Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa dakwaan Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS) kehilangan hampir RM400 juta dalam urusan pengambilan alih tanah di Singapura adalah tidak benar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata dakwaan itu tidak benar memandangkan syarikat yang dilantik untuk melaksanakan program penyumberan luar itu masih belum membuat sebarang pelaburan.
Abdul Wahid berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) yang bertanyakan masalah yang dihadapi EKUINAS dalam mengambil alih tanah di Singapura sehingga dikatakan hilang hampir RM400 juta.
"Syarikat yang dilantik merupakan syarikat yang berdaya maju dalam bidang ekuiti swasta dan telah menjalani proses pemilihan.
"Dana telah diberikan dan akan dilaburkan kepada syarikat yang berdaya maju dan memenuhi kriteria yang ditetapkan EKUINAS, dengan seorang wakil akan duduk di situ," katanya.
Abdul Wahid turut menyangkal dakwaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) gagal mencapai matlamatnya, sebaliknya menyifatkan 'kurang pencapaian tahap ekuiti korporat Bumiputera'.
"Bagaimanapun semasa DEB dilancarkan, kadar ekuiti korporat Bumiputera pada tahap 2.4 peratus, dan pada tahun 2011 telah meningkat kepada 23.5 peratus, iaitu satu pencapaian yang melebihi 10 peratus," katanya.
Katanya dasar itu memerlukan sokongan dan peranan daripada pihak swasta memandangkan bilangan saiz ekonomi yang melibatkan sektor awam adalah kecil, iaitu hanya 42 peratus daripada jumlah keseluruhan RM947 bilion pada tahun lepas.
"Saiz ekonomi awam adalah lebih kecil daripada sektor swasta dan jika dilihat pada sektor pekerjaan, sektor awam memberi peluang kepada 1.5 juta orang, iaitu 11 peratus daripada jumlah tenaga kerja di negara ini," katanya.
Abdul Wahid turut meminta pihak swasta supaya memain peranan dalam DEB yang merupakan dasar negara ke arah mencapai ekonomi berpendapatan tinggi.
Tan Su Lin
Mon Oct 21 2013
![EKUINAS tidak rugi - Abdul Wahid EKUINAS tidak rugi - Abdul Wahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/61368863861_295x200.jpg)
Jenayah: Polis sahkan suspek teman lelaki Nur Farah Kartini
Lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Seorang penjawat awam yang dikaitkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
[TERKINI] Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Tidak ada maklumat lanjut berkaitan sidang media berkenaan walaupun desas desus mengatakan ia melibatkan kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
Bukan masa sesuai untuk perkenalkan semula GST - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bukan masa sesuai untuk perkenal semula GST. Katanya, kerajaan hanya akan perkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721100842_iOSPublicBeta.jpg)
Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta
Walaupun iOS 18 Public Beta sedia dimuat turun, ia masih lagi dalam peringkat pembangunan dan ujian.
Saya 'pelik' soalan YB Hulu Terengganu - Timbalan Menteri KPDN
Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh pelik dengan soalan YB Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid yang mengaitkan harga barang naik dan subsidi diesel antara faktor kekalahan PH di Sungai Bakap.
#SisiTVParlimen #AWANInews
#SisiTVParlimen #AWANInews
PKPS 2.0: LHDN kutip RM512.6 juta - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata LHDN sudah mengutip RM512.6 juta melalui Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 yang bermula 6 Jun 2023 hingga 31 Mei lalu.
#SisiTVParlimen #AWANInews
#SisiTVParlimen #AWANInews
![Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan
Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.20 mata kepada 1,630.02 daripada 1,629.82 ketika ditutup pada Isnin.
![Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16 Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/41437207555_PolisLogo.jpg)
Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16
Polis Daerah Putrajaya menerima panggilan MERS 999 memaklumkan mengenai kejadian kanak-kanak jatuh bangunan sekitar pukul 7.50 pagi tadi.
AWANI Pagi: Hidup bersama COVID-19
Jom ketahui semua info penting tentang “Hidup Bersama COVID-19”! Langkah, pengurusan kes, vaksin, dan banyak lagi bersama Dr Aznida Mohamad Zaki, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Awani Pagi Selasa, 8.30 pagi.
![Bursa Malaysia dan PRIBUMI lancar indeks zakat pertama dunia Bursa Malaysia dan PRIBUMI lancar indeks zakat pertama dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721022527_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia dan PRIBUMI lancar indeks zakat pertama dunia
Bursa Malaysia Bhd dan Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI) telah melancarkan PRIBUMI Bursa Malaysia Zakat Index (PBMZI) hari ini.
