Dua tekong kapal nelayan dipercayai diculik di perairan Kertam, Kinabatangan hari ini, menurut Persatuan Nelayan Sabah.
Menurut sumber persatuan itu, tekong dua kapal nelayan itu ialah warga Indonesia dan kedua-dua kapal berdaftar di Sandakan.
Menurutnya dalam kejadian yang didakwa berlaku antara 11 pagi hingga 12 tengah hari itu, sebuah bot laju dinaiki beberapa lelaki bersenjata dikatakan menghampiri dua kapal nelayan tersebut dan 'melarikan' dua tekong berkenaan.
Katanya ketika kejadian terdapat tiga kapal nelayan tetapi sebuah kapal nelayan berjaya meninggalkan kawasan perairan selepas terdengar isyarat di radio berkaitan insiden tersebut.
"Kru kapal nelayan tidak diapa-apakan dan meneruskan perjalanan balik ke Sandakan.
"Saya dimaklumkan dua kapal nelayan itu dan kru kini berada di pangkalan Pasukan Polis Sandakan," katanya kepada Bernama di sini.
Sementara itu, Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Wan Bari Wan Abdul Khalid berkata pihaknya masih menunggu laporan mengenai insiden itu.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A. Sahak Rahmat berkata pihaknya belum dapat memberi pengesahan dan masih menyiasat laporan insiden tersebut.
Bernama
Sat Nov 05 2016

Dua tekong kapal nelayan dipercayai diculik di perairan Kertam, Kinabatangan hari ini, menurut Persatuan Nelayan Sabah. -Gambar hiasan

Baru seminggu kahwin, jurucakap Briged Saraya Al-Quds syahid bersama isteri
Jurucakap Briged Saraya Al-Quds, dikenali sebagai Abu Hamza dilaporkan syahid bersama isterinya dalam serangan udara Zionis Israel di Gaza pada Isnin.

Pelajar terjejas banjir tidak perlu pakai uniform ke sekolah - Fadhlina
Kementerian Pendidikan memberikan kelonggaran kepada pelajar yang terjejas banjir untuk tidak memakai seragam sekolah.

Kerajaan kerah tenaga, aset pastikan keselamatan mangsa banjir - Ahmad Zahid
Kerajaan melalui bahagian pengurusan bencana telah mengerahkan segala tenaga dan aset terbaik bagi memastikan keselamatan mangsa banjir.

Kerja selenggara jalan babitkan penutupan lorong dihentikan sempena Aidilfitri - Nanta
Keputusan itu selaras dengan tarikh penguatkuasaan operasi semua agensi, seperti PDRM, JPJ, serta JBPM.
Tentera sudan makin hampir tewaskan RSF
Tentera Sudan pada Khamis semakin hampir menguasai Istana Presiden di ibu negara Khartoum di mana ini adalah kejayaan buat pertama kali sejak pertempuran meletus dengan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) pada 2023.

BKK Aidilfitri RM500 kepada penjawat awam, RM250 untuk pesara dibayar minggu depan - PM Anwar
BKK Aidilfitri sebanyak RM250 akan dibayar kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.
[TERKINI] Lapangan Terbang Heathrow ditutup susulan kebakaran
Lapangan Terbang Heathrow di United Kingdom terpaksa ditutup selepas kebakaran berlaku di sebuah stesen janakuasa elektrik hari ini.
AWANI Ringkas: Banjir: Lebih 10,500 mangsa di Johor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua kanak-kanak perempuan antara 38 ditahan merempit - JPJ
Dua kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun ditahan JPJ kerana berlumba haram di Kuala Lumpur. Ibu bapa mereka dipanggil, dan tindakan akan diambil. #AWANInews
Tabung Haji umum agihan keuntungan 3.25 peratus
Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan 3.25 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, setelah mengambil kira pelunasan zakat sebanyak 2.5775 peratus. #AWANInews

Dua tekong kapal nelayan dipercayai diculik di perairan Kinabatangan
Menurut sumber persatuan itu, tekong dua kapal nelayan itu ialah warga Indonesia dan kedua-dua kapal berdaftar di Sandakan.