Banyak sektor ekonomi Malaysia bergantung kepada khidmat pekerja asing kerana kumpulan tersebut datang ke negara ini dengan kesanggupan melakukan kerja-kerja berskil rendah dengan julat gaji yang rendah.
Perkara tersebut disampaikan Pengarah Urusan Institut Penyelidikan Khazanah, Datuk Charon Mokhzani dalam majlis pelancaran penerbitan sulung Laporan Keadaan Isi Rumah di ibu negara semalam.
Beliau memberitahu, berpandukan laporan tersebut, dari tahun 1990 hingga 2011, tenaga kerja asing yang diambil bekerja di negara ini meningkat daripada 240,000 kepada 1.7 juta orang.
“Hampir kesemuanya iaitu 95 peratus daripada mereka adalah tidak mempunyai kemahiran. Walaupun banyak sektor ekonomi bergantung kepada mereka, terdapat satu kumpulan warga tempatan yang mengisi jawatan penyelia.
“Golongan penyelia ini adalah rakyat tempatan yang memiliki sekurang-kurangnya kelulusan peringkat sekolah menengah,” ujar Charon.
Tambah beliau, rakyat Malaysia tidak seharusnya menjadi xenofobik atau perasaan gusar atau takut kepada kehadiran kumpulan warga asing, khususnya yang mengisi kerja-kerja rendahan tertentu di negara ini.
“Selagi rakyat Malaysia mempunyai pendidikan, pekerja asing adalah bagus untuk kita kerana mereka meningkatkan pengeluaran dan membuka peluang kerja berkemahiran lebih tinggi untuk warga tempatan,” kata beliau.
Teori menjangkakan pekerja asing akan menyebabkan kesan penggantian iaitu mengisi peluang kerja warga tempatan. Namun terdapat juga kesan skala iaitu dengan berkembangnya aspek pengeluaran kerana pekerja asing, secara tidak langsung ia mencipta lebih banyak pekerjaan untuk pekerja tempatan.
“Rakyat Malaysia yang ketinggalan dalam merebut peluang ini adalah mereka yang tidak menghabiskan pendidikan asas. Jika rakyat tempatan mempunyai tahap pendidikan yang sama dengan pekerja asing tersebut, mereka terpaksa bersaing dengan mereka dalam bidang kerja yang bergaji rendah,” jelas Charon.
Rumus beliau, percambahan bisnes dalam pertumbuhan ekonomi negara akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan yang menawarkan gaji lebih tinggi berdasarkan tahap kemahiran yang lebih. Tempat itulah yang harus diisi oleh warga tempatan.
Maklumat yang didedahkan oleh Charon itu disokong oleh Pengerusi Institut Penyelidikan Khazanah, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang menyeru agar rakyat Malaysia memandang hal tersebut dari sudut positif.
“Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah warga tempatan perlu mengutamakan pendidikan dan peningkatan kemahiran. Dengan kemahiran yang lebih tinggi, kita akan mengisi jawatan yang lebih baik dengan ganjaran gaji yang lebih tinggi," ujar Nor Mohamed.
Hamzah Hamid
Tue Nov 18 2014

Dari tahun 1990 hingga 2011, tenaga kerja asing yang diambil bekerja di negara ini meningkat daripada 240,000 kepada 1.7 juta orang. - Foto fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Khazanah Nasional turut terima kesan akibat pengukuhan dolar AS berbanding ringgit
Prestasi pelaburan pengurus dana kekayaan kerajaan itu cenderung kepada kesan penilaian di seluruh dunia dan bagaimana impak kekuatan dolar AS kepada mata wang di seluruh dunia.

MIDF, Al Rajhi dapat kelulusan BNM bincang penggabungan
BNM tiada bantahan bagi MIDF dan pemegang saham tunggalnya, PNB, memulakan rundingan dengan Al Rajhi Banking Investment Corporation, Kerajaan Arab Saudi berhubung penggabungan itu.

Pendapatan purata isi rumah Malaysia bertambahbaik pada 2014 - Kajian KRI
Pendapatan median dan purata isi rumah di Malaysia bertambah baik dari tempoh 2012 hingga 2014 dengan pertambahan purata RM1,141.

Cadangan insentif bagi teknologi baru, harga rumah turun
Kerajaan digesa memberi insentif kepada pemaju hartanah untuk membawa masuk teknologi terkini pembinaan rumah untuk mengurangkan kos dan harga rumah.

Perumahan Malaysia sangat tidak mampu milik
Kajian Khazanah Research Institute (KRI) mendedahkan harga rumah di Malaysia yang terlalu tinggi menyebabkan sehingga ia tidak mampu dimiliki rakyat.