KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) merampas karkas babi yang diimport dari Brazil dan Rusia, serta karkas babi yang tidak berlabel lebih 190 tan metrik dengan nilai keseluruhan RM4.3 juta.
DVS dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini memaklumkan, operasi penguatkuasaan yang dijalankan dalam dua peringkat iaitu pada bulan Mei hingga Jun dan November 2023 itu, telah merampas karkas berkenaan di tujuh lokasi di Selangor dan empat di Johor.
"Keseluruhannya DVS merampas karkas babi 199.605 tan metrik, lima buah kontena, satu unit mesin pengikat tali untuk kotak dan 59 gelung tali pengikat," menurut kenyataan itu.
Kenyataan DVS itu memaklumkan kesemua karkas babi yang dirampas telah dilupuskan, setelah mendapat perintah mahkamah mengikut Subseksyen 68 (3) Akta Binatang 1953.
Menurut kenyataan itu lagi, sembilan kes disiasat di bawah Subseksyen 5(1)(b) Akta Binatang 1953, berkaitan karkas babi dari negara Brazil dan Russia yang tidak disenaraikan sebagai negara yang dibenarkan import.
"Dua kes Subkaedah 5 (3), Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009, Akta Binatang 1953 kerana memiliki karkas babi yang tidak disembelih di rumah penyembelihan diluluskan atau dilesenkan, berdasarkan tiada apa-apa tanda lagenda pada karkas," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan DVS sentiasa mengambil perhatian serius berkaitan perkara tersebut, kerana ia memberi kesan dalam aspek kawalan penyakit berpunca daripada ternakan, terutama penyakit African Swine Fever yang boleh menjejaskan industri penternakan babi.
"Tindakan tegas akan diambil terhadap pengimport, penyimpan dan penjualan karkas babi bagi memastikan pengimportan karkas babi adalah dari negara yang dibenarkan di bawah Subseksyen 5(1)(b), Akta Binatang 1953," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, kenyataan itu turut memaklumkan DVS akan terus mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan berkaitan perkara ini dan turut menjalin hubungan kerjasama dengan agensi lain iaitu Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Pihak Berkuasa Tempatan.
"Tindakan bersepadu akan melibatkan pemeriksaan premis penyimpanan produk sejuk beku, pemprosesan makanan berasaskan babi, penjualan karkas babi dan restoran," menurut kenyataan itu lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 13 2023

Kenyataan DVS itu memaklumkan kesemua karkas babi yang dirampas telah dilupuskan, setelah mendapat perintah mahkamah mengikut Subseksyen 68 (3) Akta Binatang 1953. - Gambar FB DVS
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

DVS rampas karkas babi lebih 190 tan metrik bernilai RM4.3 juta
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) merampas karkas babi yang diimport dari Brazil dan Rusia, serta karkas babi yang tidak berlabel lebih 190 tan metrik dengan nilai keseluruhan RM4.3 juta.

Tiada aktiviti ternak babi berhampiran Sungai Rambai
Isu berkenaan masih dalam perhatian pihaknya dan ia menjadi antara keutamaan untuk diselesaikan.

Kerajaan Pulau Pinang akan laksana sistem ladang babi tertutup
Sejak tiga tahun lepas, pihaknya telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan lebih 150 penternak babi di negeri itu bagi memaklumkan pelaksanaan ladang tertutup.