KUALA LUMPUR: Peralihan daripada rangkaian borong tunggal kepada dwirangkaian bagi pelaksanaan 5G pada 2024 bersedia untuk memanfaatkan industri menerusi pelbagai tawaran penyelesaian perusahaan oleh pengendali rangkaian mudah alih (MNO), kata Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).
Menteri berkenaan Fahmi Fadzil berkata keputusan kerajaan untuk mempunyai dwirangkaian bagi 5G lebih kepada pertimbangan perniagaan untuk membolehkan MNO menyediakan penyelesaian perusahaan berbeza yang bersesuaian dengan pelanggan khusus mereka.
"Mana-mana syarikat telekomunikasi (telco) yang mempunyai sedikit kawalan terhadap infrastruktur akan berupaya melaksanakan penyelesaian perusahaan khusus yang mungkin bersesuaian untuk pelanggan mereka.
"Sebilangan telco mungkin menyasarkan sektor tertentu seperti loji penapis bagi minyak dan gas (untuk perkhidmatan 5G masing-masing), manakala sebahagiannya lagi mungkin melihat peruncitan dan jenis kilang yang tertentu," katanya dalam taklimat media berhubung hala tuju 5G baru-baru ini.
Menurut Fahmi, keputusan untuk beralih kepada dwirangkaian dalam pelaksanaan 5G dilaksanakan selepas jawatankuasa semakan semula yang dianggotai oleh wakil KKD dan Kementerian Kewangan (MoF) melaksanakan 19 sesi libat urus bersama-sama pelbagai pihak termasuk penggiat industri.
"Terdapat sekurang-kurangnya lapan model (rangkaian 5G) yang dikaji semula termasuk beberapa variasi, hibrid dan penambahan daripada model-model terdahulu.
"Akhirnya, Kabinet memutuskan bahawa inilah modelnya (dwirangkaian). Digital Nasional Bhd (DNB) kekal dan terus membangunkan rangkaiannya sehingga mencapai 80 peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk sebelum kemudiannya beralih kepada model dwirangkaian.
"Saya percaya wujud sedikit perbezaan pandangan dari segi menghapuskan monopoli dan soal kemampanan industri telekomunikasi. Bagi kerajaan, keperluan utama adalah untuk menghormati apa-apa sahaja kontrak yang telah ditandatangani dan mencapai sasaran yang ditetapkan sebelum ini," kata Fahmi.
Entiti A dan B dalam dwirangkaian
Sementara itu, Fahmi berkata, setelah pelaksanaan rangkaian 5G oleh DNB mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk, operasi dan pembangunan rangkaian tersebut akan diteruskan oleh entiti A. Entiti B kemudiannya akan dibentuk menerusi penyertaan daripada MNO bagi melengkapkan model dwirangkaian.
Beliau berkata belum ada persetujuan dari segi penyedia perkhidmatan atau telco yang akan menjadi sebahagian daripada entiti B berikutan perbincangan masih dilaksanakan.
"Secara amnya, peralihan (kepada dwirangkaian) akan bermula sejurus selepas kita mencapai 80 peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk. Kita jangkakan menjelang awal tahun depan entiti B akan mulakan operasi membina rangkaian mereka.
"Sebelum akhir tahun ini, (kita) akan tahu siapa yang akan menyertai entiti B, yang tiada pegangan kerajaan seperti dalam DNB," katanya.
Menurut Fahmi, entiti B akan mula membangunkan rangkaiannya secara berasingan bagi menawarkan perkhidmatan 5G manakala entiti A akan meneruskan operasi dan pembangunan rangkaian DNB.
"Kita akan mempunyai dua rangkaian berasingan yang menawarkan liputan yang lebih kurang sama," katanya.
Pasukan Petugas bagi Pelaksanaan 5G
Pada 9 Mei lepas, KKD telah mengumumkan mengenai penubuhan satu pasukan petugas bagi memastikan pelaksanaan rangkaian 5G di bawah DNB mencapai liputan 80 peratus di kawasan berpenduduk, menjelang penghujung tahun ini.
