KUALA LUMPUR: Ketua balai polis dan tiga anggota yang ditahan sebelum ini kerana berhibur di sebuah balai polis di Kajang, Selangor pada Julai lepas terlepas daripada tuduhan jenayah setelah ujian air kencing kali kedua mereka didapati negatif terhadap dadah.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Azri Ahmad berkata bagaimanapun, kesemua mereka masih berdepan dengan siasatan tatatertib yang sedang berjalan.
Beliau berkata, tuduhan jenayah melibatkan dadah ke atas mereka tidak dikenakan dan pihak timbalan pendakwa raya mengambil keputusan untuk tidak mendakwa mereka.
"Siasatan tatatertib dijalankan mengikut Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, selain itu mereka juga telah dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) kawalan pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN)," katanya kepada Bernama hari ini.
Azri berkata kesemua anggota polis berkenaan perlu menjawab semua pertuduhan di hadapan lembaga disiplin dan antara tindakan yang boleh dikenakan adalah digantung kerja dan dibuang kerja.
Pada 20 Julai, selain ketua balai, turut ditahan dua anggota polis berpangkat Koperal dan seorang Koperal Sokongan bersama empat wanita, ketika mereka sedang berhibur di dalam bilik khas di balai polis berkenaan.
Semasa serbuan, polis turut merampas antaranya beberapa botol air disyaki air ketum, botol minuman keras, pembesar suara, lampu disko, mikrofon dan televisyen.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 28 2021
Kesemua anggota polis berkenaan perlu menjawab semua pertuduhan di hadapan lembaga disiplin dan antara tindakan yang boleh dikenakan adalah digantung kerja dan dibuang kerja.
Singapura longgarkan dasar monetari selepas hampir lima tahun
MAS mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan sedikit kecerunan jalur dasar kadar pertukaran nominal efektif dolar Singapura (S$NEER) tanpa mengubah lebar jalur dasar atau tahap pusatnya.
Tahun Baharu Cina: Keluarga dibenarkan lawat penghuni penjara pada 1, 2 Feb
Keluarga semua penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan perjumpaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Feb ini.
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
[TERKINI] Kerajaan setuju diskaun 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina
Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
Kuarters, rumah ketua balai polis atas tanah gereja di Kamunting akan diroboh
Tanah rizab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lot 784 di Kamunting, Taiping telah dimiliki The Titular Roman Catholic Bishop of Melaka sejak tahun 1883, kata Ketua Polis Perak.
Ketua balai polis didenda RM6,000 lepaskan pemilik premis langgar SOP PKP
Hakim menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Abdul Halim Alias, 59, mengaku bersalah setelah pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Empat anggota berhibur di balai polis hanya berdepan tindakan tatatertib
Tuduhan jenayah melibatkan dadah ke atas mereka tidak dikenakan dan pihak timbalan pendakwa raya mengambil keputusan untuk tidak mendakwa mereka.
Ketua balai polis letak jawatan selepas ditahan curi tisu tandas
Penyiasat menggeledah kediaman Tanaka dan menjumpai 13 gulung tisu tandas dari bilik air pusat beli-belah berkenaan.