KUANTAN: Seorang pemilik syarikat mendakwa kerugian RM62,750 selepas menyertai pelaburan tidak wujud yang diketahui menerusi aplikasi Telegram.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa yang berusia 40 tahun mendakwa mengetahui pelaburan itu menerusi pesanan yang dihantar ke akaun Telegram miliknya pada 16 Dis lepas.
"Mangsa mendakwa tertarik untuk menyertai pelaburan itu selepas dimaklumkan hanya perlu menanam modal di pelaburan itu, tanpa melakukan kerja lain, dan dijanjikan keuntungan RM35,000 jika melabur RM1,500.
"Bagi tujuan itu, mangsa mengeluarkan wang simpanannya untuk dipindahkan ke lima akaun bank diberikan suspek sebanyak sembilan kali," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Mangsa hanya sedar ditipu selepas gagal menghubungi nombor diberikan suspek bagi mengeluarkan keuntungan yang dijanjikan, menyebabkan dia membuat laporan di balai polis di Bentong, dekat sini semalam.
Pada kes berasingan, Yahaya berkata seorang suri rumah mendakwa kerugian RM61,192.30 selepas terpedaya dengan syarikat menawarkan pekerjaan tidak wujud yang diketahuinya menerusi laman sosial Facebook pada 10 Dis lepas.
Mangsa yang berusia 33 tahun mendakwa diarahkan untuk menjawab soalan di Internet dan memberi penilaian kepada sebuah syarikat penerbangan di pautan yang diberikan untuk menerima komisen.
"Mangsa mendakwa telah menerima RM474 selepas menyelesaikan tugasan itu, menyebabkan dia sekali lagi menghubungi suspek bagi mendapatkan tugasan baharu.
"Bagaimanapun, mangsa diarahkan untuk membuat bayaran terlebih dahulu kononnya sebagai jaminan kerana tugasan baharu itu melibatkan bayaran bonus sebanyak tiga bulan," katanya.
Yahaya berkata mangsa yang terpengaruh dengan janji suspek telah membuat 10 transaksi pemindahan wang dari akaun simpanannya ke enam akaun diberikan mangsa.
Mangsa membuat laporan polis di balai polis di Kuala Lipis dekat sini, semalam, selepas masih tidak menerima tugasan dijanjikan walaupun telah membuat bayaran yang banyak.
Orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima di https://semakmule.rmp. gov.my untuk mengurangkan risiko ditipu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 22 2023
Seorang pemilik syarikat mendakwa kerugian RM62,750 selepas menyertai pelaburan tidak wujud yang diketahui menerusi aplikasi Telegram. - Gambar hiasan
AWANI Tonight: 25th Nov 2024
#AWANITonight 25 Nov 2024 with Cynthia Ng
- License renewal: Govt welcomes proposal to impose conditions for elderly drivers, calls for further study
- Social media ban: Australia PM plays down privacy concerns
#AWANIEnglish #AWANINews
- License renewal: Govt welcomes proposal to impose conditions for elderly drivers, calls for further study
- Social media ban: Australia PM plays down privacy concerns
#AWANIEnglish #AWANINews
PM Anwar santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia untuk mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam bingkai kesatuan dalam aspek hubungan sesama rakyat.
AWANI 7:45 [25/11/2024] – Malaysia Negara Dagang | Perdebatan Tak Sudah | Limpahan Kesatuan Sekerja | 172 Jam Tangan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.
AWANI Tonight: M’sia, S.Korea elevate relations to strategic partnership
Malaysia and South Korea have elevated their bilateral relations to a strategic partnership after a meeting between its two Prime Ministers. Astro AWANI correspondent Irfan Faruqi shares the latest details from Seoul.
Polis siasat kematian mengejut lelaki warga asing yang sedang dalam tahanan
Polis kini menyiasat punca kematian mengejut seorang lelaki warganegara asing yang sedang dalam tahanan di balai polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini pada Sabtu.
AWANI Tonight: Australia : PM plays down privacy fears of social media ban
Australian PM Anthony Albanese has downplayed privacy concerns over a proposed social media ban for under-16s, which would use strict age verification methods like biometrics or government IDs.
Polis kutip lebih RM9 juta saman trafik tertunggak sepanjang Program 2TM
PDRM berjaya mengutip saman trafik tertunggak berjumlah lebih RM9 juta dalam tempoh tiga hari penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang berlangsung dari Jumaat hingga semalam.
AWANI Ringkas: Tiada syarat baharu warga emas perbaharui lesen - JPJ
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tahap kesedaran jalani imbasan awal kesan kehamilan kembar Siam masih rendah di Malaysia - Pakar
Tahap kesedaran wanita di Malaysia khususnya dalam menjalani proses imbasan awal bagi mengesan kehamilan kembar Siam masih berada pada tahap yang rendah.
Jumlah pemimpin wanita di Malaysia masih rendah - Teo
Jumlah wanita yang menjadi Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan menteri di Malaysia masih rendah, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Pegawai farmasi rugi RM120,000 ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki kerugian sebanyak RM120,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud yang ditawarkan dua wanita.
Tidak ada perang lain jadikan wanita, kanak-kanak sasaran seperti di Gaza - Erdogan
Selama 13 bulan yang lepas, lebih dua pertiga daripada lebih 50,000 orang awam yang terbunuh di Gaza adalah wanita dan kanak-kanak.
Wanita perlu terus bersuara untuk tingkat representasi dalam Parlimen
Dr Ramli menggesa kaum wanita untuk terus bersuara dan memperjuangkan peningkatan representasi wanita di peringkat Parlimen menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan.
Wanita mampu tonjol kebolehan dengan anjurkan aktiviti sukan - Nancy
Nancy Shukri berkata dengan pembudayaan sukan juga boleh meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan mental masyarakat.
Wanita rugi lebih RM260,000 angkara 'Love Scam'
Seorang wanita berputih mata selepas terjerat sindiket 'Love Scam' menyebabkan kerugian lebih RM260,000, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman.
Abigail buktikan wanita pun hebat dalam gusti lengan
Tidak dinafikan sukan gusti lengan sering kali dikaitkan dengan golongan lelaki kerana memerlukan kekuatan tangan dengan majoriti atlet dilihat memiliki badan yang besar atau 'sado'.
Nancy seru wanita jalani ujian mamogram
Kaum wanita diseru supaya lebih peka dan sedar kepentingan penjagaan kesihatan terutamanya berkaitan payudara dengan melakukan pemeriksaan berkala.
Usahawan wanita: Data tepat mudahkan bantuan dan sokongan - Tengku Zafrul
Kajian akan membantu penghasilan data yang tepat, sekali gus membolehkan bantuan dan sokongan yang lebih bersasar diberikan.