Empat anggota polis ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pecah rumah di Taman Alam Perdana di sini pada 9 Nov lalu, selepas kejadian itu tular di laman media sosial, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata, lans koperal dan koperal polis masing-masing berusia antara 25 hingga 36 tahun itu ditahan pada pukul 4 petang, 7 Dis lalu di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini.
"Polis menjalankan siasatan ekoran aduan daripada seorang lelaki pada 10 Nov lalu bahawa sebuah rumah yang dijadikan stor penyimpanan rokok seludup pelbagai jenama dipecah masuk, bagaimanapun tiada sebarang maklumat diperoleh.
"Kejadian itu didapati tular di laman sosial pada pukul 3 petang, Khamis lalu sehingga membawa kepada maklumat yang membolehkan kita menahan semua suspek," katanya pada sidang media di IPD Kuantan di sini, hari ini.
Abdul Aziz menambah semua suspek ditahan dalam tempoh empat jam selepas perkara itu dimuat naik ke dalam media sosial dan setakat ini, semua suspek ditahan reman selama tiga hari.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyem 457 Kanun Keseksaan iaitu pecah rumah yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun serta denda dan jika kesalahan mencuri, tempoh penjara boleh dilanjut sehingga 14 tahun bagi kesalahan kedua serta denda dan sebat, jika sabit kesalahan.
Difahamkan, lokasi kejadian terletak kira-kira 500 meter dari pondok pengawal dan kawasan perumahan berkenaan hanya boleh dimasuki menggunakan kad berpagar automatik selain dikawal rapi pengawal keselamatan.
Abdul Aziz juga menegaskan bahawa polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai atau anggota yang melanggar peraturan atau terbabit dalam kegiatan jenayah. -- Bernama
Bernama
Sat Dec 09 2017

Empat anggota polis ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pecah rumah di Taman Alam Perdana di sini pada 9 Nov lalu, selepas kejadian itu tular di laman media sosial, baru-baru ini. -Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Video tular anggota polis dimarahi depan IPD Kulai, empat lelaki ditahan
Polis menahan empat lelaki tempatan selepas tular satu video memaparkan kejadian seorang anggota polis dimarahi di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai pada Selasa.

Polis terima laporan gangguan seksual anggota polis terhadap aktivis pelajar
Polis menerima laporan daripada seorang aktivis pelajar yang mendakwa diganggu secara seksual oleh anggota agensi keselamatan itu ketika keterangannya direkodkan.

Thaipusam: 1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa ini.

Filipina ambil tindakan terhadap 2,765 anggota polis bermasalah pada 2024
Filipina telah mengambil tindakan disiplin terhadap 2,765 anggota polis sepanjang 2024, dengan 903 daripadanya dipecat.

Anggota polis wanita positif dadah, ditahan berhibur sambut tahun baharu
Seorang anggota polis wanita ditahan ketika berhibur di sebuah pusat hiburan dalam satu operasi khas Ops Hiburan sempena sambutan Ambang Tahun Baharu di Jalan Tun Razak, awal pagi Rabu.

Anggota polis dikhuatiri lemas ketika mandi-manda bersama rakan di tali air
Seorang anggota polis berpangkat koperal dikhuatiri lemas akibat dihanyutkan air deras semasa mandi-manda bersama rakan-rakannya di tali air.

Anggota polis didakwa rompak jongkong emas bernilai lebih RM500,000
Koperal Muhammad Arieff Marhalim, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

JIPS mulakan siasatan berkaitan anggota polis tunjuk isyarat lucah
Polis belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian berkenaan dan menyeru wanita terbabit tampil membuat laporan bagi memudahkan siasatan lanjut dijalankan.

Lebih 1,000 pegawai, anggota polis terjejas banjir di Kelantan - Ayob Khan
Lebih 1,000 pegawai dan anggota polis daripada 469 keluarga di Kelantan terjejas akibat banjir, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki berhibur di Golok, Thailand.