HUTAN MELINTANG: Hasil simpanan dan wang persaraan seorang pesara kerajaan berjumlah lebih setengah juta ringgit lesap setelah terpedaya dengan sindiket pelaburan mata wang kripto yang tidak wujud.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mangsa lelaki yang berusia 70 tahun itu kerugian sebanyak RM542,171.20 setelah melakukan transaksi sejak Januari lalu kepada sindiket tersebut.
Beliau berkata, Bahagian Siasatan jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak menerima laporan daripada mangsa pada Ahad (30 Julai) kira-kira jam 4.34 petang berhubung kes berkenaan.
"Hasil siasatan awal pihak polis mendapati pada 8 Januari lalu semasa mangsa berada di rumahnya di Hutan Melintang, dia melihat laman Facebook bertulis Najwan Islamic beralamat di Singapura.
"Ia menawarkan perkhidmatan pembelian saham mata wang kripto di Amerika Syarikat. Mangsa telah berhubung dengan pemilik laman Facebook pembelian saham tersebut melalui aplikasi WhatsApp.
"Suspek telah meminta maklumat peribadi mangsa seperti nombor kad pengenalan diri dan nombor akaun bank bagi tujuan urusan dokumentasi pelaburan wang kripto tersebut," katanya kepada pemberita malam tadi.
Jelasnya, pada 9 Januari lalu mangsa memulakan pelaburan saham mata wang kripto tersebut dengan membeli dua unit saham bernilai RM500 dan memasukkan wang tersebut ke dalam satu akaun bank tempatan.
Setelah itu katanya, mangsa diberitahu oleh suspek bahawa akan mendapat wang pelaburan semula sebanyak RM4,950.
"Mangsa dikatakan akan mendapat keuntungan sebanyak RM4,500 dalam tempoh satu hari iaitu pada hari sama.
"Suspek juga memberitahu mangsa sekiranya tidak mengeluarkan wang tersebut, keuntungan wang akan semakin meningkat dari masa ke semasa," katanya.
Mohd Yusri berkata, pada 10 Januari mangsa telah menghubungi suspek semula bagi bertanyakan berkaitan wang pelaburan dan diberitahu telah mempunyai keuntungan sebanyak RM18,500.
Bagaimanapun, katanya, mangsa diminta untuk membuat pelbagai bayaran kepada suspek bagi mendapatkan keseluruhan hasil pelaburannya.
"Bagi tempoh Januari hingga Julai 2023, mangsa telah membuat sebanyak 133 transaksi pindahan wang secara dalam talian ke dalam 39 akaun bank tempatan melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM 542,171.20.
"Dalam tempoh tersebut juga, mangsa tidak menerima sebarang bayaran daripada hasil pelaburannya. Wang tersebut merupakan hasil simpanan mangsa dan wang persaraan mangsa serta isteri.
"Setelah mangsa kehabisan wang, suspek tetap meminta mangsa untuk terus melabur, mangsa telah meminta suspek memulangkan semula wang tetapi suspek memberi pelbagai alasan dan tidak lagi membalas mesej melalui aplikasi WhatsApp," katanya.
Katanya lagi, mangsa berasa tertipu dan hadir ke balai polis untuk membuat laporan.
Justeru itu, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan masih diteruskan.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan pelbagai program pelaburan tidak wujud.
Aida Aziz
Sun Jul 30 2023
Hasil simpanan dan wang persaraan seorang pesara kerajaan berjumlah lebih setengah juta ringgit lesap setelah terpedaya dengan sindiket pelaburan mata wang kripto yang tidak wujud. - Gambar hiasan
Tujuh maut, 33 cedera dalam nahas tiga kenderaan di Ayer Keroh
Mangsa yang terbunuh membabitkan tiga lelaki dewasa, tiga perempuan dewasa dan seorang bayi perempuan.
Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
SSPA: Pencen pesara diselaraskan berdasarkan gaji akhir - PM Anwar
Kerajaan bersetuju meneruskan pemberian Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) dan penerima pencen terbitan yang telah menikmati PKKP dalam usaha menjaga kebajikan golongan itu.
Warga emas maut dalam kemalangan empat kereta
Seorang lelaki warga emas maut dalam kemalangan melibatkan empat kereta di Jalan Bahagia, Taman Minang, Cheras, pada Khamis.
Lapan orang termasuk pesara kerajaan aktif ajaran sesat Millah Abraham ditahan
Ada dalam kalangan yang ditahan mengaku sudah beberapa tahun tidak menunaikan solat fardu lima waktu sehari dan solat Jumaat.
Pesara kerajaan Sabah terima bonus RM1,000
Pesara kerajaan negeri Sabah akan menerima bonus sebanyak RM1,000 dan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Pesara rugi lebih RM134,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Beliau berkata sindiket itu menjanjikan setiap pelaburan berjumlah RM300 akan diberikan pulangan sebanyak RM10,000 dalam masa enam jam.
Pesara kerajaan didakwa guna dokumen palsu, salah guna harta
Seorang pesara kerajaan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan salah guna harta dan menggunakan dokumen palsu berjumlah RM140,867.79.
Pesara kerajaan rugi lebih RM700,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara kerajaan mengalami kerugian RM735,000 selepas terperdaya dengan sindiket 'phone scam' atau penipuan melalui panggilan telefon.
Pesara guru kerugian hampir setengah juta diperdaya 'ejen kurier'
Seorang pesara guru kerugian RM480,000 selepas diperdaya individu menyamar sebagai ejen sebuah syarikat kurier yang mendakwa kononnya mangsa mempunyai bungkusan mengandungi bahan terlarang.
Pesara kerajaan rugi lebih RM4.4 juta ditipu pelaburan mata wang kripto
Seorang pesara kerajaan berputih mata apabila mengalami kerugian lebih RM4.4 juta akibat terpedaya dengan pelaburan mata wang kripto tidak wujud.
Duit simpanan lebih RM500,000 pesara kerajaan lesap akibat 'scam'
Wang tersebut ialah hasil simpanan dan wang persaraan mangsa serta isteri yang dipindahkan sebanyak 133 kali sejak Januari lalu.