![Lebih 81 peratus syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia patuh syariah - Pengerusi Lebih 81 peratus syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia patuh syariah - Pengerusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41717000513_TBWAHIDOMAR.jpg)
Lebih 81 peratus syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia patuh syariah - Pengerusi
Sebanyak 820 syarikat atau 81.3 peratus daripada keseluruhan 1,009 syarikat senaraian awam (PLC) di Bursa Malaysia patuh Syariah setakat 27 Mei, 2024, kata Pengerusi Tan Sri Abdul Wahid Omar.
![Penguasaan korporat Bumiputera di Bursa Malaysia hanya 7 peratus - Abdul Wahid Penguasaan korporat Bumiputera di Bursa Malaysia hanya 7 peratus - Abdul Wahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-12/61450352002_AbdulWahidOmar.jpg)
Penguasaan korporat Bumiputera di Bursa Malaysia hanya 7 peratus - Abdul Wahid
Penguasaan korporat Bumiputera dalam kalangan syarikat tersenarai awam, Public Listed Company (PLC) setakat tahun 2022 hanyalah 7 peratus.
![Kerajaan gesa kepada lebih banyak penglibatan belia bagi bentuk agenda ESG Malaysia Kerajaan gesa kepada lebih banyak penglibatan belia bagi bentuk agenda ESG Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680685616_DatukHanifahHajar.jpg)
Kerajaan gesa kepada lebih banyak penglibatan belia bagi bentuk agenda ESG Malaysia
Hanifah berkata, belia perlu bersuara dalam pembangunan inisiatif kemampanan dan menjadi sebahagian daripada agenda hijau.
![Bank perlu senaraikan anak syarikat perbankan Islam - Bursa Malaysia Bank perlu senaraikan anak syarikat perbankan Islam - Bursa Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690168847_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bank perlu senaraikan anak syarikat perbankan Islam - Bursa Malaysia
Bursa Malaysia Bhd menggalakkan institusi kewangan supaya mula meneroka kemungkinan menyenaraikan anak syarikat perbankan Islam masing-masing walaupun menghadapi cabaran instrumen ekuiti patuh syariah
![WEF iktiraf usaha peralihan tenaga Malaysia sebagai terbaik di Asia Tenggara - Abdul Wahid WEF iktiraf usaha peralihan tenaga Malaysia sebagai terbaik di Asia Tenggara - Abdul Wahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-04/71493040413_AbdulWahidOmar.jpg)
WEF iktiraf usaha peralihan tenaga Malaysia sebagai terbaik di Asia Tenggara - Abdul Wahid
WEF mengiktiraf kemajuan dan rancangan Malaysia untuk memastikan peralihan tenaga dilaksanakan tepat pada masanya dan bersesuaian.
![Wujudkan budaya beramanah untuk program pemberi maklumat yang efektif - Wahid Omar Wujudkan budaya beramanah untuk program pemberi maklumat yang efektif - Wahid Omar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81656665306_TanSriAbdulWahid.jpg)
Wujudkan budaya beramanah untuk program pemberi maklumat yang efektif - Wahid Omar
Mewujudkan persekitaran yang beramanah secara dalaman dan luaran adalah penting untuk organisasi bagi memastikan program pemberi maklumat atau 'whistleblower' yang efektif.
![Belanjawan 2023: Sektor korporat ceria tanpa Cukai Makmur - Wahid Omar Belanjawan 2023: Sektor korporat ceria tanpa Cukai Makmur - Wahid Omar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81656665306_TanSriAbdulWahid.jpg)
Belanjawan 2023: Sektor korporat ceria tanpa Cukai Makmur - Wahid Omar
Ketiadaan Cukai Makmur yang berpotensi mengurangkan lima hingga enam peratus daripada pendapatan saham-saham komponen FBM KLCI 2023, memberikan kelegaan besar kepada sektor korporat.
![Bursa Malaysia lancar BCX, dagangan karbon patuh syariah pertama Bursa Malaysia lancar BCX, dagangan karbon patuh syariah pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670572045_NikNazmi.jpg)
Bursa Malaysia lancar BCX, dagangan karbon patuh syariah pertama
Bursa Malaysia Berhad hari melancarkan Bursa Carbon Exchange (BCX) bagi Pasaran Karbon Sukarela (VCM) yang mematuhi syariah, pertama seumpamanya di dunia.
![Ketiadaan cukai makmur jadi petanda baik bagi pasaran modal - Bursa Malaysia Ketiadaan cukai makmur jadi petanda baik bagi pasaran modal - Bursa Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71664901654_BURSAMALAYSIA.jpg)
Ketiadaan cukai makmur jadi petanda baik bagi pasaran modal - Bursa Malaysia
Ia berpotensi mengurangkan unjuran EPS 2023 bagi FTSE Bursa Malaysia KLCI sebanyak lima hingga enam peratus.