Kerajaan negeri Pahang bakal menjenamakan semula durian kampung di negeri ini dalam usaha mempopularkan buah tersebut agar mendapat harga lebih lumayan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi negeri Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak berkata penjenamaan semula durian kampung boleh memberi nilai komersial kepada produk itu.
Sebagai contoh "Musang King" yang kini meraih harga antara RM30 hingga RM35 sekilogram di sini dan dieksport, sebelum ini dikenali sebagai "durian raja kunyit" dan meraih harga hanya antara RM10 hingga RM15 sekilogram.
Katanya, masih banyak spesies durian lazimnya ditemui di kebun sekitar kampung tradisi yang masih tidak didaftarkan, sedangkan kualiti dan rasanya setanding dengan Musang King yang menjadi identiti daerah Raub.
"Durian (kampung) ini hanya popular di kawasan asalnya seperti durian hijau di Beserah, durian jantung yang banyak di Lipis atau durian tembaga yang ditanam di kebanyakan tempat di negeri ini.
"Kebanyakan durian ini hanya dikenali sebagai durian kampung dan disebabkan perkataan kampung itu, harganya menjadi rendah kerana jika dijual RM15 sekilogram sudah dianggap mahal," katanya.
Mohd Soffi berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Pahang 2019 di Taman Bandar di sini pada Sabtu, yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Pertanian negeri Datuk Zahimi Hassan dan Pengarah Perikatan Pahang Datuk Azahari Othman.
Usaha menjenamakan semula durian kampung itu juga mendapat sokongan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang melihatnya sebagai platform untuk membantu meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar.
"Mereka yang menanam durian di kampung biasanya melakukannya dalam skala kecil sedangkan ia sangat berpotensi. Mungkin mereka kekurangan modal untuk membangunkannya secara komersial.
"Diharapkan bila kita selesai melakukan inventori durian, kita dapat mengenalpasti jenis durian yang sesuai untuk dikomersialkan dengan bantuan teknologi tinggi," katanya.
Sementara itu, dalam ucapannya Mohd Soffi berkata Pahang mempunyai potensi untuk menjadi negeri pengeluaran hasil ternakan utama negara apabila sub-sektor penternakan menyumbang nilai pengeluaran hampir RM1.5 bilion pada tahun lalu.
Antara produk itu ialah daging ayam yang menjadi penyumbang utama dengan pengeluaran 84,000 tan metrik dengan nilai RM711 juta manakala lembu dan kerbau (4,070 tan metrik, (RM108 juta), susu (6.6 juta liter, (RM17.8 juta) dan telur (22,075 tan metrik, (RM128 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 27 2019

Mohd Soffi berkata penjenamaan semula durian kampung boleh memberi nilai komersial kepada produk itu. - Foto Bernama

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Malaysia dijangka pengeksport penting durian segar ke China - BMI
Eksport durian segar Malaysia ke China berjumlah US$4 juta (US$1 = RM4.41) pada Ogos, September dan Oktober 2024.

Rasa seperti Black Thorn, durian MDUR88 dijenama semula kepada MS88 - Mohamad Sabu
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menjenamakan semula varieti durian MDUR88 kepada MARDI Super 88 atau MS88.

Mat Sabu agih durian kepada MP di Parlimen
Durian yang diberikan adalah hasil daripada petani tempatan dan simbolik kepada kualiti tinggi produk negara yang wajar dibanggakan.

Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Petani Indochina kerja keras manfaatkan permintaan pasaran durian China
Durian telah menjadi produk eksport utama dalam ekonomi Indochina -- Kemboja, Laos dan Vietnam.

Durian Malaysia laris di China, LPNM perlu pikul peranan baharu - Mat Sabu
Fungsi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) perlu diperluas melihat kepada komoditi durian yang mendapat sambutan luar biasa di negara China ketika ini.

Shenzen terima kumpulan pertama durian segar Malaysia
Bandar Shenzhen di selatan China menerima kumpulan pertama durian segar Malaysia apabila sebuah pesawat kargo yang membawa muatan seberat 27 tan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bao'an.

Eksport durian Malaysia dijangka cecah RM1.8 bilion menjelang 2030 - KPKM
Prestasi eksport durian negara dari 2018 hingga 2022 menggalakkan dengan nilai eksport melonjak 256.3 peratus atau peningkatan RM822.8 juta.

Kumpulan pertama durian segar Malaysia masuk ke China penghujung Ogos
Susulan kelulusan daripada Kerajaan China, penghantaran sulung durian segar Malaysia beserta kulitnya dijangka memasuki pasaran China menjelang akhir bulan ini.

Nafas galak ahli peladang ceburi tanaman durian bermutu tinggi
Penanaman durian bermutu tinggi mampu menjana pendapatan lumayan dan mendatangkan keuntungan besar kepada pekebun.