PUTRAJAYA: Empat daripada lima remaja di negara ini adalah tidak aktif secara fizikal, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Selain itu, dua daripada tiga remaja mengamalkan aktiviti kecergasan pada tahap sedentari, katanya dalam slot Suara Menteri yang disiarkan sempena Pogram Himpunan Virtual, Program Promosi Sihat di Institusi Kesihatan (Hepili) 2023 hari ini.
"Makin ramai pula anak-anak remaja kita tidak aktif. Jadi, apa lagi? jom kita mulakan sekarang!. Aktif setiap hari. Hanya 30 minit sahaja, lima kali seminggu. Mudahkan?," katanya.
Dr Zaliha dalam perhimpuan maya yang bertemakan 'Kami Nak Hidup Sihat' itu turut berkongsi pengalaman bahawa dalam kesibukan beliau dengan tugasan harian, ia tidak menghalangnya mengaktifkan diri setiap hari untuk memastikan kesihatan terjaga.
Turut menyampaikan ucapan ialah Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Sementara itu, Fahmi dalam ucapannya menggalakkan orang ramai melakukan regangan ringkas yang dikenali X-break iaitu aktiviti fizikal yang dilakukan selama tiga hingga lima minit setelah duduk yang lama iaitu melebihi dua jam.
Sementara itu, Yeoh berkata pada usia belia, seseorang individu perlu aktif untuk membina ketahanan dan jati diri, manakala Fadhlina berkata cuaca panas bukan alasan untuk tidak melakukan senaman kerana ia boleh dilakukan di dalam rumah dan kawasan tertutup.
Perhimpunan secara secara maya tersebut disertai kira-kira 548,000 peserta dari seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 06 2023

Dr Zaliha berkata dua daripada tiga remaja mengamalkan aktiviti kecergasan pada tahap sedentari. - Foto fail/BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.

Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha
Tidak ada maknanya ibu negara memiliki bangunan pencakar langit tertinggi, tetapi masih ada rakyat yang bergelut dalam kesukaran hidup.

Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha
Kaedah pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara tahun ini akan dijalankan secara telus termasuk cabutan undi petak dilaksanakan DBKL.

Perkhidmatan awam perlu beradaptasi mengikut keperluan ekonomi, rakyat – Dr Zaliha
Perkhidmatan awam perlu sentiasa beradaptasi dengan landskap ekonomi yang berubah serta keperluan rakyat yang semakin kompleks.

Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.

'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.

Industri madu kelulut berpotensi tinggi dikembangkan - Dr Zaliha
Berdasarkan data Jabatan Pertanian, pengeluaran madu kelulut di Malaysia mencecah hampir 146kg dengan nilai melebihi RM21 juta.

Dakwaan salah laku Afdlin Shauki: Laporan siasatan dalaman siap minggu depan - Dr Zaliha
"Tidak apa kalau saudara Afdlin mahu menolak dan menafikan tuduhan tersebut, itu hak beliau."

Perpaduan dan nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Di sebalik pembangunan dan kemodenan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tersemat semangat perpaduan dan nilai kekeluargaan di setiap sudutnya.

DBKL urus terus lesen bazar Ramadan beri hasil baik kepada penjaja - Dr Zaliha
Inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani rungutan mengenai harga dikenakan bagi permohonan lesen perniagaan.