BATU PAHAT: Susulan minat mendalam terhadap kopi, seorang anak muda sanggup meninggalkan kerjayanya sebagai guru Bahasa Inggeris demi meneruskan legasi bapanya membuka kedai kopi di daerah ini.
Johan Arif Sofian, 28, berkata dia minat dengan kopi sejak dari kecil lagi, dan ketika bapanya Sofian Fuad, 57, membuka kedai kopi secara kecil-kecilan pada 2014, dia sering 'mengacau' kerja bapanya.
Katanya, dia yang ketika itu masih belajar dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL), tidak ada perancangan untuk menyambung perniagaan kedai kopi berkenaan.
"Namun ketika menunggu mendapat pekerjaan sebagai guru, saya mula kerja sambilan di kedai ayah yang menggunakan nama 'Kelab Kopi', yang ketika itu dibuka di Jalan Mohd Akil sebelum berpindah ke Jalan Abu Bakar.
"Walaupun telah mendapat pekerjaan sebagai seorang guru, minat mendalam telah mendorong saya untuk bekerja di Kelab Kopi ini, kemudiannya menguruskan perniagaan berkenaan," katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.
Johan Arif berkata kedai kopi yang tumbuh 'bagaikan cendawan selepas hujan' di daerah berkenaan sejak akhir-akhir ini disifatkan sebagai persaingan sihat.
Katanya, setiap kedai kopi yang dibuka mempunyai kelebihan tersendiri dengan pemiliknya cuba 'mencipta' kelainan masing-masing bagi menarik pelanggan.
"Saya juga yakin sesebuah kedai kopi itu ada kelebihannya tersendiri selain sudah pastinya mempunyai pelanggan tetap yang berulang kali datang, selain mewujudkan program kesetiaan pelanggan.
"Bagi Kelab Kopi ini, antara perkara dititik beratkan untuk menarik pelanggan adalah kualiti kopi disediakan, iaitu kami menggunakan kopi berkualiti jenis 'Arabica Bean' yang diimport dari Brazil, Colombia dan Indonesia.
"Selain itu, menerusi inovasi kami berikan nama yang unik sebagai identiti tersendiri seperti Hayven Latte, Butterscotch Latte, Gula Melaka Latte dan Local Coffee 434. Selain itu, pelbagai jenis makanan turut disediakan termasuk yang utama Nasi Salted Egg," katanya.
Tambah Johan, memandangkan permintaan menggalakkan, dia bersama bapa dan adiknya, Adam Arif, 26, telah membuka satu cawangan di Jalan Rahmat serta merancang membuka satu lagi cawangan di Kluang.
Katanya, 'Kelab Kopi' yang kini digerakkan oleh 13 orang anak muda sering berbincang dan merancang serta mencipta satu menu baharu setahun sebagai daya tarikan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 25 2023

Johan Arif Sofian berkata dia minat dengan kopi sejak dari kecil lagi dan kerap membantu bapanya mengusahakan kedai kopi. - Gambar/ Bernama

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Dulu guru bahasa Inggeris, kini barista
Susulan minat mendalam terhadap kopi, seorang anak muda sanggup meninggalkan kerjayanya sebagai guru bahasa Inggeris demi meneruskan legasi bapanya membuka kedai kopi di daerah ini.