Ibu bapa diminta agar tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah sekiranya mempunyai tanda-tanda jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata pihak sekolah pula dinasihatkan supaya tidak menerima murid berkenaan bagi mengelakkan murid-murid lain dijangkiti.
Menurut Dr Sahruddin, ibu bapa dan guru juga boleh menjalankan aktiviti pembersihan atau semburan disinfeksi pada kerusi, meja dan barang mainan anak-anak dan murid-murid mereka.
"Penyakit ini adalah penyakit bawaan virus yang mudah berjangkit, jadi ibu bapa dan guru perlu peka, dan sekiranya ada anak kita yang dijangkiti mereka perlu diisolasikan dan tidak dibawa ke sekolah atau pusat jagaan kanak-kanak.
"Jangkitan juga boleh dihindari dengan cara mencuci tuala badan setiap kali selepas digunakan, mengkuarantin anak murid yang disyaki dijangkiti penyakit berkenaan dan memaklumkan Jabatan Kesihatan sekiranya terdapat murid yang tidak dapat hadir ke sekolah akibat penyakit HFMD," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Pertanian Negeri Johor di sini, pada Rabu.
Dr Sahruddin berkata peringatan itu dibuat kerana Johor merupakan antara negeri yang merekodkan penyakit HFMD yang tinggi pada tahun lepas dengan 1,505 kes.
Pada awal tahun ini hingga hari ini pula 1,812 pesakit telah dijangkiti, peningkatan sebanyak 20.3 peratus daripada angka tahun lepas.
"Kebanyakan kes HFMD di Johor berlaku di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dengan majoriti mangsa adalah kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.
"Sebab itu, ketika ini kerajaan negeri melalui Jabatan Kesihatan sedang menjalankan saringan kesihatan di peringkat taska, tadika dan prasekolah dan menyeru orang ramai agar menjaga kebersihan diri dan persekitaran mereka," katanya.
Berkenaan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dicadangkan di kawasan utara Johor, Dr Sahruddin memaklumkan bahawa perkara berkenaan masih dalam peringkat kajian kesesuaian lokasi dan memilih penternak-penternak yang akan terlibat.
"Untuk tahap pertama, kita akan lihat penternak-penternak kecil yang berjaya yang mana mereka ini akan kita berikan insentif untuk mengembangkan perniagaan mereka. Sehingga hari ini, kita telah mengenal pasti 21 ladang satelit yang berpotensi untuk dimajukan.
"Tetapi perkara ini perlu dilaksanakan secara terperinci kerana kita tidak mahu mengulangi kegagalan projek NFC yang terdahulu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 11 2018

Pihak sekolah dinasihatkan tidak menerima murid yang mempunyai tanda-tanda jangkitan HFMD bagi mengelakkan murid-murid lain dijangkiti. - Gambar hiasan

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.

Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.

KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.

Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.

Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.

'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.

Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.

Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.

7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?