LANGKAWI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis telah menahan sembilan individu termasuk tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) di Pulau Langkawi dalam operasi khas Ops Moon pada Selasa.
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, serbuan dan tangkapan itu dibuat berikutan intipan maklumat dan risikan bermula 18 Jun mengenai pergerakan serta aktiviti penyeludupan PATI yang diuruskan warga tempatan di Pulau Langkawi.
Romli berkata, sebelum itu, tujuh PATI telah dihantar oleh ejen darat menaiki feri penumpang di Jeti Kuah, Langkawi sekitar jam 4.30 petang menuju Kuala Kedah.
“Susulan itu, pasukan operasi bot PERKASA 1228 Maritim Malaysia telah memintas dan memberhentikan feri tersebut lebih kurang jam 4.40 petang di kedudukan sekitar 0.4 batu nautika timur laut Pulau Dayang Bunting untuk pemeriksaan.
“Pemeriksaan ke atas penumpang feri terbabit mendapati tujuh lelaki warga asing disyaki PATI warga Myanmar tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah berada di atas feri berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau menjelaskan, siasatan awal mendapati, mereka dihantar oleh seorang lelaki warga tempatan disyaki ejen darat.
“Sehubungan itu, tujuh PATI itu ditahan dan dipindahkan ke bot PERKASA 1228 untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia di Bukit Malut, Langkawi,” jelasnya.
Mengulas lanjut, Romli berkata, hasil koordinasi maklumat tangkapan di laut, pasukan operasi darat kemudiannya berjaya mengesan seorang suspek disyaki ejen darat yang memandu kereta jenis Toyota Avanza sedang bergerak keluar daripada kawasan Terminal Feri Kuah, Langkawi ditahan untuk siasatan.
Beliau berkata, kejayaan tangkapan itu adalah hasil kerjasama dengan Jabatan Laut Malaysia (JLM) Langkawi dalam membanteras aktiviti penyeludupan orang dan pemerdagangan manusia di Langkawi termasuk jenayah rentas sempadan.
“Susulan penahanan PATI dan ejen darat berkenaan, seorang lagi lelaki warga tempatan disyaki dalang utama aktiviti penyeludupan migran turut ditahan Maritim Malaysia.
“Suspek berusia 26 tahun itu ditahan berikutan cubaan memberi suapan kepada pegawai Maritim Malaysia sebagai imbuhan bagi melepaskan lapan suspek yang ditahan pada Selasa,” katanya.
Menurutnya, lelaki terbabit ditahan untuk siasatan lanjut hasil kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Romli berkata, kesemua tahanan akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/1963 dan Akta Antipemerdagangan Manusia dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, Maritim Malaysia akan meneruskan siasatan bagi mengesan dan menangkap individu yang terlibat khasnya tekong darat yang disyaki bersekongkol dengan tekong laut untuk menyeludup PATI masuk ke negara ini.
Katanya, ini kerana mereka dipercayai telah mengaut keuntungan ribuan ringgit menerusi aktiviti penyeludupan migran dan PATI memasuki ke negara ini bagi tujuan tenaga kerja warga asing secara haram.
Orang ramai dan komuniti maritim khususnya dimohon agar dapat bekerjasama dalam menyalurkan laporan berkenaan aktiviti jenayah di laut menerusi panggilan terus ke Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis yang beroperasi 24 jam sehari di nombor talian 04-9662750 atau MERS 999.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jun 23 2022
Tujuh PATI yang ditahan Maritim Malaysia dibawa oleh bot PERKASA 1228 untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia di Bukit Malut, Langkawi. -Foto Sinar Harian
Terlalu banyak kenangan, Kak Ogy akui tak kuat nak tonton filem 'Hati Batu'
Meskipun filem itu adalah salah satu kenangan bersama arwah, namun dia tidak mampu kerana ia akan membuatkannya bertambah sedih.
Guru Agama warga Afrika ditahan rotan anak murid enggan baca al-Quran
Gara-gara enggan membaca al-Quran seperti yang ditunjuk ajar, seorang kanak-kanak warga Afika berusia 12 tahun dipukul guru agama dengan menggunakan rotan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan dalam kejadian di Ampang, di sini pada minggu lalu.
