KUALA LUMPUR: Seorang pesara kerajaan berputih mata apabila mengalami kerugian lebih RM4.4 juta akibat terpedaya dengan pelaburan mata wang kripto tidak wujud.
Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Abdul Shukor, berkata siasatan awal mendapati lelaki berusia 60 tahun itu menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada nombor tidak dikenali dan telah memperkenalkan diri sebagai ejen pelaburan mata wang kripto yang berasal dari Singapura.
"Mangsa diarahkan untuk membuat pendaftaran di laman web yang diberikan dan dijanjikan pulangan sebanyak lima hingga 10 peratus daripada nilai modal namun tidak dinyatakan tempoh pelaburan tersebut.
"Terperdaya dengan tawaran tersebut, mangsa membuat 90 transaksi berjumlah RM4,417,092.80 secara berperingkat ke dalam tiga akaun bank diberikan suspek bermula 18 Julai sehingga 6 Sept lalu,"katanya dalam kenyataan, hari ini.
"Namun begitu, mangsa gagal mengakses laman web berkenaan dan gagal menghubungi suspek, semalam," katanya.
Justeru, Amihizam, berkata mangsa yang mengesyaki telah ditipu apabila tidak menerima sebarang keuntungan pelaburan membuat laporan polis di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields hari ini.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 13 2023

Seorang pesara kerajaan berputih mata apabila mengalami kerugian lebih RM4.4 juta akibat terpedaya dengan pelaburan mata wang kripto tidak wujud.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.

Penganggur ditahan, tujuh kes penipuan selesai
Polis Selangor berjaya menyelesaikan tujuh kes penipuan di beberapa negeri termasuk menyamar sebagai pihak berkuasa dengan penahanan seorang lelaki warga tempatan.

Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Kes tipu isteri pelawak: Polis tahan pasangan suami isteri
Hussein Omar Khan berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an ditahan di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang, Selangor, malam tadi.

Ejen insurans kerugian lebih RM600,000 terperdaya pelaburan tidak wujud di FB
Seorang ejen insurans mengalami kerugian RM666,546 selepas terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud.

Polis siasat dua kes penipuan bernilai lebih RM2.3 juta
Polis sedang menyiasat dua kes penipuan membabitkan pembekalan produk kecantikan dan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.

Dua wanita warga emas rugi lebih RM300,000 diperdaya 'phone scam'
Dua wanita warga emas di Pahang kerugian RM327,829 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai polis dan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM).

Tipu umrah: Lapan termasuk pasangan suami isteri direman tiga hari
Penahanan itu melibatkan enam lelaki dan dua wanita berusia antara 25 hingga 46 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Pembantu tadika didakwa 'scam' orang RM1.64 juta
Seorang pembantu tadika mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas dua pertuduhan menipu pelaburan tidak wujud melibatkan jumlah kerugian kira-kira RM1.64 juta.

22,000 kes tipu dilaporkan kepada NSRC libat kerugian RM147 juta setakat Sept 2024
Kira-kira 22,000 kes penipuan melibatkan kerugian lebih RM147 juta dilaporkan kalangan mangsa kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) setakat September 2024.

Penipuan pelaburan Gigamax: Tujuh individu dikesan termasuk dalang utama
Polis mengesan tujuh individu termasuk seorang warga Indonesia yang dipercayai dalang utama kes penipuan pelaburan Gigamax yang membabitkan kerugian lebih RM7 juta.