KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini telah menolak saman RM100 juta seorang guru tadika M. Indira Gandhi terhadap Ketua Polis Negara (KPN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan, kerana didakwa gagal menangkap bekas suaminya dan mengembalikan anak perempuannya yang telah diculik lelaki itu.
Pesuruhjaya Kehakiman (JC) Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan membuat keputusan itu selepas mempertimbangkan bukti yang dikemukakan di mahkamah yang menunjukkan usaha dilakukan KPN Tan Sri Abdul Hamid Bador dan PDRM ketika itu, tidak menunjukkan sebarang pengabaian tugas.
"Melihat kepada semua bukti di hadapan saya dan ditambah pula dengan fakta bahawa untuk membolehkan plaintif berjaya dalam tort of nonfeasance, plaintif perlu menunjukkan wujudnya niat jahat, adalah mustahil untuk mahkamah membuat kesimpulan bahawa KPN dan PDRM tidak cuba mencari bekas suami wanita itu iaitu Muhammad Riduan Abdullah.
"Saya membuat kesimpulan bahawa KPN dan PDRM menjalankan tugas mereka mengikut cara yang mereka anggap paling sesuai. Cara mereka menjalankan penyiasatan adalah mengikut budi bicara mereka yang luas dan saya tidak berada dalam kedudukan untuk meraguinya.
"Pada asasnya, apa yang penting bagi saya ialah terdapat bukti bahawa siasatan telah dijalankan dan masih berjalan. Oleh itu, saya menerima keterangan Abdul Hamid dan ASP Yap Siew Cheng berhubung keseluruhan senario siasatan serta mendapati baik KPN mahupun PDRM tidak mempunyai niat jahat dalam perkara ini," katanya.
"Memandangkan hakikat dan keadaan yang menyelubungi pertikaian ini, saya tidak membuat sebarang arahan mengenai kos," katanya.
Turut dinamakan sebagai defendan ialah Kementerian Dalam Negeri.
Dalam saman yang difailkan pada 28 Okt 2020, Indira Gandhi mendakwa KPN dengan sengaja dan cuai tidak mengendahkan perintah mandamus yang dikeluarkan oleh Mahkamah Persekutuan, kerana gagal menyiasat atau mengambil tindakan sewajarnya untuk mengembalikan anak perempuannya Prasana Diksa, yang kini berusia 16 tahun kepadanya.
Pada 2009, bekas suami Indira Gandhi, Muhammad Riduan Abdullah secara unilateral telah mengislamkan ketiga-tiga anaknya tanpa kebenaran Indira Gandhi, sebelum ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan hak penjagaan anak-anak, tetapi pada 2018 Mahkamah Persekutuan memutuskan penukaran agama unilateral ketiga-tiga anak itu sebagai batal dan tidak sah.
Prasana Diksa diambil Muhammad Riduan ketika berusia 11 bulan, sejurus selepas lelaki itu memeluk Islam.
Mahkamah Tinggi Ipoh pada 2010, memberikan hak penjagaan penuh kanak-kanak itu kepada Indira Gandhi. Pada 2016, Mahkamah Persekutuan mengesahkan perintah mandamus yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi, mengarahkan polis dan perayu menangkap Muhammad Riduan dan mendapatkan semula anak bongsu mereka, Prasana Diksa untuk dikembalikan kepada Indira Gandhi.
Indira mendakwa kesemua defendan berperanan dalam membuat keputusan atau mengarahkan PDRM melaksanakan waran komital terhadap Muhammad Riduan Abdullah, seperti yang diperintahkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 29 April 2016.
Wanita itu mendakwa tingkah laku defendan secara langsung, menyebabkan dia terpisah dengan anak bongsunya sehingga hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 28 2024

Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan membuat keputusan itu selepas mempertimbangkan bukti yang dikemukakan di mahkamah. - Gambar hiasan
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kilang e-waste lebur peluru proksi warga China
Seramai empat individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berkaitan penemuan kira-kira 50 tan peluru dan kelongsong dalam serbuan di kilang e-waste haram.

PDRM terima 482 laporan sindiket "job scam" libatkan 628 rakyat Malaysia
Dripada jumlah itu, 14 daripada 15 mangsa dari Sabah berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih terkandas di luar negara.

1,404 polis dikenakan hukuman tatatertib tahun lepas
Sebanyak 1,404 anggota polis dikenakan hukuman tatatertib sepanjang tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

Ambil tahu aduan didedahkan Edisi Siasat, elak persepsi - JIPS
Pemerhatian terhadap saluran itu mendapati banyak tuduhan dibuat adalah tidak berasas dan telah membina persepsi tidak baik masyarakat terhadap warga polis.

Hejira Travel masih disiasat, polis nafi tidak bertindak
Sebanyak 141 laporan polis telah diterima sehingga 7 Februari 2025, membabitkan kerugian RM3,015,412.

192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution
Isu penyalahgunaan dadah di negara ini semakin membimbangkan dengan trend menaik setiap tahun sejak 2022, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta
PDRM menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah jenis syabu dan ketamin yang menjadikan negara ini sebagai transit.

Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan menahan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Sevan Doraisamy hari ini, seperti yang dilaporkan menerusi beberapa portal berita.

PDRM umum pertukaran 36 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 36 pegawai kanannya berkuat kuasa 10 Mac.