KAMPAR: Empat sekeluarga maut manakala seorang lagi parah, apabila kereta yang mereka naiki dipercayai melanggar belakang sebuah lori tanah sebelum terbakar di Kilometer 310.2 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan, awal pagi ini.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Azriyani Abdul Latif, 45 tahun, dan tiga anaknya, Muhammad Azib Nasaruddin, 23 tahun, Siti Nur Aminah, 8 tahun, dan Ahmad Uwais Qorni, 5 tahun.
Manakala mangsa yang parah ialah seorang lagi anaknya, dikenali sebagai Muhammad Fawwaz, 7 tahun.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat (JBPM) Perak Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 2.06 pagi.
Menurutnya, kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Saga yang melanggar bahagian belakang lori muatan tanah jenis Volvo dan terbakar di bahagian bonet.
Katanya, terdapat dua mangsa yang tersepit dan kebakaran dipadamkan oleh orang awam menggunakan alat pemadam api.
“Mangsa yang terlibat adalah enam orang. Empat disahkan maut oleh pegawai Kementerian Kesihatan manakala seorang dibawa ke Hospital Tapah oleh anggota EMRS Gopeng.
“Terdapat mangsa yang maut telah melecur di bahagian anggota badan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurutnya lagi, anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat dan menyerahkannya kepada pihak polis dan ambulans.
Katanya, mangsa yang maut dibawa ke Hospital Kampar untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang diketuai Penolong Kanan Penguasa Bomba Nadzri Che Nordin itu tamat jam 4.25 pagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar Supt Mohamad Nazri Daud berkata, siasatan awal mendapati, kereta tersebut dipandu Muhammad Azib dari arah Ipoh ke Kuala Lumpur.
Menurutnya, apabila sampai ditempat kejadian kereta berkenaan telah melanggar bahagian belakang lori di lorong sebelah kiri.
Katanya, bedah siasat akan dilakukan di Hospital Kampar pagi ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Abd Razak Mohd Ali
Mon May 15 2023

Dalam kejadian awal pagi ini, sebuah kereta terbakar selepas dipercayai melanggar lori di Km 310.2 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan, mengorbankan empat nyawa. - Foto JBPM Perak

Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Jawi perkukuh kualiti hidup komuniti setempat
Pelaksanaan Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Jawi di daerah Seberang Perai Selatan, dijangka dapat memberi kesan positif jangka panjang terutamanya dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk.

J-KOM terus perkasa peranan sebar dasar kerajaan - KP
J-KOM memperkasakan peranannya dalam menyebarkan maklumat berhubung dasar kerajaan menerusi program Ih'ya Ramadan Berkat Musyawarah Malaysia MADANI Bekerja di enam zon di seluruh negara.

Peniaga bazar Ramadan diminta tidak jual makanan basi
Peniaga bazar Ramadan di Kelantan diingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan dan tidak menjual makanan yang telah rosak bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan kepada pelanggan.

Bekalan beras putih tempatan tersedia di pasar raya seluruh negara - Mohamad
Bekalan beras putih tempatan (BPT) kini tersedia di pasar raya di seluruh negara, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Ops Campur: 283 premis beras import diperiksa - Fuziah
Sebanyak 283 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa dalam Ops Campur setakat semalam, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Dr Fuziah Salleh.

Pemimpin masyarakat perlu bantu perjelas dasar, kejayaan kerajaan - PM Anwar
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.

Bina Semula Gaza: Jangan serah kepada PA, alamatnya gagal - Penganalisis
Pembangunan semula Gaza perlu diselaras oleh entiti yang mampu membina semula wilayah terkepung yang musnah akibat serangan rejim zionis dengan sebaik mungkin.

Nilai kebersamaan tanggungjawab bersama, tidak terbatas pada agama, bangsa - Sultan Pahang
Keberadaan pihak bukan Islam yang turut menyumbang kepada pembangunan institusi Islam ialah satu cerminan indahnya kehidupan bermasyarakat di Pahang.

MADANI Digital Trade: Anjakan perubahan bantu PKS manfaatkan teknologi - Tengku Zafrul
Inisiatif MDT mampu menjadi pencetus perubahan yang membolehkan PKS meraih manfaat daripada teknologi seperti analisis dan data raya, pengkomputeran awan dan AI.

PM lawat Bazar Ramadan Seksyen 2, nasihat peniaga jaga harga jualan, kebersihan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa melawat peniaga dan beramah mesra bersama pengunjung Bazar Ramadan Seksyen 2 di sini.

Empat beranak maut, seorang parah, nahas kereta-lori di Lebuhraya PLUS
Kejadian melibatkan sebuah kereta Proton Saga yang terlanggar belakang lori dan terbakar di bahagian bonet depan kereta.