JOHOR BAHRU: Tertarik dengan tawaran peluang perniagaan jualan kuih raya termasuk dipasarkan hingga ke luar negara mendorong orang ramai terutama suri rumah melabur modal dalam perniagaan yang tidak wujud.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, setakat ini pihaknya menerima tiga laporan polis yang melibatkan modus operandi yang sama di Balai Polis Kulai.
Menurutnya, laporan pertama dibuat pada 23 Mac lalu oleh seorang suri rumah kira-kira jam 4.45 petang.
“Berdasarkan maklumat daripada mangsa, dia memaklumkan telah ditawarkan peluang perniagaan jualan kuih raya pada 2 Disember tahun lalu melalui WhatsApp dengan bermodalkan serendah RM500.
“Mangsa turut dijanjikan akan menerima modal tambahan berjumlah RM1,500 dan menerima 1,600 balang kuih raya untuk dipasarkan ke luar negara.
"Mangsa yang tertarik dengan tawaran tersebut telah memasukkan wang RM500 ke dalam nombor akaun CIMB milik suspek atas nama Siti Asmah,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Jelas Ayob, pada 11 Disember tahun lalu, satu perjumpaan telah diadakan di Dewan Muhibbah, Kulai bersama suspek dan mangsa-mangsa yang lain.
Semasa perjumpaan tersebut, mangsa dikehendaki membuat pembayaran tambahan bagi modal untuk membeli kelengkapan lain yang tidak pernah dinyatakan sebelum ini.
Mangsa mendakwa, wang tambahan modal RM1,500 yang dijanjikan juga masih tidak diterima sehingga mangsa membuat laporan polis.
“Setakat ini tiga laporan polis melibatkan modus operandi yang sama telah dibuat di Balai Polis Kulai.
"Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda jika disabitkan kesalahan.
“Kita telah terima banyak panggilan telefon berkenaan pertanyaan mengenai kes ini dan menasihatkan mana-mana individu atau mangsa yang terlibat untuk tampil membuat laporan di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan,” ujarnya.
Ayob turut menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan tawaran perniagaan yang tidak masuk akal dan mendapat keuntungan berlipat kali ganda dengan mudah menjelang perayaan.
Selain itu, beliau turut mengingatkan agar orang ramai tidak sewenang-wenangnya memasukkan wang ke dalam akaun individu atau syarikat yang tidak dikenali.
Berita asal: Duit modal lesap terpedaya tawaran niaga kuih raya
Sinar Harian
Sun Apr 18 2021

Ayob Khan berkata setakat ini pihaknya menerima tiga laporan polis yang melibatkan modus operandi yang sama di Balai Polis Kulai. -Gambar fail

Dewan Negara lulus RUU Perkhidmatan Parlimen 2025
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan beberapa Ahli Dewan Negara.

Jangkitan paru-paru Paus Francis 'terkawal' - Vatican
Kesihatan Paus Francis dilaporkan bertambah baik, menurut kenyataan Vatican pada Rabu.
AWANI Borneo [20/3/2025] – Operasi SAR tamat| Kesan luruan monsun| Rumah panjang terbakar
AWANI Borneo Khamis, 20 Mac 2025 bersama Jasmine Abu Bakar
1. Mayat Susie Kiu ditemui tujuh kilometer dari lokasi terjatuh
2. Air naik mendadak, lima PPS dibuka di Sabah
3. Rumah panjang terbakar, 300 penduduk hilang tempat tinggal
1. Mayat Susie Kiu ditemui tujuh kilometer dari lokasi terjatuh
2. Air naik mendadak, lima PPS dibuka di Sabah
3. Rumah panjang terbakar, 300 penduduk hilang tempat tinggal
40 Rumah Mesra SMJ bakal dibina di Putatan tahun ini
Sebagai tambahan kepada 61 Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) yang siap dibina di Putatandari tahun 2022 hingga 2024, 40 buah lagi rumah tambahan akan dibina tahun ini.
Mayat Susie Kiu ditemui tujuh kilometer dari lokasi terjatuh
Mayat Susie Kiu. kanak-kanak yang hilang selepas terjatuh di Batang Mukah ditemui orang ramai terdampar di Pantai Kala Dana tujuh kilometer dari lokasi kejadian.
Perkembangan banjir: Air naik mendadak di Sandakan susulan hujan lebat berterusan
Di Sabah hujan lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan banjir di beberapa kawasan.

Final Piala Malaysia ditukar kepada 26 April - MFL
Tarikh aksi final Piala Malaysia 2024-2025 antara Johor Darul Ta'zim dan Pahang FC ditukar kepada 26 April di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
LKIM ambil tindakan tegas sekiranya berlaku penyelewengan minyak
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil menegaskan antara tindakan yang bakal diambil terhadap nelayan yang terlibat menyeleweng minyak termasuk membatalkan lesen dan menutup premis jeti jualan nelayan.
Rumah panjang terbakar, 300 penduduk hilang tempat tinggal
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata kebakaran berkenaan melibatkan 27 daripada 30 pintu rumah panjang struktur tidak kekal.

Indeks Kebahagiaan Malaysia meningkat hampir 90 peratus - Nga
Indeks Kebahagiaan Malaysia meningkat kepada 88.84 peratus tahun ini berbanding 83.34 peratus pada 2020, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Duit modal lesap terpedaya tawaran niaga kuih raya
Polis menerima tiga laporan polis yang melibatkan modus operandi yang sama di Balai Polis Kulai.