KUALA LUMPUR: Mesyuarat Kabinet pada Jumaat ini akan membincangkan pendirian yang bakal diambil Malaysia terhadap pendirian, dan hubungan diplomatiknya dengan Afghanistan, susulan konflik pertukaran kerajaan di negara tersebut
Menteri Luar Negeri Datuk Saifuddin Abdullah berkata, buat masa ini Malaysia kekal bersama rakyat Afghanistan, dan akan terus memantau situasi berkenaan dari semasa ke semasa.
Selain itu, beliau berkata, keputusan Putrajaya untuk tidak menghantar pulang Duta Afghanistan ke Kuala Lumpur buat masa ini, merupakan isyarat jelas bahawa Kerajaan Malaysia menghargai hubungan bilateral yang terjalin antara dua negara setelah sekian lama.
“Pendirian kita adalah untuk menjaga hubungan dengan semua negara. Tetapi berhubung Afghanistan, kita masih belum buat pendirian. Sudah tentu kita masih bersama dengan rakyat Afghanistan.
“Dan Jumaat ini Kabinet akan berbincang tentang isu berkaitan mengenai pendirian, bantuan kemanusiaan, dan sebagainya,” katanya kepada media hari ini.
Beliau sebelum itu menghadiri mesyuarat pada lawatan sulung di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) di sini hari ini.
Pada 15 Ogos lepas, media antarabangsa melaporkan kumpulan Taliban telah memasuki Kabul, dan mengambil alih pemerintahan Afghanistan selepas tentera Amerika Syarikat berundur dari negara berkenaan.
Susulan pengambil alihan ibu negara Afghanistan terbabit, Presiden Afghanistan Mohamad Ashraf Ghani dilaporkan telah meninggalkan negara itu.
Dalam pada itu, Saifuddin berkata, keputusan Putrajaya untuk tidak mengeluarkan arahan untuk menghantar pulang Duta negara berkenaan, Dr Moheb Rahman Spin Ghar, adalah untuk menunjukkan Kerajaan menghargai hubungan bilateral yang terjalin sekian lama.
“Selepas apa yang berlaku di Kabul, kita tidak meminta Duta Afghanistan ke negara ini untuk tinggalkan Kuala Lumpur. Ia merupakan satu signal bahawa kita menghargai hubungan dengan Afghanistan.
“Saya tidak pasti sama ada Duta berkenaan sudah menerima watikah (baharu) dari Kabul. Tetapi kita tidak akan minta beliau pulang kerana dalam masa seperti ini, kerajaan baharu biasanya perlu masa untuk membuat keputusan mengenai wakil diplomatik dan sebagainya,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Wed Sep 08 2021
Saifuddin ketika menghadiri mesyuarat pada lawatan sulung beliau di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) hari ini. - Foto BERNAMA
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Duta Afghanistan masih di Kuala Lumpur, Kabinet bincang pendirian Malaysia Jumaat ini
Saifuddin berkata, Malaysia ketika ini kekal bersama rakyat Afghanistan, dan akan terus memantau situasi berkenaan dari semasa ke semasa.