PUTRAJAYA: Satu peraturan kecil berhubung penggunaan skuter elektrik atau e-skuter akan diputuskan termasuk pelaksanaan lesen terhadap pengguna e-skuter dan pembekal kenderaan berkenaan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
"Tidak lama lagi, kita akan keluarkan kaedah atau undang-udang kecil untuk dipatuhi, (contohnya) untuk kelajuan tertentu mereka perlu mempunyai lesen," katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu sempena Sambutan Hari Raya 2022 di sini hari ini.
Wee berkata penggunaan e-skuter kini semakin menjadi trend dalam kalangan masyarakat yang memerlukan penyelesaian sewajarnya untuk mengelakkan pengguna terdedah kepada risiko nahas memandangkan kelajuannya seperti motosikal.
Beliau berkata penggunaan kenderaan elektrik adalah termaktub dalam pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) (Pindaan) 2020 merangkumi aspek kenderaan mikro mobiliti yang mempunyai peraturan kecil mengenai spesifikasi berkaitan.
Wee juga berkata kenderaan mikro mobiliti adalah terlalu banyak dengan menggunakan nama berbeza, justeru ia memerlukan satu definisi jelas yang akan dibuat melalui peraturan kecil berkenaan.
"Saya rasa kita kena perhalusi setiap satu dan sebenarnya libat urus telah dibuat berkali-kali. Jumlah mikro mobiliti ini banyak, nama e-basikal tapi bukan basikal iaitu kelajuan sangat tinggi dan tidak menggunakan pedal.
"Kita kena lihat setiap satu supaya tidak terlepas pandang. Definisi kena jelas dan kita kena kawal (penggunaan mikro mobiliti) demi kebaikan semua orang," katanya.
Sebuah portal hari ini melaporkan aktiviti penggunaan e-skuter secara berbahaya di Cyberjaya tanpa menghiraukan keselamatan mereka dan pengguna jalan raya lain.
Menurut Akta 333, takrifan kenderaan mikro mobiliti membawa maksud kenderaan yang dipacu oleh sumber elektrik, enjin pembakaran dalam atau kuasa manusia atau gabungan sumber elektrik, enjin pembakaran dalam atau kuasa manusia, dan mempunyai kelajuan maksimum 50 kilometer sejam (km/j).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 18 2022
Satu peraturan kecil berhubung penggunaan skuter elektrik atau e-skuter akan diputuskan termasuk pelaksanaan lesen terhadap pengguna e-skuter dan pembekal kenderaan berkenaan. - Gambar fail/BERNAMA
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 27 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 27 Disember 2024
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
Penyampai AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104 meter
Nursyazwani mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten.
AWANI Pagi: Undang-Undang Antarabangsa Selesaikan Isu Laut China Selatan
AWANI Pagi bersama Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Mohamed Redza Zakaria melihat peranan undang-undang antarabangsa untuk menyelesaikan konflik di Laut China Selatan.
Hos AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104m
Hos AWANI Pagi, Nursyazwani Saiful Sham berjaya mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188, Kuantan, Pahang.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten tetapi ia penting bagi mengelak golongan itu meluangkan lebih banyak masa dengan aktiviti kurang sihat.
Polis P.Pinang pantau penggunaan e-skuter sekitar George Town
Setakat ini, polis dan MBPP tidak mengeluarkan sebarang lesen kepada pengendali aktiviti e-skuter di Pulau Pinang.
E-skuter: MOT bakal putuskan peraturan kecil
Satu peraturan kecil berhubung penggunaan skuter elektrik atau e-skuter akan diputuskan termasuk pelaksanaan lesen terhadap pengguna e-skuter dan pembekal kenderaan berkenaan.
Skuter elektrik dilarang berada di atas jalan raya di KL mulai 1 Januari 2021 - Polis
Penunggang skuter elektrik tidak dibenarkan untuk menggunakannya di atas jalan raya kerana ia menganggu pengguna jalan raya lain.
Jakarta larang guna e-skuter di sekitar bandar susulan kemalangan maut
Perkhidmatan kenderaan itu menerima kecaman hebat selepas dua penggunanya dirempuh sebuah kereta berhampiran pusat beli belah Gelora Bung Karno (GBK) di pusat bandar Jakarta pada pagi Isnin.