SEREMBAN: Dua wanita mendakwa kerugian lebih RM1 juta selepas terpedaya dengan pelaburan tidak wujud yang menawarkan keuntungan tinggi oleh sebuah syarikat pelaburan.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata pihaknya menerima laporan dua hari lepas daripada wanita berusia 44 tahun yang mendakwa melihat satu akaun TikTok menawarkan pelaburan emas pada Mac lepas.
"Mangsa yang berminat kemudian menghantar pesanan mesej kepada penama akaun berkenaan dan dimaklumkan pelaburan itu menawarkan pulangan lumayan dalam dolar Amerika Syarikat (AS) sebelum membuat 27 transaksi ke dalam satu akaun bank keseluruhan berjumlah RM621,800.
"Mangsa mendakwa mendapat keuntungan sebanyak RM20,000 sahaja dan tidak mendapat apa-apa keuntungan selepas itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Dzaffir berkata mangsa kedua pula membabitkan warga emas berusia 63 tahun yang telah diperkenalkan oleh saudaranya mengenai satu syarikat pelaburan beralamat di Kuala Lumpur pada Jun 2020.
Menurutnya, mangsa dijanjikan keuntungan antara 15 ke 17 peratus selama tiga tahun menyebabkan wanita terbabit membayar keseluruhan berjumlah RM500,000 selama enam bulan sejak 3 Julai 2020.
"Mangsa mendakwa pernah menerima keuntungan sebanyak RM6,250. Dia tidak lagi menerima keuntungan yang dijanjikan oleh syarikat berkenaan selepas itu dan mendapati syarikat tersebut telah ditutup," katanya.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan pelaburan yang menawarkan keuntungan tinggi dan menyemak pendaftaran syarikat terbabit dengan Suruhanjaya Sekuriti atau Bank Negara Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 03 2023
![Dua wanita rugi lebih RM1 juta terpedaya pelaburan tidak wujud Dua wanita rugi lebih RM1 juta terpedaya pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691038438_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Polis menasihati orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan pelaburan yang menawarkan keuntungan tinggi dan menyemak pendaftaran syarikat terbabit dengan Suruhanjaya Sekuriti atau Bank Negara Malaysia. - Gambar hiasan
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Kerugian akibat scam berjumlah RM203.33 juta setakat Mei 2024 - PM Anwar Kerugian akibat scam berjumlah RM203.33 juta setakat Mei 2024 - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707299365_scam.jpg)
Kerugian akibat scam berjumlah RM203.33 juta setakat Mei 2024 - PM Anwar
Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) telah menerima sebanyak 37,002 panggilan mangsa scam (penipuan) dengan jumlah kerugian yang dilaporkan sebanyak RM203.33 juta setakat Mei 2024.
![Remaja ditahan di Bandar Sunway, disyaki terlibat pertaruhan EURO 2024 Remaja ditahan di Bandar Sunway, disyaki terlibat pertaruhan EURO 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720004190_PDRM.jpg)
Remaja ditahan di Bandar Sunway, disyaki terlibat pertaruhan EURO 2024
Seorang remaja lelaki ditahan di sebuah kafe di Bandar Sunway semalam, disyaki terlibat dengan pertaruhan perlawanan bola sepak Euro 2024.
![Sukan bina badan selari gaya hidup, disiplin PDRM - KPN Sukan bina badan selari gaya hidup, disiplin PDRM - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716167344_TanSriRazarudin.jpg)
Sukan bina badan selari gaya hidup, disiplin PDRM - KPN
Penganjuran acara sukan bina badan dilihat selari dengan imej PDRM pada masa ini yang mengutamakan disiplin dan gaya hidup sihat, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
![4,612 unit rumah kuarters PDRM siap ditambah baik - KPN 4,612 unit rumah kuarters PDRM siap ditambah baik - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690073815_kuarterspolis.jpg)
4,612 unit rumah kuarters PDRM siap ditambah baik - KPN
Sejumlah 4,612 unit rumah kuarters Polis Diraja Malaysia (PDRM) seluruh negara siap ditambah baik setakat ini sejak peruntukan disalur tahun lepas, menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
![Saman Indira Gandhi terhadap KPN, kerajaan ditolak Saman Indira Gandhi terhadap KPN, kerajaan ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719399154_courtgavelmahkam.jpg)
Saman Indira Gandhi terhadap KPN, kerajaan ditolak
Mahkamah Tinggi hari ini telah menolak saman RM100 juta seorang guru tadika M. Indira Gandhi terhadap Ketua Polis Negara (KPN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan.
![Laporan terhadap Apandi Ali: Khairuddin beri keterangan kepada SPRM esok Laporan terhadap Apandi Ali: Khairuddin beri keterangan kepada SPRM esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719291370_KHAIRUDDINABU.jpg)
Laporan terhadap Apandi Ali: Khairuddin beri keterangan kepada SPRM esok
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengesahkan dipanggil memberi keterangan kepada SPRM berhubung laporannya berkaitan dakwaaan salah laku membabitkan Apandi Ali.
![Bekas pensyarah antara lapan ditahan disyaki terlibat Daesh Bekas pensyarah antara lapan ditahan disyaki terlibat Daesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719222300_TBSaifuddinNasution.jpg)
Bekas pensyarah antara lapan ditahan disyaki terlibat Daesh
Seorang bekas pensyarah antara lapan yang ditahan kerana dipercayai terlibat dengan ideologi kumpulan pengganas Daesh.
![PRK Sungai Bakap: PDRM lulus 7 permit ceramah hari ketiga kempen PRK Sungai Bakap: PDRM lulus 7 permit ceramah hari ketiga kempen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719198367_tbHamzahAhmad.jpg)
PRK Sungai Bakap: PDRM lulus 7 permit ceramah hari ketiga kempen
Tiada permohonan permit kempen ceramah yang ditolak oleh polis.
![Empat lelaki termasuk remaja bawah umur ditahan berkaitan kes culik Empat lelaki termasuk remaja bawah umur ditahan berkaitan kes culik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718632115_tbBalveerSingh.jpg)
Empat lelaki termasuk remaja bawah umur ditahan berkaitan kes culik
Polis menahan empat lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 15 hingga 20 tahun berkaitan kes tiga remaja lelaki dilarikan sekumpulan lelaki dari sebuah pasar raya di Skudai di sini pada 15 Jun.
![Mahasiswa perlu rasional dalam mendepani, memperjuang isu babitkan rakyat Sabah - Mustapha Mahasiswa perlu rasional dalam mendepani, memperjuang isu babitkan rakyat Sabah - Mustapha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718444283_MustaphaSakmud.jpg)
Mahasiswa perlu rasional dalam mendepani, memperjuang isu babitkan rakyat Sabah - Mustapha
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi ingatkan mahasiswa rasional dalam mendepani dan memperjuangkan sebarang isu membabitkan Sabah serta rakyatnya.