MUAR: Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam merampas sebanyak 8,035 karton rokok tidak bercukai dianggarkan bernilai RM1.81 juta melalui dua serbuan berasingan di daerah ini pada Ahad.
Pasukan berkenaan turut merampas sebanyak lapan kotak dan 53 karton arak tidak bercukai bernilai kira-kira RM37,500.
Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA Simpang Renggam, Superintendan Dimin Awang berkata, operasi dilakukan hasil makluman dan risikan di dua unit rumah di Taman Sari Cempaka serta Taman Aman di sini.
“Seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun tahan di sebuah rumah di Taman Sari Cempaka ketika sedang memuatkan beberapa kotak dipercayai mengandungi rokok seludup dalam sebuah kereta Mazda CX5.
“Hasil pemeriksaan dalam rumah yang dipercayai dijadikan stor simpanan itu menemui kira-kira 4,985 karton rokok dan lapan kotak arak tidak bercukai,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.
Dimin memberitahu, soal siasat terhadap suspek membawa kepada serbuan di lokasi kedua dan menemui sebanyak 3,050 karton rokok dan 53 arak.
“Hasil siasatan awal, polis percaya suspek aktif membekalkan rokok dan arak tidak bercukai di sekitar daerah Muar selain menjadikan rumah tersebut sebagai stor penyimpanan.
“Kita juga percaya sindiket ini beroperasi sejak setahun lalu. Tangkapan dan rampasan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Mar 21 2022

Suspek bersama rokok dan arak tidak bercukai yang dirampas di lokasi pertama. -Foto Sinar Harian

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Wanita gugur tuntutan mahkamah terhadap Mike Tyson atas kesalahan rogol
Seorang wanita yang menuduh Mike Tyson merogolnya dalam limosin pada 1991 telah menggugurkan tuntutan mahkamah terhadapnya.
Pantau Belanjawan: Sejauh mana kesediaan Malaysia untuk peralihan kepada tenaga nuklear?
Sekurang-kurangnya lapan protokol atau konvensyen penting yang ditetapkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) perlu ditandatangani dan disahkan sebelum Malaysia dapat meneroka penggunaan tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik. Apakah langkah yang telah diambil, dan apakah cabaran yang kekal dalam memenuhi piawaian nuklear antarabangsa? Kupasan lanjut bersama Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM, Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed.

Malaysia perkukuh rantaian bekalan semikonduktor bersama negara ASEAN - Liew
Malaysia tidak berhasrat untuk bersaing dengan negara jiran atau negara anggota ASEAN lain dalam usaha memperkukuh rantaian bekalan terutama dalam sektor semikonduktor di rantau ini.
Pastikan kod QR tiket bas tersedia untuk Kelancaran pulang beraya
Orang ramai dinasihatkan untuk pastikan kod QR perlepasan tersedia selepas tiket bas dibeli secara atas talian bagi memudahkan proses berlepas di pintu kawalan masuk di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) bagi pulang beraya pada aidilfitri kelak.

Polis cari individu rakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya kini menumpukan siasatan bagi mengenal pasti sumber asal atau individu yang merakam video terbabit.
Lima video 'Deepfake' janaan ai berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Lima video deepfake yang menggunakan teknologi AI untuk menyebarkan penipuan pelaburan dikesan pihak polis sejak 2024.
Video-video ini menampilkan tokoh terkenal seperti Donald Trump dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pengurusan tertinggi syarikat seperti Petronas dan Tesla.
Video-video ini menampilkan tokoh terkenal seperti Donald Trump dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pengurusan tertinggi syarikat seperti Petronas dan Tesla.

Sindiket pengedaran arak seludup tumpas, 3 lelaki Bangladesh ditahan
Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM338,720.

Dua stor diserbu, arak seludup dirampas
Pasukan berkenaan turut merampas sebanyak lapan kotak dan 53 karton arak tidak bercukai bernilai kira-kira RM37,500.

Arak seludup bernilai RM1.6 juta dirampas
Selain 553 kotak minuman keras pelbagai jenama, polis turut merampas dua buah lori, sebuah forklift dan 2,000 keping setem duti palsu.