Pasukan tersebut akan dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican dan Ketua Setiausaha KKD, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa manakala pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berperanan sebagai sekretariat.
Fahmi berkata pasukan terbabit akan mengadakan mesyuarat setiap dua minggu bagi membincangkan isu-isu berkaitan status pelaksanaan 5G dan memastikan kelancaran peralihan kepada model dwirangkaian pada awal 2024.
"Mereka seterusnya akan mengemukakan laporan kepada saya dan saya akan membentangkan (hasilnya) dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
"Namun, sudah pasti, tumpuan utama pasukan petugas khas ini adalah untuk memastikan bahawa pelaksanaan 5G ini dapat dipercepat supaya kita mampu mencapai liputan sebanyak 80 peratus (jumlah kawasan berpenduduk) menjelang akhir tahun ini," katanya.
Fahmi turut berkongsi perkembangan bahawa setakat 30 April 2023, jumlah liputan 5G di seluruh negara telah mencapai 59.5 peratus kawasan berpenduduk, meningkat daripada 57.8 peratus setakat akhir Mac lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 17 2023
![Dwirangkaian 5G manfaatkan industri menerusi tawaran penyelesaian perusahaan MNO - Fahmi Dwirangkaian 5G manfaatkan industri menerusi tawaran penyelesaian perusahaan MNO - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41637756323_GENERIC.jpg)
Terdapat sekurang-kurangnya lapan model rangkaian 5G yang dikaji semula termasuk beberapa variasi, hibrid dan penambahan daripada model-model terdahulu.
![Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Data CPI AS untuk Julai turun kepada 2.9 peratus pada asas tahunan berbanding tiga peratus pada Jun.
![Lesen Ali Baba: Pembantu penguat kuasa DBKL didenda RM13,000 Lesen Ali Baba: Pembantu penguat kuasa DBKL didenda RM13,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722937565_courtgavelmahkam.jpg)
Lesen Ali Baba: Pembantu penguat kuasa DBKL didenda RM13,000
Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu terhadap Syahrul Riza Md Yusof, 42, dan memerintahkannya dipenjara 21 bulan, jika gagal membayar denda.
![Bursa Malaysia pulih daripada penurunan awal, ditutup hampir mendatar Bursa Malaysia pulih daripada penurunan awal, ditutup hampir mendatar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721994407_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia pulih daripada penurunan awal, ditutup hampir mendatar
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.04 peratus atau 0.59 mata kepada 1,612.94 daripada 1,612.35 semasa ditutup pada Rabu.
Jemaah umrah terkandas di Lapangan Terbang Jeddah mahu penjelasan MAS
Puluhan penumpang Malaysia Airlines yang menuju ke Kuala Lumpur dari Jeddah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah pada Rabu.
![Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723722582_TBPaetongtarnShinaw.jpg)
Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM
Paetongtarn yang berusia 37 tahun adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Penari MSS teruja sambut ketibaan kontinjen SUKMA 2024
Kehangatan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 mula dirasai di pintu masuk wilayah itu apabila suasana balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) bergema dengan alunan seribu rentak.
Fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke 4 negara - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata bagi tujuan pengantarabangsaan barangan Malaysia, empat negara menjadi fokus pada tahun ini iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Thailand, Jepun dan China.
Jenazah Muhammad Nidza selamat dikebumikan
Jenazah Muhammad Nidza selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Puncak Alam, Kuala Selangor.
Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah, kes diklasifikasikan SDR
Bedah siasat yang dijalankan ke atas Muhammad Nidza Afham Mokhtar tidak menemukan sebarang unsur jenayah.
AWANI Borneo [15/08/2024] – Jaga integrity | Persaingan sihat | SUKMA 2024
Tumpuan Awani Borneo 15 Ogos 2024 bersama Nickyson Nyambar;
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
![Gangguan IT global: Kerajaan tunggu laporan penuh Microsoft, Crowdstrike - Gobind Gangguan IT global: Kerajaan tunggu laporan penuh Microsoft, Crowdstrike - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722234541_tbGobindSinghDeo.jpg)
Gangguan IT global: Kerajaan tunggu laporan penuh Microsoft, Crowdstrike - Gobind
Kerajaan telah meminta Microsoft dan Crowdstrike menyediakan laporan penuh berhubung gangguan sistem teknologi maklumat (IT) global pada 19 Julai lalu.
