KUCHING: 14 kapal milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah berjaya melaksanakan Eksesais Maritim Perkasa Timur 2023 setelah mengharungi lima hari pelayaran dengan merentasi jarak 850 batu nautika di Laut China Selatan.
Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, sepanjang pelayaran, pegawai dan anggota telah menjalani beberapa siri latihan seperti navigasi, deck landing training, sistem komunikasi, penggeledahan, mengawal kebanjiran dan melawan api serta tembakan di laut.
Jelas beliau, kelangsungan latihan yang lancar tanpa sebarang insiden mempamerkan sikap profesionalisme, keupayaan dan tahap kompetensi warga Maritim Malaysia dalam memikul tanggungjawab selaku penguatkuasa maritim negara.
Datuk Hamid turut berkata, eksesais ini telah mencapai tujuannya apabila keberadaan aset - aset Maritim Malaysia di perairan Laut China Selatan telah dirasai. Ini dibuktikan apabila Bot Nelayan Asing (BNA) yang menceroboh masuk ke kawasan perairan negara secara besar-besaran di kedudukan 15 hingga 20 batu nautika selatan Amboyna Cay, telah meninggalkan perairan negara setelah menyedari kehadiran aset agensi ini dalam skala yang besar.
Malah katanya, pihak agensi turut berjaya melakukan pengusiran terhadap kapal penguat kuasa negara asing yang berada di kawasan perairan negara.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup Eksesasi Maritim Perkasa Timur di Kompleks Maritim Tun Abang Salehuddin, di sini hari ini.
Turut hadir sama, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli Abdullah, Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus dan Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Zulinda Ramly yang turut bertindak sebagai pengarah eksesais kali ini.
Datuk Hamid dalam ucapan beliau turut berkata, eksesais ini mampu memperkasa kebolehupayaan dan kebolehoperasian bersama Maritim Negeri Sabah dan Sarawak pada operasi mendatang di kawasan Laut China Selatan.
Melalui eksesais ini, pihak Maritim Malaysia telah berjaya mengumpul maklumat dan maklumbalas daripada semua kru terlibat untuk penambahbaikan tatacara pengendalian piawaian operasi pada masa akan datang.
Eksesais Maritim Perkasa Timur telah menjalani tiga fasa latihan bermula dengan Fasa Pelabuhan melibatkan sesi taklimat siri latihan dan sesi Table Top yang telah dilaksanakan pada 28 dan 29 Oktober lalu di Pejabat Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan.
Setelah melepasi fasa berkenaan, pegawai dan anggota yang terlibat menjalani fasa kedua iaitu Fasa Laut di mana pada peringkat ini aset-aset agensi melakukan pelayaran dari Perairan Kota Kinabalu ke Perairan Kuching bermula 30 Oktober hingga 3 November 2023.
Fasa terakhir merupakan Fasa Pasca Eksesais. Pada fasa ini sesi post mortem dan rumusan bagi melihat pencapaian dan penambahbaikan untuk eksesais akan datang. Sesi ini berlangsung di Pejabat Maritim Negeri Sarawak pada 3 dan 4 November 2023.
Astro Awani
Sat Nov 04 2023
![Eksesais Maritim Perkasa Timur berjaya tingkat kompetensi dan keupayaan Maritim Malaysia Eksesais Maritim Perkasa Timur berjaya tingkat kompetensi dan keupayaan Maritim Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699093342_APMM.jpg)
Laksamana Madya Maritim Datuk Hamid Mohd Amin (tengah) pada penutup Eksesais Maritim Perkasa Timur 2 di Kompleks Maritim Wilayah Sarawak Muara Tebas, Kuching. - Foto Maritim Malaysia
Jenayah: Polis sahkan suspek teman lelaki Nur Farah Kartini
Lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Seorang penjawat awam yang dikaitkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
[TERKINI] Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Tidak ada maklumat lanjut berkaitan sidang media berkenaan walaupun desas desus mengatakan ia melibatkan kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
Bukan masa sesuai untuk perkenalkan semula GST - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bukan masa sesuai untuk perkenal semula GST. Katanya, kerajaan hanya akan perkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721100842_iOSPublicBeta.jpg)
Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta
Walaupun iOS 18 Public Beta sedia dimuat turun, ia masih lagi dalam peringkat pembangunan dan ujian.
Saya 'pelik' soalan YB Hulu Terengganu - Timbalan Menteri KPDN
Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh pelik dengan soalan YB Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid yang mengaitkan harga barang naik dan subsidi diesel antara faktor kekalahan PH di Sungai Bakap.
#SisiTVParlimen #AWANInews
#SisiTVParlimen #AWANInews
PKPS 2.0: LHDN kutip RM512.6 juta - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata LHDN sudah mengutip RM512.6 juta melalui Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 yang bermula 6 Jun 2023 hingga 31 Mei lalu.
#SisiTVParlimen #AWANInews
#SisiTVParlimen #AWANInews
![Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan
Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.20 mata kepada 1,630.02 daripada 1,629.82 ketika ditutup pada Isnin.
![Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16 Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/41437207555_PolisLogo.jpg)
Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16
Polis Daerah Putrajaya menerima panggilan MERS 999 memaklumkan mengenai kejadian kanak-kanak jatuh bangunan sekitar pukul 7.50 pagi tadi.
AWANI Pagi: Hidup bersama COVID-19
Jom ketahui semua info penting tentang “Hidup Bersama COVID-19”! Langkah, pengurusan kes, vaksin, dan banyak lagi bersama Dr Aznida Mohamad Zaki, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Awani Pagi Selasa, 8.30 pagi.
![Mayat lelaki ditemukan terapung di perairan Tanjung Tuan Mayat lelaki ditemukan terapung di perairan Tanjung Tuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720754168_Mayatlelakiditemui.jpg)
Mayat lelaki ditemukan terapung di perairan Tanjung Tuan
Mohd Khairi berkata pusat operasi menerima maklumat berkaitan penemuan itu daripada pemancing di kawasan perairan berkenaan.
![Nelayan dikhuatiri hilang selepas terjun ketika dikejar Maritim Malaysia Nelayan dikhuatiri hilang selepas terjun ketika dikejar Maritim Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720581127_tbdikhuatirilemas.jpg)
Nelayan dikhuatiri hilang selepas terjun ketika dikejar Maritim Malaysia
Bot ronda Maritim Malaysia merapati bot terbabit kerana mengesyaki bot berkenaan sedang melakukan aktiviti menangguk siput.
![Kapal kontena karam, 10 kru termasuk kapten diselamatkan Kapal kontena karam, 10 kru termasuk kapten diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720419100_TanjungRhu.jpg)
Kapal kontena karam, 10 kru termasuk kapten diselamatkan
Sepuluh kru kapal kontena MV KUMJIN terselamat selepas kapal berkenaan karam di kedudukan 2.1 batu nautika Barat Tanjung Rhu, Sepang.
![Maritim Kuala Kedah tahan tiga vesel gentian kaca langgar syarat sah lesen Maritim Kuala Kedah tahan tiga vesel gentian kaca langgar syarat sah lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719967698_Maritim.jpg)
Maritim Kuala Kedah tahan tiga vesel gentian kaca langgar syarat sah lesen
Tiga buah vesel bersama 10 orang kru nelayan tempatan berkenaan ditahan oleh bot ronda Maritim Malaysia.
![Tiga lelaki Myanmar ditahan kendali bot nelayan tempatan Tiga lelaki Myanmar ditahan kendali bot nelayan tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719227691_handcuff.jpg)
Tiga lelaki Myanmar ditahan kendali bot nelayan tempatan
APMM Selangor menahan tiga lelaki warga Myanmar yang bekerja di atas bot nelayan tempatan kelas B1 tanpa kebenaran di perairan Tanjong Karang.
![Bot karam: Empat nelayan hilang, seorang selamat Bot karam: Empat nelayan hilang, seorang selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719021916_tbkrunelayanhilang.jpg)
Bot karam: Empat nelayan hilang, seorang selamat
Keadaan cuaca yang buruk dan ombak besar telah menyebabkan bot terbalik seterusnya tenggelam.
![Maritim Kelantan tahan dua bot nelayan asing ceroboh perairan negara Maritim Kelantan tahan dua bot nelayan asing ceroboh perairan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81717067803_MaritimMalaysia.jpg)
Maritim Kelantan tahan dua bot nelayan asing ceroboh perairan negara
Maritim Malaysia Kelantan menahan 21 warganegara Vietnam dalam dua bot nelayan disyaki melakukan aktiviti perikanan secara haram di perairan negara, Ahad lepas.
![Rumah sangkar haram diserbu, hampir 1,000 sangkar ikan disita di Langkawi Rumah sangkar haram diserbu, hampir 1,000 sangkar ikan disita di Langkawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715329676_rumahsangkarharam.jpg)
Rumah sangkar haram diserbu, hampir 1,000 sangkar ikan disita di Langkawi
Maritim Malaysia menyita 800 unit sangkar ikan yang berada di kedudukan 1.0 batu nautika dari barat daya Pulau Langgun, Langkawi.
![Peranan Maritim Malaysia diiktiraf dunia Peranan Maritim Malaysia diiktiraf dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715132220_MaritimMalaysia.jpg)
Peranan Maritim Malaysia diiktiraf dunia
Peranan serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) diterima baik dan diiktiraf dunia.
![Maritim Malaysia tahan dua bot, sita barangan lebih RM160,000 di Tawau Maritim Malaysia tahan dua bot, sita barangan lebih RM160,000 di Tawau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714654399_ShahrizanRaman.jpg)
Maritim Malaysia tahan dua bot, sita barangan lebih RM160,000 di Tawau
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan tiga lelaki kerana melanggar syarat sah lesen dua bot melibatkan sitaan lebih RM160,000 di perairan Inderasabah dekat sini, semalam.