KUALA LUMPUR: Hanya dua daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu di Sri Aman dan Serian, Sarawak setakat 4 petang ini.
Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Shafe'ee Yasin berkata daripada jumlah keseluruhan itu juga, sebanyak enam stesen mencatatkan bacaan IPU pada tahap baik dan 59 stesen merekodkan bacaan tahap sederhana.
"Di Sri Aman bacaan IPU adalah 142 manakala Serian merekodkan bacaan 102. Keadaan jerebu pada hari ini didapati lebih baik berbanding hari sebelumnya, tiada bacaan IPU tidak sihat direkodkan di kebanyakan kawasan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan Lembah Klang.
"Kerajaan akan mengambil tindakan berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) sekiranya bacaan IPU ini bertambah teruk. Kementerian dan setiap agensi terlibat akan mempertingkatkan usaha pencegahan terhadap aktiviti pembakaran terbuka yang mampu menyebabkan jerebu di peringkat tempatan," katanya pada program Malaysia Petang Ini, terbitan Bernama TV hari ini.
Mengulas mengenai kejadian jerebu di Malaysia ketika ini, beliau berkata kehadiran zarah-zarah halus PM10 dan PM2.5 yang berpunca daripada sumber semula jadi dan aktiviti antropogenik dilihat antara faktor penyumbang kepada fenomena ini.
"Antara langkah yang telah dilakukan JAS adalah meningkatkan bilangan rondaan dan pemantauan di kawasan berisiko berlakunya kebakaran terbuka, pemantauan kawasan kebakaran menggunakan dron dan tindakan kompaun di bawah Seksyen 29(A) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974," katanya.
Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.
Semalam, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) yang menyenaraikan tindakan agensi berkaitan termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) telah diaktifkan dalam pengurusan jerebu.
Beliau juga berkata Operasi Pembenihan Awan (OPA) dalam negara juga akan dilakukan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 150 bagi tempoh melebihi 24 jam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 04 2023

GAMBAR FAIL: Pemandangan berjerebu dirakam berhampiran bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 16 Ogos, 2023. - BERNAMA

SPRM buka dua kertas siasatan terhadap Sapura Energy
SPRM membuka dua kertas siasatan selepas menerima maklumat berhubung pembayaran rasuah dan penyelewengan melibatkan syarikat penyedia penyelesaian minyak dan gas, Sapura Energy Berhad.

Polis tahan empat lelaki, rampas 855 bungkus air ketum di Machang
Polis menahan empat lelaki dan merampas 855 bungkus air ketum serta peralatan lain yang keseluruhan bernilai RM26,640 dalam serbuan di sebuah kandang lembu di Kampung Pangkal Mempelam, Machang.

Perancangan penyaluran air Sungai Perak ke Bukit Merah pada peringkat akhir - PM Anwar
Perancangan projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang membekal air terawat ke Pulau Pinang kini berada pada peringkat akhir.

Tesla beri amaran tarif Trump boleh jejaskan perniagaan, tingkatkan kos
Tesla, memberi amaran bahawa perang perdagangan yang dicetuskan Presiden Donald Trump boleh mendedahkannya kepada tarif timbal balas serta meningkatkan kos pengeluaran kenderaan di AS.

Program Gema Ramadan: Bernas sumbang keperluan asas kepada golongan miskin bandar
Bernas menyantuni dan menyumbangkan barangan keperluan asas kepada golongan miskin bandar menerusi Program Gema Ramadan dalam usaha mencetus impak sosial yang lebih menyeluruh.
It's About YOUth: From anxiety to action: Youth’s role in saving the planet
As the planet heats up, youth will inherit a world of extreme weather, biodiversity loss, and an uncertain future. WWF-Malaysia’s Dr Jason Hon and YUFE’s Chok Jia Xuan discuss engaging the younger generation to transform climate anxiety into action for the planet.

KPDN Perak rampas 16,380 liter diesel disimpan melebihi had
KPDN Perak merampas 16,380 liter minyak diesel untuk pengoperasian jentera berat bagi mengorek pasir kerana disimpan melebihi had di Pantai Remis awal pagi semalam.

Kes bunuh kolej vokasional: Tertuduh libas wayar pengecas telefon ke arah mangsa
Ijat hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia melibas wayar pengecas telefon ke arah mangsa ketika berada di bilik asrama 7 Resak.
AWANI 7:45 [14/3/2025] – Golongan belia bankrap | TVET dapat penuhi pasaran | Rakam keterangan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Fauzi Zin
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Trend muflis meningkat, lebih 5,000 bawah usia 34 tahun diisytihar muflis, tempoh lima tahun
- Lebih 60,000 permintaan jurutera mahir dapat dipenuhi
- Hari kedua, enam jam Ismail Sabri rakam keterangan
- Video raya kontroversi, Aliff Syukri diperintah bela diri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Trend muflis meningkat, lebih 5,000 bawah usia 34 tahun diisytihar muflis, tempoh lima tahun
- Lebih 60,000 permintaan jurutera mahir dapat dipenuhi
- Hari kedua, enam jam Ismail Sabri rakam keterangan
- Video raya kontroversi, Aliff Syukri diperintah bela diri
AWANI Tonight: Ismail Sabri returns to MACC HQ for full day of questioning
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob returned to the MACC headquarters today, to continue his questioning over a corruption case linked to the former prime minister.

Dua stesen di Sarawak rekod bacaan IPU tidak sihat setakat 4 petang - JAS
Hanya dua daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu di Sri Aman dan Serian, Sarawak setakat 4 petang ini.