Pelanggaran burung atau cuaca buruk mungkin punca
Seorang pegawai kecemasan Korea Selatan tidak menolak kemungkinan pelanggaran burung atau cuaca buruk punca sebuah pesawat Jeju Air terhempas hingga mengorbankan 124 orang.
Maduro seru demonstrasi menjelang angkat sumpah 10 Januari
Seruan itu hadir di tengah-tengah ketegangan politik yang semakin memuncak di Venezuela.
Kebakaran belukar: PM Australia umum bantuan bencana
Albanese pada Ahad meninjau kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran belukar yang berterusan di Taman Negara Grampians.
Nahas Jeju Air: Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
Kedutaan Besar Malaysia di Seoul telah mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia yang berada di dalam nahas Jeju Air 7C2216.
Yoon gagal hadir kali ketiga bagi soal siasat
CIO dijangka memohon waran tangkap terhadap Yoon Suk Yeol, langkah yang belum pernah dilakukan terhadap seorang presiden yang masih berkhidmat.
Seorang maut, seorang cedera pesawat ringan terhempas di timur Australia
Polis NSW memaklumkan bahawa juruterbang pesawat meninggal dunia di lokasi kejadian.
Pemandu bas persiaran didenda RM6,000 rosakkan kereta warga Taiwan
Tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan, serta turut diperintahkan ke atasnya penjara setahun sekiranya gagal membayar denda.
Squid Game: Pengarah 'umpan' penonton, musim ketiga janji kejutan
Dong-hyuk berjanji bahawa musim akan datang akan terus mencabar pelakon dan penonton dengan dilema dan kelainan.
Remaja 'sumbat' 25 PATI dalam Vellfire ditahan
Polis menahan seorang remaja tempatan berusia 17 tahun disyaki tekong darat bersama 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar.
Ejen darat, dalang seludup 7 PATI diberkas
Susulan penahanan PATI dan ejen darat berkenaan, seorang lagi lelaki warga tempatan disyaki dalang utama aktiviti penyeludupan migran turut ditahan Maritim Malaysia.
Polis berkas empat tekong darat dalang sindiket penyeludupan warga Myanmar
Sindiket tersebut dipercayai bergiat aktif di kawasan utara tanah air sejak awal tahun ini.
Tekong darat pengkhianat negara - KP Perlis
Tekong darat mengenakan bayaran sekitar RM1,000 hingga RM2,000 seorang mengikut perjanjian yang dipersetujui dengan pendatang asing.
Sembilan PATI ditahan di Bukit Kayu Hitam
Hasil siasatan mendapati mereka dipercayai berada di Thailand selama dua hari sebelum masuk ke negara ini.
Pemilik tanah di sempadan Malaysia-Thailand dianggap 'tekong darat' jika seludup migran
Mana-mana pemilik tanah di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan akan dianggap sebagai 'tekong darat' sekiranya mereka dikesan terlibat dalam aktiviti penyeludupan pendatang haram.
Tiga 'tekong darat' ditahan cuba seludup 13 PATI
Tiga lelaki warga tempatan dipercayai menjadi tekong darat dan 'ejen pengangkutan' ditahan ketika cuba menyeludup 13 pendatang tanpa izin (PATI) di kawasan Napoh, Changloon Kedah, pada Rabu.
Dalang, tekong darat ditahan bersama 21 PATI
Dalang sindiket yang merupakan seorang lelaki berusia 34 tahun cuba memberi suapan RM6,000 kepada pasukan serbuan untuk membebaskan kesemua tangkapan.
Cubaan 'runner' bantu tekong seludup PATI tidak kesampaian
Runner dibayar upah RM200 di atas setiap seorang PATI yang dibawa ke destinasi ditetapkan.
Upah serendah RM70, tekong darat cuba seludup enam PATI ditahan
Enam PATI dan pemandu tempatan itu cuba melalui PPJ Sapi Nangoh sebelum ditahan.