Sekurang-kurangnya 18 terbunuh manakala 160 yang lain cedera apabila sebuah kereta api penumpang tergelincir di timur laut Taiwan.

Dalam kejadian yang berlaku pada Ahad itu, kereta api pesisir pantai Puyuma Express 6432 tergelincir dari landasan di antara stesen Dongshan dan Suxin di daerah Yilan, berhampiran Taipei, kira-kira jam 5 petang waktu tempatan.

Menurut laporan media tempatan, kira-kira 30 hingga 40 penumpang daripada lebih 300 penumpang masih terperangkap di dalam gerabak kereta api malang itu.

Keadaan di lokasi kejadian.

Antara mangsa kejadian yang sedang diberi rawatan awal.