Ahli Exco Kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah menafikan dakwaan beliau menawarkan sejumlah ganti rugi kepada dua penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana telah dihalang sepasang suami isteri daripada melaksanakan tugas mereka.
"Terdapat satu artikel dalam blog 'Negara Pakatan Rakyat' yang mendakwa perkara ini.
"Saya dapati ia merupakan dakwaan yang tidak berasas dan satu fitnah kepada saya," kata Ean Yong.
Ean Yong menegaskan beliau tidak pernah berjumpa pasangan terbabit dan beliau menganggap dakwaan ini dibuat oleh musuh-musuh politik yang ingin memberi persepsi negatif terhadap Kerajaan Selangor.
Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis terhadap pemilik blog tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pagi tadi.
Turut hadir bersama Ean Yong ialah Ahli Majlis MBSA S.V. Raidu dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.
Sebelum ini tersebar kenyataan menerusi aplikasi Whatsapp menyatakan MBSA atas arahan kerajaan negeri, telah diminta untuk mengarahkan anggota penguatkuasanya menarik balik laporan polis yang dibuat dan mereka wajib mematuhi arahan tersebut atau tindakan tatatertib dikenakan./
Pihak MBSA sudah menafikan mereka menerima arahan tersebut.
Hafiz Marzukhi
Sat Nov 26 2016

Ean (empat dari kiri) bersama-sama Khalid (lima dari kiri) di IPD Shah Alam di sini hari ini. - Gambar Astro AWANI/Hafiz Marzukhi

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Sebanyak 229 cerun di Selangor dikenal pasti kritikal
Kawasan di Majlis Perbandaran Selayang mempunyai 178 cerun yang kritikal, Majlis Perbandaran Subang Jaya sebanyak 16 cerun; dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebanyak 13 cerun.

PBT perlu lantik penganjur pertunjukan bunga api terlatih - Exco Selangor
Kerajaan negeri Selangor akan memastikan pihak berkuasa tempatan melantik penganjur terlatih untuk menganjurkan pertunjukan bunga api.

Ean Yong nafi tawar ganti rugi kepada penguatkuasa MBSA
Seorang ahli Exco Kerajaan Selangor menafikan dakwaan beliau menawarkan sejumlah ganti rugi kepada dua penguatkuasa MBSA kerana telah dihalang sepasang suami isteri daripada melaksanakan tugas mereka.

PBT di Selangor hadapi kekangan tangani isu pembuangan sampah haram
Ean Yong Hian Wah berkata kawasan pentadbiran yang besar juga menjadi kekangan dalam menangani masalah tersebut.

Kerajaan Selangor, PDRM tingkat kerjasama banteras premis judi haram
Hingga Jun tahun ini, 1,293 pengusaha premis judi haram telah diambil tindakan termasuk satu pengusaha dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959.