![Tiada kos tambahan kepada pelanggan bagi rangkaian 5G kedua - Fahmi Tiada kos tambahan kepada pelanggan bagi rangkaian 5G kedua - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718875254_tbFahmiFadzil.jpg)
Tiada kos tambahan kepada pelanggan bagi rangkaian 5G kedua - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan komited sepenuhnya untuk memastikan model dwirangkaian itu menggalakkan persaingan sihat dalam sektor telekomunikasi.
![Kerajaan yakin Malaysia dapat lepasi sasaran KDNK digital 25.5 peratus menjelang 2025 - Gobind Kerajaan yakin Malaysia dapat lepasi sasaran KDNK digital 25.5 peratus menjelang 2025 - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719475040_GobindSinghDeo.jpg)
Kerajaan yakin Malaysia dapat lepasi sasaran KDNK digital 25.5 peratus menjelang 2025 - Gobind
Kerajaan yakin negara mampu melepasi sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) digital 25.5 peratus menjelang 2025.
![Malaysia sedia laksana rangkaian 5G kedua - Fahmi Malaysia sedia laksana rangkaian 5G kedua - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718708338_Fahmifadzil.jpg)
Malaysia sedia laksana rangkaian 5G kedua - Fahmi
Syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam pelaksanaan model dwirangkaian tersebut akan melengkapkan proses pegangan ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB) pada 21 Jun ini.
![5G dwi rangkaian: Syarikat telco bersedia ambil pegangan ekuiti DNB 5G dwi rangkaian: Syarikat telco bersedia ambil pegangan ekuiti DNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717325356_FahmiFadzil.jpg)
5G dwi rangkaian: Syarikat telco bersedia ambil pegangan ekuiti DNB
Telco yang terlibat dalam pelaksanaan model 5G dwi rangkaian sudah bersedia untuk menandatangani pengambilan pegangan ekuiti dalam DNB.
![Syarikat 'telco' diharap percepat muktamad perjanjian pegangan ekuiti dalam DNB - Fahmi Syarikat 'telco' diharap percepat muktamad perjanjian pegangan ekuiti dalam DNB - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715762195_TBFahmiFadzilsida.jpg)
Syarikat 'telco' diharap percepat muktamad perjanjian pegangan ekuiti dalam DNB - Fahmi
Syarikat telekomunikasi diberi masa 20 hari untuk membuat keputusan bagi memuktamadkan pegangan ekuiti dalam DNB.
![Lembaga pengarah DNB bermesyuarat minggu depan, tentukan syor bagi hala tuju rangkaian 5G kedua - Gobind Lembaga pengarah DNB bermesyuarat minggu depan, tentukan syor bagi hala tuju rangkaian 5G kedua - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714723231_GobindSinghDeojpg.jpg)
Lembaga pengarah DNB bermesyuarat minggu depan, tentukan syor bagi hala tuju rangkaian 5G kedua - Gobind
Lembaga pengarah Digital Nasional Bhd (DNB) yang baru dilantik akan mengadakan mesyuarat pada Selasa depan.
![DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41638796651_DigitalNasional.jpg)
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
![Isu DNB diputuskan minggu depan - Anwar Isu DNB diputuskan minggu depan - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713693172_AnwarIbrahim.jpg)
Isu DNB diputuskan minggu depan - Anwar
Isu berhubung dakwaan Digital Nasional Bhd (DNB) bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman, akan diputuskan kerajaan pada minggu depan.
![Saham Maxis dinaik taraf kepada 'beli' - Penganalisis Saham Maxis dinaik taraf kepada 'beli' - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712545015_maxisjpg.jpg)
Saham Maxis dinaik taraf kepada 'beli' - Penganalisis
Kebimbangan mengenai penglibatan Maxis Bhd dalam pelancaran rangkaian 5G mungkin diperbesar-besarkan, kata CIMB Securities.