipuan jual beli barangan kemas berjaya diselesaikan melibatkan jumlah kerugian keseluruhan RM17,100," katanya.
Noorsiah berkata kesemua suspek direman dua hari bermula Jumaat lepas dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
"Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada bagi mencegah kes-kes sebegini daripada terus berleluasa. Mereka boleh mendapatkan maklumat dan nasihat dengan membuat rujukan dengan pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial atau menghubungi National Scam Response Center di talian 997," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 29 2023

Sindiket itu dipercayai aktif menjalankan penipuan sejak pertengahan 2022 dengan mewujudkan kumpulan melalui aplikasi Telegram dan Instagram. - Gambar hiasan

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Remaja warga Jepun antara mangsa sindiket penipuan pekerjaan yang dibebaskan di Myanmar
Seorang remaja lelaki warga Jepun berusia 16 tahun telah diselamatkan daripada sindiket penipuan di Myanmar berhampiran sempadan Thailand.

Pesara, guru rugi lebih RM100,000 diperdaya sindiket cabutan bertuah
Seorang pesara wanita kerugian RM66,000 manakala guru lelaki pula hilang wang simpanan RM43,750 akibat diperdaya sindiket penipuan cabutan bertuah di laman Facebook.

Pelajar rugi lebih RM110,000 terperdaya sindiket panggilan telefon
Mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang menyamar sebagai wakil dari kedutaan China pada 13 Januari lepas.

Pengurus rugi RM2.56 juta ditipu pelaburan kripto tidak wujud
Mangsa berusia 42 tahun mula menyertai pelaburan berkenaan sejak Julai tahun lepas setelah melihat iklan di Facebook.

Dua warga emas rugi lebih RM5 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Salah seorang mangsa mula menyertai pelaburan dikenali sebagai Efa Trade yang didakwa mampu memberikan pulangan lumayan.

Pengarah syarikat rugi RM2.1 juta terperdaya penipuan pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan tawaran platform berkenaan berhubung pelaburan matawang kripto yang dijumpai menerusi iklan di laman Facebook.

Polis Miri tumpaskan dua sindiket penipuan
Polis berjaya menumpaskan dua sindiket penipuan susulan penahanan 11 individu termasuk seorang wanita dalam serbuan berasingan pada 8 dan 10 Jan lepas.

Pekerja pelantar minyak rugi hampir RM50,000 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud
Seorang pekerja pelantar minyak kerugian RM48,905.41 selepas terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud.

Juruteknik rugi lebih RM444,000 terpedaya ‘job scam’ dalam talian
Mangsa menyedari telah ditipu apabila sehingga kini belum menerima komisen seperti dijanjikan.

Kontraktor rugi lebih RM5.9 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa mula menyertai pelaburan berkenaan pada September lepas selepas tertarik dengan iklan pelaburan menerusi Facebook.