Tren LRT di dua stesen Laluan Kelana Jaya hari ini dilaporkan mengalami masalah pada sistem brek yang menyebabkan gerabak diselubungi asap.
Kejadian pertama di Stesen Setiawangsa berlaku pada jam 8.19 pagi dan menyebabkan perjalanan terganggu sehingga jam 8.45 pagi.
Manakala insiden kedua melibatkan tren di Stesen Universiti pada jam 12.18 tengah hari di mana perkhidmatan kembali pulih pada jam 12.35 tengah hari.
Tiada penumpang dilaporkan cedera dalam kedua-dua kejadian.
Seramai 53 penumpang telah dipindahkan ke tren penyelamat ketika kejadian di Stesen Universiti.
Prasarana Malaysia Berhad dalam satu kenyataan rasmi hari ini memohon maaf atas kejadian yang berlaku.
Pengarah Kumpulan Bahagian Rel, Ahmad Nizam Mohd Amin berkata tiada kebakaran dan kecederaan dilaporkan, hanya kewujudan asap tebal di kedua-dua lokasi disebabkan oleh minyak brek yang terpercik ke atas landasan tren yang panas.
“Ketika kejadian, penumpang telah diarah keluar selepas tren berhenti dan dipindahkan ke tren penyelamat. Pasukan penyelamat Rapid Rail telah bertindak mengawal keadaan,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Menurut Prasarana, sebelum ini pihaknya telah melaporkan kejadian sama pada bulan Februari melibatkan empat gerabak tren dan kejadian hari ini adalah berpunca daripada masalah sama.
“Pihak pengeluar iaitu syarikat Bombardier dan Knorr Brake telah mengenal pasti masalah reka bentuk sebagai punca kejadian.
“560 unit kaliper brek telah diganti sementara menunggu kedua-dua syarikat mengeluarkan penyelesaian jangka panjang.
“Namun begitu, berikutan sistem keselamatan yang canggih, ketika kedua-dua kejadian hari ini tren telah berhenti secara automatik sebaik mengalami masalah itu,” menurut kenyataan itu lagi.
Astro Awani
Wed Jul 22 2015

Tren LRT di dua stesen dilaporkan mengalami masalah pada sistem brek yang menyebabkan gerabak diselubungi asap. -Gambar Twitter
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Kereta api tergelincir: Angka korban meningkat kepada 30
Laporan awal menunjukkan kereta api berkenaan bergerak pada kelajuan yang ditetapkan.

Dua kereta api bertembung di Mesir, 32 maut, 66 lagi cedera
Sekurang-kurangnya 32 orang maut manakala 66 yang lain cedera apabila dua buah kereta api bertembung di bandar Sohag, Mesir pada Jumaat.

Perkhidmatan monorel Stesen Maharajalela tergendala, gerabak penumpang terbakar
Seramai 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan BBP Pudu digerakkan ke lokasi kejadian pada 7.27 pagi.

Gerabak dan lokomotif tergelincir di Segamat, semua penumpang selamat
Tren yang terlibat sedang dalam perjalanan dari Stesen Gemas ke Stesen Johor Bahru Sentral sebelum tergelincir di KM 595 iaitu kira-kira lima kilometer dari Stesen Genuang.

Sultan Nazrin rasai pengalaman naiki kelas perniagaan ETS2 ke Ipoh
Sultan Nazrin menyempurnakan pra pelancaran ETS2 dengan menandatangani plak perasmian sebelum tren berlepas kira-kira 2.10 petang.

Tren tergelincir, sekurang-kurangnya 18 maut dan 160 cedera
Kereta api pesisir pantai Puyuma Express 6432 tergelincir dari landasan di antara stesen Dongshan dan Suxin di daerah Yilan.

Koc wanita diceroboh ... lelaki di Malaysia buta huruf ke?
Kebanyakan koc khas ini diceroboh golongan lelaki, terutamanya warga asing yang turut mengambil kesempatan meraba atau sengaja menggesel tubuh pada penumpang wanita.

KTMB terima sembilan gerabak ETS kelas perniagaan mulai September
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Rani Hisham Samsudin berkata gerabak itu akan diterima secara berperingkat iaitu satu gerabak pada setiap bulan.

6 maut, puluhan cedera kereta api Amtrak tergelincir di Washington
Sekurang-kurang-kurangnya enam maut dan hampir seratus yang lain cedera apabila sebuah kereta api penumpang Amtrak tergelincir di Tacoma, Washington, Amerika Syarikat.

50 cedera, kereta api bertembung di Jerman
Dalam insiden kira-kira jam 8 malam itu, sebuah kereta api yang membawa 150 penumpang, bertembung dengan sebuah lagi kereta api yang sarat dengan muatan kargo.