Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini meluluskan usul tergempar mengenai pelaksanaan projek Pelan Induk Pengangkutan (PIP) Pulau Pinang.
Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow berkata usul berkenaan antara lain mewajibkan kerajaan DAP Pulau Pinang tidak memulakan projek penambakan laut sehingga mendapat kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (DEIA) dari Jabatan Alam Sekitar.
Ketika membentangkan usul itu hari ini, katanya kelulusan itu juga perlu dipantau dan diperiksa oleh Majlis Pengangkutan Negeri (PTC).
Beliau berkata kerajaan negeri juga perlu mencari alternatif lain dari segi pembiayaan projek-projek PIP yang mempunyai model yang berdaya maju dan mampan termasuk pembiayaan oleh kerajaan persekutuan.
"Dewan ini menyuarakan keprihatinan tentang projek penambakan laut untuk mewujudkan tiga buah pulau buatan kira-kira 4,500 ekar untuk tujuan pembangunan bagi membiayai kos pelaksanaan PIP.
Ketika membahaskan usul itu, Dr Norlela Ariffin (PKR-Penanti) berharap kerajaan negeri akan melaksanakan pembangunan yang seimbang bagi penduduk di kawasan bandar dan kampung termasuk di bahagian pulau dan tanah besar.
Lee Khai Loon (PKR-Machang Bubuk) pula menyifatkan usul berkenaan sebagai satu sejarah apabila kesemua wakil rakyat bersama-sama membincangkan mengenai pelaksanaan projek PIP.
Beliau berharap PTC dapat mengkaji dan menilai pelaksanaan PIP, selain memastikan semua isi kandungan dalam perjanjian projek itu dibincangkan tanpa berdasarkan kepartian.
Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) mengesyorkan PTC turut dianggotai wakil dari Barisan Nasional (BN) bagi memastikan penyediaan laporan yang telus.
Terdahulu, Muhamad Farid menarik balik usul tambakan laut yang sepatutnya dibentangkan pada sidang DUN hari ini berikutan kerajaan negeri mengemukakan usul tergempar itu.
Sementara itu, Ketua Pembangkang DUN, Datuk Jahara Hamid pada sidang media menyifatkan usul tergempar itu sebagai kemenangan moral kepada BN Pulau Pinang.
"Kerajaan negeri terpaksa menerima usul berkenaan kerana ia mempunyai kredibiliti dan asas bagi menjaga kepentingan rakyat di negeri ini," katanya.
Bernama
Fri May 20 2016
Kelulusan itu juga perlu dipantau dan diperiksa oleh Majlis Pengangkutan Negeri (PTC). - Gambar fail
COP29: Perubahan iklim dan isu air, eksklusif bersama Pengerusi SPAN, Charles Santiago
Perubahan iklim membawa musim kemarau yang panjang, memberikan risiko besar terhadap banyak aspek termasuk kerugian ekonomi yang besar. Bagaimana perubahan dan dasar baharu boleh diwujudkan untuk atasi masalah ini? Saksikan perbincangan Editor Kanan Dzulfitri Yusof bersama Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Charles Santiago, di Baku, Azerbaijan.
Saringan Minda Sihat, intervensi antara usaha KPM tangani gangguan emosi murid
Jelas Menteri Pendidikan, Saringan Minda Sihat dijalankan sekali setahun terhadap murid tahun lima hingga tingkatan enam sebagai mekanisme pengesanan awal murid yang berhadapan dengan masalah emosi.
Adik Dr Zaliha Mustafa meninggal dunia
Shamsiah Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
52.95 peratus penjawat awam masih belum miliki rumah sendiri
Mengulas lanjut Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah berkata, walaupun anak penjawat awam dan pesara tidak layak membeli PPAM tapi berpeluang jadi pemilik bersama.
Kuala Lumpur di tangga kelapan terbaik untuk ekspatriat mendiami
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Expat City Ranking, Kuala Lumpur menduduki di tangga kelapan negara yang terbaik untuk ekspatriat mendiami.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Social Housing in Cambodia Addresses Climate Change
We spoke with His Excellency Mao Vibol, Under Secretary of State for Cambodia’s Ministry of Land Management, Urban Planning, and Construction, about the country’s efforts to integrate climate resilience into social housing. He shared insights on sustainable urban planning and the role of affordable housing in addressing the challenges of climate change.
36,479 penjawat awam tandatangani perjanjian jual beli PPAM
Jelas Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah, daripada jumlah tersebut 87 peratus atau 31,942 penjawat awam berpendaptan bawah RM5,000 sebulan.
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
Abidin angkat sumpah ADUN Sungai Bakap
Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal berusia 56 tahun itu mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang.
Pulau Pinang sedang kaji prospek penubuhan Zon Kewangan Khas
Kerajaan negeri sedang mengkaji prospek penubuhan Zon Kewangan Khas di Pulau Pinang sebagai enjin pertumbuhan.
2,947 unit hartanah di Pulau Pinang tidak terjual setakat suku ketiga 2023
Jumlah ini termasuk 503 unit (17 peratus) hartanah berharga RM300,000 ke bawah, sepertimana mengikut data Pusat Maklumat Harta Tanah Negara.
64 kes keganasan rumah tangga babitkan suami direkodkan di Pulau Pinang
Berdasarkan rekod PDRM, jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 105 kes membabitkan lelaki pada tahun lepas.
Bekas ketua menteri perlu hormat keputusan, hala tuju kepimpinan semasa - Chow
Chow berkata, kerajaan negeri sentiasa mengamalkan sikap terbuka dalam menerima teguran dan kritikan daripada mana-mana pihak.
Hampir 4,000 penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji
Chow berkata bayaran bonus kepada 3,867 penjawat awam negeri itu akan dibuat bulan Disember ini.
DUN P. Pinang sebulat suara lulus usul nyatakan solidariti untuk Palestin
Usul yang dikemukakan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dipersetujui sebulat suara tanpa bahas.
Kajian LRT Pulau Pinang oleh MRT Corp dijangka siap awal 2024
DUN Pulau Pinang diberitahu MRT Corp telah menawarkan tender untuk pelantikan perunding bagi membuat kajian berkenaan projek LRT di negeri itu.
PRN: BN, PKR P. Pinang terima keputusan dengan hati terbuka
BN dan PKR juga akan segera melakukan post mortem untuk kenal pasti kelemahan.
DUN Pulau Pinang bubar esok - Chow
Tarikh itu telah dicadangkan dan telah mendapat persetujuan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pagi tadi.