PUTRAJAYA: Kadar Elaun Sara Hidup (ESH) bagi pelajar baharu dan sedia ada di bawah tajaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan dinaikkan bermula tahun depan, kata Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini.
Beliau berkata kenaikan kadar ESH itu akan memanfaatkan seramai 24,729 pelajar yang sedang ditaja untuk melanjutkan pelajaran di dalam atau luar negara di bawah Program Penajaan KPT dan akan melibatkan implikasi kewangan kira-kira RM30.78 juta.
"Kerajaan sentiasa menitikberatkan soal kebajikan pelajar tajaan dan serius membantu menangani cabaran kenaikan kos sara hidup yang dihadapi," katanya pada Majlis Pelancaran MyBrain 2.0 dan penyampaian surat tawaran penajaan 2023, di sini hari ini.
Mohamed Khaled berkata kadar ESH akan dinaikkan sebanyak 15 peratus bagi pelajar sarjana atau doktor falsafah (PhD) sedia ada dan baharu di luar negara serta di bawah Program MyBrainScience.
Turut dinaikkan ialah kenaikan kadar ESH sebanyak RM100 sebulan kepada pelajar sedia ada dan baharu yang menerima biasiswa dan dermasiswa dalam negara, katanya.
Kenaikan itu melibatkan penerima Biasiswa Atlet Cemerlang institut pengajian tinggi (IPT), Biasiswa Pelajar Cemerlang Politeknik, Biasiswa Tokoh Siswa, Dermasiswa B40 TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) dan Program MyBrain 2.0, katanya.
Mohamed Khaled berkata KPT akan menyeragamkan ESH pelajar sedia ada dan baharu kepada hanya satu kadar mengikut peringkat pengajian iaitu Ijazah Sarjana Muda RM730, Ijazah Sarjana RM800 dan PhD RM1,000.
Walau bagaimanapun, penyeragaman itu tidak melibatkan program MyBrainScience kerana kadar ESH sedia ada program berkenaan adalah lebih baik daripada program lain sedia ada, katanya.
"Kenaikan RM100 sebulan ESH atau Elaun Wang Saku juga diperluaskan kepada pelajar-pelajar B40 (Bantuan Kewangan Asasi IPTA dan Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti) dan OKU (Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya dan Program Pendidikan Khas)," katanya.
Kadar ESH atau Elaun Wang Saku semasa bagi Bantuan Kewangan Asasi ialah RM208.33 sebulan; Bantuan Kewangan OKU (RM300 sebulan); Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (RM300 sebulan) dan Program Pendidikan Khas ialah RM610 sebulan.
Bagi pelajar sedia ada dan baharu di United Kingdom, Mohamed Khaled berkata kadar ESH diseragamkan dan tidak lagi mengikut kawasan memandangkan perbezaan indeks kos sara hidup di antara kawasan yang berlainan.
"Begitu juga kadar ESH pelajar sedia ada dan baharu di Amerika Syarikat diseragamkan daripada tiga kadar kepada dua kadar sahaja," katanya.
Beliau berkata kadar ESH yang dinikmati oleh pelajar dalam kalangan pegawai awam dalam perkhidmatan sama ada sedia ada dan baharu dalam dan luar negara dikekalkan.
"Ini kerana, kenaikan kos sara hidup dilihat mampu diserap oleh pegawai yang mengikuti pengajian dalam dan luar negara kerana mereka turut menerima gaji bulanan penuh secara tetap selain ESH," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 26 2023
Mohamed Khaled berkata kenaikan kadar ESH itu akan memanfaatkan seramai 24,729 pelajar. - Gambar fail
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 26 Oktober 2023.