Penduduk di kawasan Jalan Badak Mati, Sungai Bakap di sini gempar apabila menemui sebuah beg kertas yang mengandungi bungkusan kotak hadiah berisi bom di perkarangan sebuah rumah yang didiami dua
wanita di kawasan kejiranan itu, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Wan Hassan Wan Ahmad berkata seorang penduduk di sini menyedari terdapat sebuah beg kertas di perkarangan rumah itu, berhampiran stor simpanan barang kira-kira pukul 11 pagi.
"Dia memberitahu kepada penghuni rumah berkenaan berhubung bungkusan itu sebelum mereka melihat dan mendapati terdapat benda yang menyerupai bom, mereka terus menghubungi polis memaklumkan kejadian tersebut," katanya kepada pemberita di tempat kejadian, di sini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kotak berkenaan mengandungi empat butir bom dipercayai buatan sendiri dan Unit Pemusnah Bom (UPB) serta anjing pengesan K-9 dihantar untuk menjalankan siasatan.
"Siasatan mendapati terdapat dua penghuni wanita berusia lingkungan 50-an tinggal di rumah kayu berkenaan manakala stor itu pula dijadikan sebagai tempat simpanan peralatan sembahyang.
"Tiga daripada empat butir bom yang ditemui telah berjaya diletupkan oleh UPB dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri kira-kira pukul 4.18 petang manakala sebutir bom lagi dibawa balik ke IPK untuk siasatan lanjut," katanya.
Wan Hassan berkata siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui motif kejadian termasuk mengesan mereka yang meletakkan bom berkenaan di kawasan tersebut.
Katanya pihaknya akan mengambil keterangan daripada penduduk di kawasan berkenaan bagi membantu siasatan kes itu.
"Setakat ini kami belum tahu motif sebenar kejadian itu sama ada disebabkan hutang atau ugutan terhadap penduduk di situ, siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.
Beliau berkata kes itu disiasat menurut Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
Wan Hassan turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
Bernama
Sun Jan 18 2015
Beliau berkata siasatan awal mendapati kotak berkenaan mengandungi empat butir bom dipercayai buatan sendiri dan Unit Pemusnah Bom (UPB) serta anjing pengesan K-9 dihantar untuk menjalankan siasatan.
Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
AS minta penjelasan Israel berhubung serangan udara mengerikan di blok kediaman utara Gaza
Jabatan Negara AS mengatakan ia amat bimbang dengan perkembangan itu tetapi masih belum mendapat respons lengkap.
Diplomat termasuk wakil Indonesia, terselamat dalam serangan bom di Pakistan
Kuasa Usaha Kedutaan Besar Indonesia di Islamabad, Rahmat Hindiarta disahkan selamat selepas kejadian di jalan menuju ke Malam Jabba itu.
Pejabat penjaga haiwan perhutanan Narathiwat diserang, suspek larikan senjata api
Dalam kejadian pada 6.30 petang itu, lebih 10 lelaki bersenjata menyerang pejabat itu dengan sasaran utama adalah senjata api.
Serangan ngeri terhadap Lubnan, Israel melampaui garis merah
Selepas serangan udara Israel yang membunuh seorang komander utama Hizbullah dan beberapa figura senior dalam gerakan Lubnan pada Jumaat.
28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan
Tentera menuding jari kepada kumpulan Hafiz Gul Bahadur dari Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) yang diharamkan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jet pejuang rejim Israel serang utara Gaza
Dalam satu serbuan, rejim Israel mendakwa menemui tapak penyimpanan senjata dengan puluhan roket dan senjata api disimpan di sebuah sekolah.
Dua warga Malaysia cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Mangsa wanita berusia 38 dan 31 tahun dari Tumpat, Kelantan itu mengalami kecederaan ringan susulan letupan bom pada 9.35 malam pada Isnin.
Serangan bakar jahat di tiga wilayah selatan Thailand
Sekurang-kurangnya 30 serangan termasuk bom dan bakar jahat dilaporkan di tiga wilayah selatan awal pada pagi Jumaat.
AI digunakan Amerika untuk bom 85 sasaran di Asia Barat
Menurut Bloomberg, AI yang dibangunkan di bawah Project Maven telahpun digunakan untuk melakukan misi pengeboman di Asia Barat.